ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Geely Boyue X Baharu Diperkenalkan, Tampil Dengan Teknologi Lebih Baik

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Bagi memperkukuhkan lagi kedudukan sebagai peneraju segmen, Geely Auto telah memperkenalkan SUV kompak pintar yang baharu, Boyue X.

 

Kini hadir dengan visual dan teknologi yang telah dinaiktaraf, Boyue X mengekalkan tradisi yang menjadikan model Boyue sebagai salah satu SUV China yang paling terkenal di dunia.



Ketua pegawai eksekutif Geely Auto Group, Jerry Gan Jiayue berkata, "Semangat kami adalah untuk terus meningkatkan nilai kereta negara China dan membawa Geely kepada dunia.  Pelancaran Boyue X memperkayakan lagi portfolio produk Geely dan menaikkan lagi standard jenama negara China di seluruh dunia."

 

Kemas kini yang paling menyerlah pada Boyue X ini ialah gayanya yang serba baharu serta ekspresi rekaannya secara keseluruhan.

 



Dari segi rekaan, Boyue X ialah SUV pertama daripada Geely Auto yang menggunakan rekaan avant-garde, rekaan ini dapat dilihat pada konsep 'Vision Starburst' yang terbaharu daripada Geely.

 

Dari sudut depan, gril 'Starburst' yang berbentuk X dikelilingi oleh liang kemasukan udara dalam rekaan tajam bagi menaikkan aura 'muda' kereta.




Model ini menggunakan tayar Continental bersaiz 19 inci yang dipadankan dengan rim hitam lima jejari.

 

Sebagai salah satu model SUV terpintar dalam segmennya, sudah semestinya ia tampil dengan pelbagai ciri teknologi baharu. 



Di dalam kabin, kokpit pintarnya menggunakan sistem operasi inovasi baharu Geely, Milky Way OS yang menggunakan cip CPU panel infotainmen berprestasi tinggi E02.

 

Buyoe X ialah model pengeluaran besar-besaran yang pertama dipasangkan dengan cip suara pintar AI gred automotif Honghu dan juga platform yang dibangunkan secara bebas oleh Baidu.



Selain itu, pakej Boyue X dilengkapkan lagi dengan teknologi bantuan pemanduan cip EyeQ4 Mobileye generasi keempat.

 

Dengan adanya naik taraf 'otak' model ini, kokpit pintar Boyue X kini tampil dengan  human-machine interface (HMI) atau 'sistem yang menghubungkan antara manusia dan mesin' yang termaju dalam industri.



Untuk menjadikan kereta lebih premium, model ini kini tampil dengan pelbagai ciri menarik lain, contohnya, sistem pencahayaan dan juga sistem audio BOSE 12 speaker yang mewah. 

 

Di samping itu, Geely turut telah bekerjasama dengan Tencent, Huawei, Baidu dan beberapa lagi rakan kongsi lain untuk meningkatkan lagi prestasi APPA luaran dan juga kesesuaian dengan sistem kokpit pintar Boyue X.



Dari segi prestasi, Boyue X didatangkan dengan enjin yang berkuasa namun tetap efisien.

 

Enjin yang digunakan ialah enjin berpengecas turbo 1.8 liter 4 silinder dengan suntikan bahan api terus yang dipadankan dengan kotak gear DCT basah 7 kelajuan ultra-efisien. 



Enjin 1.8TD ini menawarkan output maksimum sebanyak 135 kW (181 hp) dan tork 300 Nm. Kotak gear 7-DCT memberikan tahap efisien transmisi yang sangat tinggi sehingga mencapai 97 peratus. 

 

Penggunaan trenkuasa kali ini membolehkan Boyue X mencapai kadar penggunaan minyak 7.7L untuk setiap 100 km. 


Gan menyimpulkan, "Sebagai sebuah syarikat yang mementingkan pengguna, kami dengan sepenuh hati mendengar (apa yang diperlukan) pengguna dengan fikiran terbuka dan menawarkan mereka teknologi tercanggih kami dengan hati yang terbuka."

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQL2483

SELANGOR

BSM3690

JOHOR

JYR1875

PULAU PINANG

PRY4761

PERAK

APF904

PAHANG

CFF2094

KEDAH

KGE2627

NEGERI SEMBILAN

NEJ4739

KOTA KINABALU

SJQ2097

KUCHING

QAB2095N

Terakhir Kemas Kini 07 Feb, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.54

+0.02

RON 97

RM 3.10

+0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

+0.04

EURO 5 B7

RM 3.08

+0.04

Terakhir Kemas Kini 22 Jan, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Teknologi

04-03-2025
EV

16-02-2025
Global

24-01-2025
Global

22-01-2025
Global

17-01-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Tempahan Proton S70 2026 Dibuka Esok

Tempahan PROTON S70 2026 akan dibuka bermula esok memandangkan model ini sudah pun berada di bilik pameran sah 3S/4S Proton di seluruh negara.

06-02-2026
Kereta Baru

Dilancar: Dongfeng 007, Vigo Masuk Malaysia, Harga-RM161,800* & RM100,000*

Dongfeng Cars Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya dua kenderaan elektrik terbaharu mereka, iaitu Dongfeng 007 dan Dongfeng Vigo.

05-02-2026
Kereta Baru

Tempahan Mitsubishi Xforce Kini Dibuka – CKD, Dari RM105K Dengan Rebat RM5,000

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kembali menggegar pasaran SUV kompak tempatan dengan model Mitsubishi Xforce Serba Baharu (2026).

05-02-2026
Kereta Baru

PHEV Paling Mampu Milik, Proton e.MAS 7 PHEV Dilancarkan, Ada 3 Varian, Harga Semurah RM105, 800

5,000 pelanggan pertama akan menikmati rebat pelancaran khas bernilai RM 4,000 sekali gus menjadikan harga varian biasa hanya semurah RM105,800.

04-02-2026
Kereta Baru

GWM Wey G9 Hi4 PHEV Dilancarkan - RM269,800

Great Wall Motor (GWM) Malaysia secara rasminya melancarkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV di pasaran sebentar tadi.

29-01-2026
Kereta Baru

Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi melancarkan Toyota Vios HEV 2026 untuk pasaran tempatan hari ini.

29-01-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.