ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pelancaran Audi E-Tron GT

Sofea Najmi

25-2-2021

Kongsi melalui

Audi AG telah melancarkan kereta elektrik baharunya, Audi E-Tron GT pada Februari 2021 ketika acara 'Day of Progress' yang diadakan dalam talian.

Ketua Pegawai Eksekutif Markus Duesmann berkata, E-Tron GT ialah model kereta Gran Turismo yang telah diadaptasikan untuk masa hadapan. Reka bentuk kereta ini menjadi contoh kepada gaya premium dalam dunia automotif.  

Audi telah mempamerkan dua varian terbaharu Gran Turismo iaitu Audi RS E-Tron GT dan juga Audi E-Tron GT Quattro.

Naib Presiden Kanan Audi Brand, Audi AG, Henrik Wenders berkata, dengan Audi E-Tron GT, DNA Audi akan ditempatkan di atas jalan raya. Gran Turismo merupakan cerminan daya inovatif dan juga semangat untuk menjadi perintis yang dimiliki syarikat Audi. Menurut beliau, model ini adalah sebahagian daripada ikon lain jenama Audi, sebaris dengan model kereta seperti Audi TT dan Audi R8.

Varian Audi RS E-Tron GT mampu menjana sehingga 440 kW atau 590 kuasa kuda serta daya kilas mencecah 830 Nm.  Kuasa ini membenarkan kereta untuk memecut daripada 0-100 kmsj dalam masa hanya 3.3 saat dengan kelajuan maksima 250 kmsj.

Varian Audi E-Tron GT Quattro pula mampu menjana sehingga 350 kW (469 kuasa kuda) dan juga daya kilas maksima 630 Nm.  Dengan kuasa ini, kereta mampu memecut sepantas 4.1 saat dari pegun ke 100 kmsj dan mampu mencapai tahap kelajuan tertinggi sehingga 245 kmsj.

Kedua-dua varian Audi E-Tron GT dilengkapkan dengan sistem 800V yang membenarkan kereta untuk dicas sehingga 270 kW dan bergerak sejauh 100 km dalam masa hanya lima minit.  Digabungkan dengan pek bateri berkapasiti 86 kWh yang mengandungi 396 sel yang diagihkan kepada 33 modul untuk 12 bateri.  E-Tron GT Quattro pula boleh mencapai jarak sejauh 488 km mengikut kitaran WLTP.

Berkaitan dimensi kenderaan pula, Audi E-Tron GT berdiri pada ketinggian 1410 mm dengan kelebaran 1960 mm, kepanjangan 4990 mm dan jarak antara roda 2900 mm. Kereta ini dilengkapi but belakang berkapasiti 405 liter dan but depan berkapasiti 81 liter.

Anggota Lembaga Audi AG, Hildegard Wortmann berkata, Audi E-Tron GT ialah tanda permulaan era baharu bagi Audi.

"Tujuan kami adalah untuk membentuk masa depan mobiliti elektrik bertaraf premium. Cinta yang mendalam terhadap ketelitian, ketepatan maksima dan juga reka bentuk yang futuristik menunjukkan semangat Audi dalam mereka bentuk dan menghasilkan kereta," katanya.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPC6864

SELANGOR

BSE5947

JOHOR

JXW8794

PULAU PINANG

PRQ4926

PERAK

ANV5303

PAHANG

CFB7197

KEDAH

KGA5021

NEGERI SEMBILAN

NEF8030

KOTA KINABALU

SJK8374

KUCHING

QAB3357L

Terakhir Kemas Kini 12 May, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.10

-0.08

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.80

-0.08

EURO 5 B7

RM 3.00

-0.08

Terakhir Kemas Kini 08 May, 2025

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tetapi Sudah Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM469K-RM489K

Audi Q7 akan menjadi Audi pertama yang di pasang di Malaysia malah yang pertama di produksi di Asia Tenggara.

10-04-2025
Berita Auto

Rangkaian Pengedar Bertambah: PHSAM Lantik 6 Pengedar Baharu

PHSAM mengumumkan pelantikan enam rakan pengedar baharu di seluruh negara.

09-04-2025
Berita Auto

Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan

Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.

20-02-2025
Kereta Baru

Bos Besar Dah Sahkan Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tahun Ini

Q7 CKD itu akan menampilkan rangkaian kuasa hibrid ringan (MHEV).

18-02-2025
Global

Audi Bakal Kembali Kepada Sistem Penamaan Model Yang Lama Kerana Kritikan

Jenama automotif Jerman, Audi, mengumumkan bahawa ia akan kembali menggunakan sistem penamaan model lama selepas menerima maklum balas kurang memberangsangkan.

05-02-2025
Berita Auto

Sistem ChatGPT Ditawarkan Pada Audi Dari 2021 Bermula Julai Ini

Sistem ChatGPT tidak lama lagi bakal ditawarkan sebagai salah satu ciri canggih dalam kereta jenama mewah, Audi.

28-06-2024
Global

Varian PHEV Audi Q7 & Q8 Dikemaskini – Lebih Kuasa, Lebih Jauh

Audi telah mengemaskini varian hibrid plug-in (PHEV) SUV mewah, Audi Q7 dan Q8 yang dibangunkan berdasarkan platform MLB Evo.

25-04-2024
Global

Pengeluaran Audi Ditamatkan Selepas 25 Tahun

Tiada lagi Audi TT di pasaran automotif.

24-11-2023

Berita Terkini

Berita Auto

MAS 2025: Himpunan EV Tertinggi Setakat Ini, Lebih 500 Kenderaan

Pameran automotif terbesar negara, Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025), membuka tirainya hari ini dengan kehadiran pelbagai teknologi mobiliti masa depan.

09-05-2025
Berita Auto

Lega, Harga Runcit RON97, Diesel Turun 8 Sen

Harga RON97 dan diesel bagi Semenanjung masing-masing diturunkan lapan sen seliter.

07-05-2025
Berita Auto

Sidang Kemuncak ASEAN: Kakitangan Kerajaan Boleh Kerja Dari Rumah

Penjawat awam boleh memohon untuk bekerja dari rumah.

07-05-2025
Berita Auto

Stesen LRT Glenmarie: Lokasi Pencuri Bateri Kereta

Stesen LRT Glenmarie kini menjadi sasaran pencuri bateri kereta.

07-05-2025
Berita Auto

Apa Yang Menarik Di Malaysia Autoshow 2025 Pada 9-15 Mei Nanti?

Pameran automotif tahunan terbesar negara, Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) kembali tahun ini dengan tema baharu ‘Shifting The Future’.

07-05-2025
Berita Auto

Viral: Wanita Maut Tercampak Keluar Dari Van, Ini Pula Kata Polis!

Wanita maut dipercayai tercampak keluar van di tepi KESAS.

06-05-2025
Berita Auto

Jualan Proton Melonjak Kepada 12,692 unit Bulan Lepas, e,MAS Dahului Jualan EV

Jualan Proton melonjak sebanyak 12,692 unit pada bulan lepas.

06-05-2025
Berita Auto

Ada Berita Baik Untuk Pencari Kerja, Projek ECRL Bakal Tawar 3,200 Peluang Pekerjaan

Projek ECRL bakal mewujudkan lebih 3,200 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

06-05-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.