Perodua Lancar Pelan Tindakan Lestari Pertama
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengorak setapak ke hadapan selepas melancarkan pelan tindakan lestari pertama, Perodua Smart Build yang dikenali sebagai “Transformasi 3.0”.
Perodua Smart Build dibina berdasarkan kejayaan sebelumnya bagi mewujudkan ekosistem automotif yang mampan dan kukuh.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin berkata, pihaknya bekerjasama dengan rakan niaga tempatannya bagi mewujudkan masa depan yang lebih lestari dalam industri automotif Malaysia.

“Pelan tindakan lestari direka untuk membantu Perodua mengambil manfaat daripada Dasar Automotif Nasional dengan menjadikan industri itu menjadi lebih berdaya saing dan maju.
“Dari segi produk, model-model kami pada masa hadapan akan lebih seiring dengan trend semasa dan pada masa sama kami mengekalkan kelebihan Perodua iaitu ruang, kualiti, kebolehpercayaan, kecekapan bahan api dan nilai terbaik,” katanya.
Tambah beliau, kakitangan Perodua kini sedang bekerjasama dengan Daihatsu, Jepun bagi mereka bentuk model Daihatsu dimana ia merupakan satu usaha untuk mengeksport kepakaran ke luar negara.
“Kami berterima kasih kepada Daihatsu kerana memberi peluang dan terus menyokong Perodua sejak awal lagi.
“Sudah tiba masanya, untuk kita berkongsi kerjasama ini sepenuhnya dengan rakan niaga kami di Malaysia,”ujarnya lagi.
Beliau turut menjelaskan bahawa beberapa pembekal Malaysia didapati telah menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global Daithatsu.
Oleh itu, pihaknya kini sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk membangunkan lebih banyak pembekal tempatan ke arah tuju yang sama.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS9721
SELANGOR
BSN9358
JOHOR
JYU3534
PULAU PINANG
PSB2315
PERAK
APG4606
PAHANG
CFG1383
KEDAH
KGF1671
NEGERI SEMBILAN
NEJ9640
KOTA KINABALU
SJR2591
KUCHING
QAB5195N
Terakhir Kemas Kini 09 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Betul Ke Perodua Bakal Perkenalkan Model Sedan Terbaharunya?
Jika benar ia bakal dilancarkan, ia pasti menarik perhatian ramai.
06-01-2022
Wujud Beberapa Masalah Menyebabkan Penghantaran Pada Bulan Lalu Rendah!
Perodua kini mahu mencapai jumlah pendaftaran bulanan paling tinggi dalam sejarahnya pada bulan ini
06-12-2021
Perodua Myvi Yang Dinantikan Ramai Telah Dilancarkan – Harga Bermula Dari RM45,700
Perodua baru sahaja melancarkan Perodua Myvi terbaharu untuk tahun 2022 dengan harga yang bermula daripada RM45,700.
18-11-2021
Berita Terkini
UPSI Lakar Sejarah, Perkenal Bas Kaunseling Bergerak Pertama Di Malaysia
Bas pendidikan UPSI diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai platform First Mobile Mental Health Counseling Program di negara ini.
09-04-2026
Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat
Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.
09-04-2026
Sana Sudah Gencatan Senjata, Sini Harga Minyak Makin 'Membara'. Ini Penjelasannya
Harga minyak tanpa subsidi semakin melambung.
08-04-2026
Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar
Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!
08-04-2026
Dakwaan Tambah Kuota BUDI95 Tidak Benar
MoF Tampil Perbetul Salah Faham Tular Isu Tambah Kuota BUDI95.
08-04-2026
Kuota BUDI95 200 Liter: Masa Untuk Tukar EV
Adakah sekarang masa untuk beralih ke kenderaan elektrik (EV) kerana EV bukan lagi sekadar gaya hidup, tetapi strategi survival.
07-04-2026
Boleh Ke Guna MyKad Mak Ayah Beli RON95? JPN Akhirnya Tampil Perbetul Salah Faham
JPN menegaskan tiada sekatan untuk rakyat menggunakan kad pengenalan bagi memanfaatkan subsidi di bawah inisiatif BUDI95, selagi ia dibuat mengikut peraturan.
07-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
