ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ini Dia Model-Model Lexus Yang Digunakan Dalam Filem Eternals

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Lexus pernah hangat beberapa tahun yang lalu apabila kereta coupe Lexus LC digunakan dalam filem Black Panther. Kali ini, kereta keluaran Lexus digunakan lagi dalam filem terbaharu Marvel Cinematic Universe, Eternals yang mana kesemua sepuluh watak adiwira dalam filem ini menggunakan Lexus.

 

Naib Presiden Pemasaran Lexus, Vinay Shahani berkata, "Tema karakter yang dibawa setiap model Lexus adalah unik sepertimana watak-watak dalam filem Eternals yang tampil dengan gaya dan kebolehan tersendiri."



Dalam filem ini, dapat dilihat watak Kingo yang dilakonkan oleh Kumail Nanjiani menggunakan Lexus IS 500.  Ikaris, watak sebagai ketua adiwira yang dilakonkan oleh Richard Madden tampil dengan sedan LS.



Seterusnya, Ajak, yang dilakonkan oleh Salma Hayek dan watak Druig, oleh Barry Keoghan, kedua-duanya menggunakan Lexus GX.



Gilgamesh, watak Eternal paling gagah yang dilakonkan oleh Don Lee menggunakan model LX. Sementara itu, Makkara, Eternal yang terpantas, dilakonkan oleh Lauren Ridloff menggunakan RC F Track Edition. 



Guru teknikal dan teknologi adiwira ini, Phastos, yang dimainkan Brian Tyree dilihat menggunakan Lexus LX.  Watak Sersi yang dilakonkan Gemma Chan, menggunakan Lexus RC F.



Sprite yang dilakonkan oleh Lia McHugh menggunakan Lexus NX dan akhir sekali Angelina Jolie, menggunakan LC 500.



Setiap model Lexus ini dihadirkan dengan 'perisai' yang direka unik bersesuaian dengan karakter adiwira yang menggunakan kereta. Ciri unik lain yang dapat dilihat pada kereta yang digunakan dalam filem ini ialah cahaya keemasan yang terpancar daripada gril dan bawah badan kereta. 

 

Naib Presiden Kanan Hubungan Pemasaran Global Marvel Studio, Mindy Hamilton berkata, "Kami gembira untuk bekerjasama dengan Lexus sekali lagi selepas kejayaan dalam filem Black Panther."

 

Menurut Lexus, semua kenderaan yang dihasilkan dengan rekaan khas bagi filem ini tidak akan dijual namun akan dipamerkan di pelbagai acara termasuklah semasa tayangan perdana filem ini.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT4934

SELANGOR

BSU3493

JOHOR

JF5210J

PULAU PINANG

PSG3210

PERAK

APM1537

PAHANG

CFH9844

KEDAH

KGJ4157

NEGERI SEMBILAN

NEM2445

KOTA KINABALU

SJU5013

KUCHING

QAB7415P

Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

02-12-2025
Kereta Baru

28-11-2025
Kereta Baru

22-07-2025
Global

23-06-2025
Global

23-04-2025
Global

22-08-2024
Kereta Baru

23-07-2024
Kereta Baru

10-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa

Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.

09-10-2026
Berita Auto

Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?

Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.

09-10-2026
Berita Auto

Berapa Ramai Guna BUDI95?

Rupanya Ramai Tak Guna Sepenuhnya Kelayakan BUDI95.

09-10-2026
Berita Auto

Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan

Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.

09-10-2026
Berita Auto

Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati

Jalan Merekah Dari TBS ke Cheras: Warga Kota Desak Pembaikan Segera.

09-10-2026
Berita Auto

Impak F1 Sepang: PMKS Raih Limpahan Ekonomi RM345 Juta

GP Bahrain di Sepang: PMKS Jana RM345 Juta.

09-10-2026
Berita Auto

Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan

Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut

08-10-2026
Berita Auto

Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?

ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!

08-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.