ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bentley Perkenalkan Sistem ‘Bentley Rear Entertainment’: Definisi Baharu Hiburan Kereta Mewah

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Bentley telah memperkenal sistem hiburan tercanggih, Bentley Rear Entertainment untuk model Flying Spur dan Bentayga.


Pengarah elektrikal dan elektronik Bentley Motors, Ivo Muth berkata, "Sistem Bentley Rear Entertainment baharu menggabungkan kemudahan penggunaan dan juga rekaan  serta fungsi yang menarik.  Ia membenarkan penumpang belakang untuk mengakses dunia hiburan yang sentiasa berkembang canggih melalui sistem yang imersif, sebuah teknologi dalam kereta (in-car) yang terkini.  Sistem ini menghantarkan servis hiburan digital seperti  kandungan media dan penstriman daripada hampir kesemua pembekal servis di seluruh dunia dan menjadikan kereta anda sebuah pawagam eksklusif bergerak.


Pertama sekali, Bentley Rear Entertainment  menawarkan teknologi sambungan yang terkini dengan menggabungkan sistem yang sangat fleksibel melalui setup audio yang terkemuka, 'Naim for Bentley.'


Bunyinya boleh diperkuat melalui Bluetooth kepada headphone yang disediakan bersama-sama dengan kereta atau headphone milik pengguna sendiri.


Bunyi audio turut boleh dikuatkan secara terus melalui sistem audio 2,200 Watt sedia ada dalam model Flying Spur atau Bentayga. 


Selain itu, konsep baharu yang diketengahkan, 'bring your own device' atau 'bawa peranti sendiri' membenarkan penumpang untuk melayan kandungan penstriman daripada telefon pintar, komputer atau tablet masing-masing secara terus tanpa sambungan kabel.


Tambah Muth, "Konsep 'bawa peranti sendiri' Bentley berfungsi tanpa sebarang masalah melalui peranti penumpang sendiri, tampil dengan manfaat seperti resolusi yang tinggi, skrin 10.1 inci dan kualiti bunyi yang menakjubkan.  Bentley Rear Entertainment menjadi contoh bagaimana Bentley membantu pelanggan boleh membentuk perjalanan (penggunaan) yang menyeronokkan untuk mereka sendiri.


Untuk sebuah pengalaman hiburan imersif yang menakjubkan, sistem ini menggunakan skrin bersaiz 10.1 inci berdefinisi tinggi yang dipasangkan pada bahagian belakang kerusi depan. 


Selain itu terdapat skrin tablet yang ditempah khas terpasang pada aras lengan. Tablet yang menggunakan grafik berdefinisi tinggi, jelas bak kristal dengan resolusi 1920 x 1080 piksel ini boleh juga ditanggalkan.


Skrin ini sensitif sentuhan, yang mana fungsi-fungsi seperti kekuatan bunyi, kecerahan, pilihan sumber serta panduan pengguna boleh diakses dengan mudah.


Sekiranya peranti dan juga sistem Bentley Rear Entertainment dikonfigurasi dengan menggunakan wifi sama, ia boleh menyokong aplikasi seperti Amazon Prime, Disney+, Youku dan Apple TV.


Suka menonton Netflix? Servis penstriman yang terkenal ini telah pun tersedia dalam sistem Bentley Rear Entertainment. 


Kedua-dua skrin sentuh boleh tanggal yang disediakan dalam model Bentley ini lengkap dengan port HDMI yang membolehkan sistem disambung kepada Amazon Firestick dan konsol game. 


Selain itu, bagi memaksimakan kemudahan, turut terdapat port USB Type-C yang memudahkan pengguna untuk mengecas peranti.


Pengemaskinian perisian secara Over-The-Air (OTA) membolehkan pelanggan sentiasa mendapat versi yang  terkini.


Sistem Bentley Rear Entertainment sememangnya satu kemajuan yang besar dalam teknologi hiburan kereta. Mungkin tak lama lagi kita akan lihat jenama-jenama lain akan mula mengatur langkah untuk membangunkan kereta dalam aspek ini supaya tidak terkebelakang.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ9827

SELANGOR

BST8963

JOHOR

JE5916J

PULAU PINANG

PSF7343

PERAK

APL6244

PAHANG

CFH7982

KEDAH

KGJ2151

NEGERI SEMBILAN

NEL9551

KOTA KINABALU

SJU2247

KUCHING

QAB6004P

Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

02-02-2026
Global

30-01-2026
Global

14-11-2025
EV

09-07-2025
Kereta Baru

28-11-2024
Global

12-11-2024
Global

03-10-2024
Global

11-09-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?

Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?

23-09-2026
Berita Auto

Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan

Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.

23-09-2026
Berita Auto

Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa

Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.

22-09-2026
Berita Auto

Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i

Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.

22-09-2026
Berita Auto

GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia

Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.

21-09-2026
Berita Auto

Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ

H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.

21-09-2026
Berita Auto

Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan

Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.

19-09-2026
Berita Auto

ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit

Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.

18-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.