Nismo Dedah Nissan Z Untuk Era Baharu Super GT
Sukan permotoran antarabangsa Nissan (NISMO) melancarkan jentera baharunya, Nissan Z baru-baru ini.

Khabarnya, Nissan Z GT500 ini menggantikan tempat Nissan GT-R R35 GT500 yang dikatakan telah dihentikan dari perlumbaan Super GT Jepun.
Oleh itu, Nissan Z akan digunakan oleh pasukan kereta lumba bermula musim 2022.
Untuk rekod, Nissan telah memulakan perlumbaan dengan menggunakan Nissan Skyline GT-R, diikuti dengan 350Z dan Nismo kemudian kereta paling ikoniknya iaitu GT500.
Nissan Z ini menggunakan enjin turbo empat-silinder 2.0 liter dimana ia mampu menghamburkan kuasa 650 hp.

Kereta bersaiz lebar ini juga digabungkan dengan elemen S30 240Z dan 300 ZX serta teknologi terkini ini sekali gus menggambarkan semangat cabaran Nissan.
Lagipun, Nismo mempunyai kehadiran yang kukuh dalam siri perlumbaan kereta Super GT sejak perlumbaan itu dimulakan. Sejak itu, Nismo telah memenangi sebilangan besar siri kejuaraan.
Katanya, kemenangan itu mempunyai kaitan dengan enjin yang digunakan oleh Nismo.
Untuk info, sejak tahun 2003, Nismo dan Motul telah bekerjasama dimana Motul telah membangunkan minyak pelincir khas untuk enjin Nismo.
Sekitar tahun 2022, Nismo telah mengambil langkah berbeza untuk kereta generasi baharunya iaitu Super GT.

Penggunaan kereta Super GT menandakan berakhirnya era GT-R selepas 14 tahun. Pun begitu, mungkin ramai yang tidak dapat melupakan detik-detik ketika GT-R mencapai kejayaan di seluruh dunia.
Hakikatnya, pengenalan Nissan Z ini menandakan satu lagi pencapaian penting untuk Nismo dan Motul.
Sekitar April depan, Nissan Z akan membuat penampilan sulungnya sempena pembukaan musim Super GT 2022 di Litar Antarabangsa Okayama.
Apapun, nantikan pengumuman selanjutnya daripada Nismo ketika mereka mengumumkan pemandu barisan Nissan Z dan jentera baharunya pada awal tahun depan!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD3973
SELANGOR
BSR468
JOHOR
JYB2362
PULAU PINANG
PSD2597
PERAK
APJ3645
PAHANG
CFG8447
KEDAH
KGG6223
NEGERI SEMBILAN
NEK7154
KOTA KINABALU
SJS4968
KUCHING
QAB423P
Terakhir Kemas Kini 25 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Sudahlah Curi, Dibakar Pula!
Nissan Silvia 180SX yang dilaporkan hilang di Kepong, Kuala Lumpur semalam ditemui dalam keadaan hangus.
17-02-2022
Nissan Akan Memulakan Ujian Pengesahan Tidak Lama Lagi
Pengeluar kereta Nissan mengumumkan bahawa pihaknya akan menjalankan ujian pengesahan sistem pengurusan tenaga di Namie, Fukushima, Jepun tidak lama lagi.
16-02-2022
Nissan Bekerjasama Dengan Jaxa Untuk Bangunkan Kenderaan Inovatif Itu
Nissan menayangkan kenderaan prototaip jelajah bulan yang dibangunkan bersama JAXA.
15-02-2022
ETCM Ringan Beban Mangsa Banjir Dan Beberapa Pertubuhan Lain
ETCM menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa banjir.
10-02-2022
Jangan Lepaskan Promosi ETCM!
ETCM menawarkan promosi dan baucar hebat untuk dimenangi sempena Kempen Tahun Baru Cina yang akan datang.
07-01-2022
Jentera Ini Hadir Dengan e-Power
Nissan melancarkan Note Autech Crossover di Jepun yang didatangkan secara esklusif dengan trenkuasa elektrik, e-POWER.
11-11-2021
Fuh, Canggih & Cun Betul Sistem Kawalan Nissan Ariya!
Ariya, model crossover elektrik terkini Nissan, hadir dengan sistem kawalan dengan teknologi yang inovatif.
17-09-2021
ETCM Anjur Pelbagai Program Menarik!
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengumumkan tiga berita yang menggembirakan secara serentak baru-baru ini.
03-09-2021
Berita Terkini
Isu Saman: Ahli Parlimen Cadang Bayar Ansuran
Shahidan mencadangkan bayaran saman bagi kesalahan jalan raya dibenarkan dibuat secara ansuran.
24-06-2026
PUSPAKOM Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu, Sasar Tingkat Kualiti Servis
PUSPAKOM secara rasmi mengumumkan pengambilan 100 Pemeriksa Kenderaan (VE) baharu di seluruh negara untuk tahun ini.
24-06-2026
RM25.2 Juta Diperuntuk Pasang Lampu Solar LED Di 32 Lokasi Berisiko Tinggi Lebuh Raya
3,000 Tiang Lampu Solar LED Bakal Dipasang Di Kawasan 'Blackspot' Lebuh Raya Menjelang November.
24-06-2026
Selamatkan 21 Nyawa: Pemandu Lori Terima Penghargaan Daripada Menteri
Wira Terowong Menora' Terima Penghargaan Menteri, Sanggup Gadai Nyawa Demi Selamatkan Nyawa Pemandu Lain.
23-06-2026
Kesalahan Jalan Raya: Kadar Maksimum Kompaun Naik RM500 Mulai 2029
Pemandu Malaysia Ambil Tahu! Ini Perubahan Besar Akta Pengangkutan Jalan Yang Anda Wajib Tahu.
23-06-2026
JPJ Pertama Buka 7 Hari Seminggu, Buka Sampai 10 Malam di Bandar Tasik Selatan!
JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) melakar sejarah apabila menjadi cawangan pertama di negara ini yang beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu.
22-06-2026
PM Rasmikan Operasi LRT3 Ahad Ini
Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekiranya akan bermula Isnin depan.
22-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat