Proton Saga Tembusi Pasaran Pakistan
Proton Holdings Bhd (Proton) menambah pasaran antarabangsa apabila membuat kemunculan sulungnya sempena pasaran antarabangsa yang kelapan di Pakistan pada awal bulan ini.
Susulan itu, Proton Saga yang mula diedarkan sekitar tahun 2019 kini didapati di Pakistan termasuk di tujuh negara lain.
Antaranya, Brunei, Bangladesh, Mesir, Jordan, Kenya, Mauritius dan Nepal. Bagaimanapun, Proton Saga yang dijual di Pakistan hanya didapati dalam tiga varian iaitu Saga MT, Saga AT dan Saga Ace AT. Malah, 100 unit tambahan Saga R3 Edisi Terhad turut ditawarkan dengan pilihan transmisi MT dan AT.
Pelancaran secara dalam talian itu dirasmikan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Ikram Mohammad Ibrahim.
Dalam ucapan beliau, Ikram berharap operasi Proton di Pakistan akan mengukuhkan lagi hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.
Saga merupakan model kedua yang ditawarkan di Pakistan selepas pelancaran X70 sekitar Disember pada tahun lalu.
Kesemua kenderaan dilengkapi dengan unit pasang siap dari Malaysia tetapi syarikat rakan kongsi Proton, Al-Haj Autopmotive akan memulakan operasi pemasangan tempatan di kilang baharunya di Karachi pada suku ketiga tahun ini.
Dengan kapasiti dianggarkan sebanyak 25,000 unit setahun, kilang itu mampu meningkatkan jualan Proton dengan cepat dalam pasaran yang berpotensi untuk berkembang pesat di Pakistan.
Ketua Pegawai Eksekutif Al-Haj Automotive, Hilal Khan Afridi yakin bahawa pelanggan di Pakistan akan berminat dengan jenama Proton.
“Saya berterima kasih kepada warga Pakistan kerana menjayakan Proton Saga di negara ini dengan serta-merta. Kereta ini pasti menonjol kerana kebolehpercayaan, ketahanan dan nilai berbaloi dengan harga,” katanya selepas majlis pelancaran itu.
Beralih kepada suku kedua tahun, Proton berhasrat untuk meningkatkan kehadiran pasaran antarabangsanya iaitu seiring dengan matlamat jangka panjangnya.
Proton X70 dan X50 akan turut dieksport bersama Saga, dengan tujuan mewujudkan rangkaian kenderaan itu di luar negara.
“Eksport merupakan tunjang utama untuk Proton dan ia akan menyumbang peningkatan peratusan dalam jumlah jualan kami dalam beberapa tahun akan datang.
“Selain menonjolkan ciri-ciri produk , kami juga berhasrat untuk menitikberatkan soal reputasi kualiti tinggi dalam sektor pembuatan kereta Malaysia sekali gus ia akan memberi kepercayaan kepada produk kami.
“Selain menerokai peluang baharu pada tahun ini, kami menembusi semula pasaran ASEAN seperti Thailand dan Indonesia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah.
Gallery



Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPL3854
SELANGOR
BSG5280
JOHOR
JYD8403
PULAU PINANG
PRS6478
PERAK
ANY2855
PAHANG
CFC7856
KEDAH
KGB4969
NEGERI SEMBILAN
NEG5437
KOTA KINABALU
SJL8642
KUCHING
QAB7393L
Terakhir Kemas Kini 26 Jul, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.21
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.91
EURO 5 B7
RM 3.11
Terakhir Kemas Kini 24 Jul, 2025
Berita Terkini
Himpunan Turun Anwar: Semua Pengangkutan Awam Operasi Seperti Biasa
Jangan risau, semua perkhidmatan pengangkutan awam, termasuk stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan PRASARANA, akan beroperasi seperti biasa, esok.
25-07-2025
Himpunan Turun Anwar: KL Sesak Esok, 16 Jalan Dilencongkan, Orang KL Diminta Rancang Perjalanan!
Sebanyak 16 laluan di sekitar Kuala Lumpur akan dilencongkan gara-gara Himpunan Turun Anwar tengah hari esok (26 Julai 2025).
25-07-2025
Treler Terhumban Dalam Laut, Mujur Pemandu Selamat
Mujur, kedua-dua pemandu treler berkenaan terselamat.
25-07-2025
DBKL Terima Aduan 1,000 Kereta Terbiar Dalam 5 Bulan
Hanya dalam lima tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menerima sebanyak 1,009 aduan berkaitan kenderaan buruk atau terbiar.
25-07-2025
Tol Percuma Musim Perayaan Untuk Tahun Depan, Masih Belum Diputuskan
Kerajaan belum membuat sebarang keputusan berkenaan pemberian tol percuma bersempena musim perayaan untuk tahun depan.
25-07-2025
Nissan Kicks e-Power Impul Edition: Pakej Sporty Pada Hanya RM8,500
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) semalam mengumumkan bahawa Nissan Kicks e-Power Impul Edition sudah boleh didapati di semua bilik pameran sah di Malaysia.
25-07-2025
WMoto Bobbie VII Versi Sidecar Dilancar, Harga Bawah RM50,000
Motosikal sidecar ini mendapat kelulusan daripada JPJ.
24-07-2025
Susur Keluar ke Taman Melawati/Ulu Kelang Ampang , Ditutup 11 Malam Ini!
Susur keluar Hillview ke Taman Melawati/Ulu Kelang bermula jam 11 malam ini sehingga 5 pagi esok.
24-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat