Pelancaran Audi E-Tron GT
Sofea Najmi
25-2-2021
Audi AG telah melancarkan kereta elektrik baharunya, Audi E-Tron GT pada Februari 2021 ketika acara 'Day of Progress' yang diadakan dalam talian.
Ketua Pegawai Eksekutif Markus Duesmann berkata, E-Tron GT ialah model kereta Gran Turismo yang telah diadaptasikan untuk masa hadapan. Reka bentuk kereta ini menjadi contoh kepada gaya premium dalam dunia automotif.
Audi telah mempamerkan dua varian terbaharu Gran Turismo iaitu Audi RS E-Tron GT dan juga Audi E-Tron GT Quattro.
Naib Presiden Kanan Audi Brand, Audi AG, Henrik Wenders berkata, dengan Audi E-Tron GT, DNA Audi akan ditempatkan di atas jalan raya. Gran Turismo merupakan cerminan daya inovatif dan juga semangat untuk menjadi perintis yang dimiliki syarikat Audi. Menurut beliau, model ini adalah sebahagian daripada ikon lain jenama Audi, sebaris dengan model kereta seperti Audi TT dan Audi R8.
Varian Audi RS E-Tron GT mampu menjana sehingga 440 kW atau 590 kuasa kuda serta daya kilas mencecah 830 Nm. Kuasa ini membenarkan kereta untuk memecut daripada 0-100 kmsj dalam masa hanya 3.3 saat dengan kelajuan maksima 250 kmsj.
Varian Audi E-Tron GT Quattro pula mampu menjana sehingga 350 kW (469 kuasa kuda) dan juga daya kilas maksima 630 Nm. Dengan kuasa ini, kereta mampu memecut sepantas 4.1 saat dari pegun ke 100 kmsj dan mampu mencapai tahap kelajuan tertinggi sehingga 245 kmsj.
Kedua-dua varian Audi E-Tron GT dilengkapkan dengan sistem 800V yang membenarkan kereta untuk dicas sehingga 270 kW dan bergerak sejauh 100 km dalam masa hanya lima minit. Digabungkan dengan pek bateri berkapasiti 86 kWh yang mengandungi 396 sel yang diagihkan kepada 33 modul untuk 12 bateri. E-Tron GT Quattro pula boleh mencapai jarak sejauh 488 km mengikut kitaran WLTP.
Berkaitan dimensi kenderaan pula, Audi E-Tron GT berdiri pada ketinggian 1410 mm dengan kelebaran 1960 mm, kepanjangan 4990 mm dan jarak antara roda 2900 mm. Kereta ini dilengkapi but belakang berkapasiti 405 liter dan but depan berkapasiti 81 liter.
Anggota Lembaga Audi AG, Hildegard Wortmann berkata, Audi E-Tron GT ialah tanda permulaan era baharu bagi Audi.
"Tujuan kami adalah untuk membentuk masa depan mobiliti elektrik bertaraf premium. Cinta yang mendalam terhadap ketelitian, ketepatan maksima dan juga reka bentuk yang futuristik menunjukkan semangat Audi dalam mereka bentuk dan menghasilkan kereta," katanya.
Gallery
















Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPC6745
SELANGOR
BSE5920
JOHOR
JXW8708
PULAU PINANG
PRQ4890
PERAK
ANV5274
PAHANG
CFB7186
KEDAH
KGA4986
NEGERI SEMBILAN
NEF8016
KOTA KINABALU
SJK8364
KUCHING
QAB3356L
Terakhir Kemas Kini 11 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.10
-0.08
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.80
-0.08
EURO 5 B7
RM 3.00
-0.08
Terakhir Kemas Kini 08 May, 2025
Berita Terkini
MAS 2025: Himpunan EV Tertinggi Setakat Ini, Lebih 500 Kenderaan
Pameran automotif terbesar negara, Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025), membuka tirainya hari ini dengan kehadiran pelbagai teknologi mobiliti masa depan.
09-05-2025
Lega, Harga Runcit RON97, Diesel Turun 8 Sen
Harga RON97 dan diesel bagi Semenanjung masing-masing diturunkan lapan sen seliter.
07-05-2025
Sidang Kemuncak ASEAN: Kakitangan Kerajaan Boleh Kerja Dari Rumah
Penjawat awam boleh memohon untuk bekerja dari rumah.
07-05-2025
Stesen LRT Glenmarie: Lokasi Pencuri Bateri Kereta
Stesen LRT Glenmarie kini menjadi sasaran pencuri bateri kereta.
07-05-2025
Apa Yang Menarik Di Malaysia Autoshow 2025 Pada 9-15 Mei Nanti?
Pameran automotif tahunan terbesar negara, Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) kembali tahun ini dengan tema baharu ‘Shifting The Future’.
07-05-2025
Viral: Wanita Maut Tercampak Keluar Dari Van, Ini Pula Kata Polis!
Wanita maut dipercayai tercampak keluar van di tepi KESAS.
06-05-2025
Jualan Proton Melonjak Kepada 12,692 unit Bulan Lepas, e,MAS Dahului Jualan EV
Jualan Proton melonjak sebanyak 12,692 unit pada bulan lepas.
06-05-2025
Ada Berita Baik Untuk Pencari Kerja, Projek ECRL Bakal Tawar 3,200 Peluang Pekerjaan
Projek ECRL bakal mewujudkan lebih 3,200 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
06-05-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat