Honda City Hatchback Terbaharu Kini Boleh Ditempah!
Honda Malaysia telah mengumumkan kehadiran City Hatchback yang kini sudah pun boleh mula ditempah di semua cawangan Honda di seluruh negara.

Pengarah Pengurusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, "Pengenalan City Hatchback serba baharu ini ialah satu pencapaian terpenting Honda di Malaysia kerana ini merupakan kali pertama syarikat menawarkan model ini dalam badan sebuah kereta hatchback."
Terdapat dua jenis enjin yang ditawarkan Honda City Hatchback 2022 - Petrol dan e:HEV. Untuk varian yang menggunakan enjin petrol, enjin yang digunakan ialah enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang boleh menghasilkan output maksimum sehingga 119 hp dan mencapai tork 145 Nm.

Varian tertinggi, RS, menggunakan enjin hibrid e:HEV yang merangkumi enjin hibrid 1.5L Sports intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) dan dua motor elektrik. Kombinasi kedua-dua sistem ini menghasilkan kuasa 108 hp dan tork 253 Nm.
Kereta didatangkan dengan empat mod kerusi ULTRA. Mod tersebut ialah Refresh, Long, Tall dan Utility. Kereta ini turut ditawarkan dengan ciri Remote Engine Start yang membolehkan enjin dihidupkan dari jarak jauh tanpa perlu berada di kerusi pemandu.

Dari segi luarannya, Honda City Hatchback kelihatan begitu sporty. Sememangnya sesuai untuk anak-anak muda. Aura sporty ini dapat dilihat daripada girl depan dan juga cermin sisi yang berwarna hitam berkilat. Menyempurnakan lagi gaya sporty kereta ini ialah rim aloi bersaiz 16 inci yang digunakan.

City Hatchback yang terbaharu ini merupakan model pertama dalam segmennya yang menawarkan pakej lengkap untuk teknologi keselamatan canggih generasi terkini – Honda SENSING. Sistem bantuan pemandu Honda SENSING yang terdapat pada City Hatchback RS e:HEV terbaharu ini adalah merangkumi kawalan jelajah adaptif (ACC), sistem brek mitigasi pelanggaran (CMBS), amaran pra-pelanggaran, (FCW), sistem bantuan kekal lorong (LKAS), mitigasi keluar jalan (RDM), amaran keluar lorong (LDW) dan lampu suluh tinggi auto (AHB).

Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan City Hatchback ini, boleh kunjungi mana-mana cawangan Honda di seluruh negara.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4512
SELANGOR
BSV1172
JOHOR
JH4075J
PULAU PINANG
PSH4012
PERAK
APM9475
PAHANG
CFJ4082
KEDAH
KGJ8110
NEGERI SEMBILAN
NEM5843
KOTA KINABALU
SJV1820
KUCHING
QAB198Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan
Perodua menerajui carta jualan September 2026.
15-10-2026
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi
Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.
03-09-2026
Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Di Bawah Pengaruh Ganja
Penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh ganja di Kilometer 23, Jalan Seremban- Kuala Pilah, Negeri Sembilan, malam tadi.
31-12-2025
Honda Prelude 2026 Dipasarkan Di Jepun – Kit Sporty Mugen Ditawarkan
Setelah hampir dua tahun sejak konsep asalnya diperkenalkan, Honda akhirnya melancarkan model baharu Prelude 2026 di pasaran Jepun.
09-09-2025
Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!
Honda baru sahaja melancarkan versi pengeluaran kereta konsep yang dikenali sebagai Honda N-One e di Jepun, baru-baru ini.
30-07-2025
Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900
Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan.
17-07-2025
Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan
Honda akan menayangkan Honda Super EV Concept di Goodwood Festival of Speed.
17-06-2025
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

