ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Porsche 911 Turbo S Memang Style! Lebih Sporty Dengan Pelbagai Ciri Baharu

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Sime Darby Auto Performance Sdn Bhd mendedahkan  911 Turbo S generasi baharu sejurus selepas merasmikan Sime Darby Motors City di Ara Damansara. 



Enjin yang digunakan untuk model kereta ini adalah enjin 3.8 liter dengan dua pengecas turbo VTG, digabungkan dengan transmisi Porsche Doppelkupplung (PDK) 8 kelajuan khusus Turbo yang mampu menjana sehingga 641 hp kuasa kuda dan tork maksimum 800 Nm.  




Kelajuan maksimum kereta ini adalah 330 km/j, dan mampu memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa 0.2 saat lebih laju berbanding model sebelum ini. Untuk pecutan dari 0 ke 200 km/j pula, Porsche 911 Turbo S adalah 1 saat lebih laju  (8.9 saat) berbanding model terdahulu. 



Teknologi enjinnya adalah berasaskan generasi enjin 911 Carrera, namun model terbaharu ini datang dengan sistem penyejuk udara yang telah ditambah baik, pengecas turbo VTG yang lebih besar dalam layout yang simetrikal dengan kepak (flaps) wastegate yang boleh dilaraskan secara automatik. Ciri tambahan lain yang digunakan adalah penggunaan penyuntik piezo.  

Di samping itu, teknologi lain adalah pacuan semua roda Porsche Traction Management (PTM) yang membantu mengagihkan tork  sehingga 500 Nm yang dihantarkan kepada tayar hadapan.  Selain itu, cesi PASM yang standard untuk generasi baharu ini nampaknya lebih sporty berbanding yang lama.  











"Rekaan Porsche Turbo adalah sinonim dengan prestasi yang luar biasa, bahkan sejak daripada kali pertama ianya diperkenalkan lagi.  Moyang kepada segala Turbo (generasi 930) sememangnya adalah revolusi teknikal dalam pengeluaran kereta yang telah ditambah baik dari masa ke masa.  Hal ini adalah lebih-lebih lagi bagi 911 Turbo S yang baharu. Memilik prestasi seperti sebuah supercar, kebolehpemanduan hariannya tetap luar biasa. Apa yang membuatkan saya menjadikan kereta ini sebagai kegemaran peribadi adalah kerana tahap fleksibiliti 911 Turbo S ini yang boleh bertindakbalas dalam pelbagai situasi berbeza. Menggabungkan kuasa, dinamik pemanduan dan keselesaan dengan kecekapan yang tiada tandingannya, ini membina jambatan daripada tradisi kepada inovasi melalui (penghasilan) generasi terbaharu ini," ujar ketua pegawai eksekutif, Christopher Hunter. 




Berkenaan harganya, 911 Turbo S ditawarkan pada harga yang bermula daripada RM 2,235,463 dalam tempoh pengecualian SST.  

Ciri utama lain yang ditawarkan pada 911 Turbo X ialah Porsche Active Aerodynamics (PAA) yang membantu ciri aerodinamik kereta supaya mampu menyesuaikan diri dengan lebih tepat kepada sesebuah situasi, kelajuan dan mod pemanduan. Ciri tambahan yang terbaharu lain termasuklah kepak penyejuk udara pada bahagian depan kereta dan juga kepak belakang yang lebih besar untuk downforce yang lebih tinggi.  

911 Turbo S yang terkini menggunakan dua saiz tayar berbeza. Bahagian depan menggunakan tayar yang bersaiz 20 inci dengan dimensi 255/35, sementara itu bahagian belakang pula adalah tayar 21 inci dengan dimensi 315/30. 





Turut disediakan adalah konfigurasi Eco baharu yang membenarkan sayap belakang untuk terlipat apabila kelajuan kereta meningkat.  Seterusnya adalah mod Wet yang memberi penumpuan kepada kestabilan pemanduan sekiranya alan licin atau basah.  

Sebagai ciri keselamatan tambahan, fungsi brek udara (airbrake) akan diaktifkan secara automatik sekiranya brek dipijak sepenuhnya pada kelajuan yang tinggi.  Untuk drag dan juga downforce yang lebih tinggi, spoiler depan dan sayap belakang akan digerakkan kepada posisi Prestasi (Performance).  

Selain itu, enjin enam silinder telah ditambah baik dengan sistem intake baharu yang mana udara yang diproses mengalir melalui Turbo pengambilan udara pada sudut tepi bahagian belakang.  

Kenderaan ini didatangkan secara standard dengan lampu depan matriks LED, rekaan spoiler yang boleh dinaikkan dan juga sayap belakang yang lebih besar dengan ekzos berkilat berwarna hitam. 










Kemasan standard yang digunakan pada ruang dalam kabin ini adalah termasuk balutan kulit sepenuhnya dengan trim karbon yang digabungkan dengan riasan berwarna silver cerah.  Selain itu, kerusi sport boleh laras 18 arahnya juga diperkemas dengan jahitan khas untukmeraikan 911 Turbo yang pertama (930).  




Bukan itu sahaja, skrin tengah PCM yang digunakan untuk model ini adalah yang bersaiz 10.9 inci, lebih mesra pengguna kerana mempunyai layout yang lebih kemas (kurang gangguan berbanding dahulu) dengan butang kawalan yang tidak sebanyak dahulu.  Ciri tambahan lain adalah seperti stereng GT Sports, pakej Chrono yang merangkumi aplikasi baharu iaitu Porsche Track Precision  dan juga sistem audio BOSE® Surround Sound. 



Untuk maklumat lebih lanjut tentang 911 Turbo S, anda boleh menghubungi Porsche Centre yang terdekat dengan cara merujuk kepada pautan yang terdapat di bawah. 

Porsche Centre Ara Damansara: bit.ly 

Porsche Centre Sungai Besi: bit.ly 

Porsche Centre Penang: bit.ly 

Porsche Centre Johor Bahru: bit.ly 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPK6271

SELANGOR

BSG3966

JOHOR

JYD4687

PULAU PINANG

PRS4856

PERAK

ANX9073

PAHANG

CFC6743

KEDAH

KGB4330

NEGERI SEMBILAN

NEG4897

KOTA KINABALU

SJL7594

KUCHING

QAB6994L

Terakhir Kemas Kini 21 Jul, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.21

+0.03

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.91

+0.03

EURO 5 B7

RM 3.11

+0.03

Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2025

Berita Berkaitan

Global
Macan Capai Pengeluaran 1 Juta Dalam 12 Tahun! – Terpantas Dalam Sejarah Porsche

Macan Capai Pengeluaran 1 Juta Dalam 12 Tahun! – Terpantas Dalam Sejarah Porsche

Kini di usia yang ke-12, Porsche mengumumkan detik bersejarah model ini yang telah mencapai jumlah penghasilan satu juta unit!

17-07-2025
Global
Macan Elektrik Dominasi Jualan Porsche Dalam 6 Bulan Pertama 2025

Macan Elektrik Dominasi Jualan Porsche Dalam 6 Bulan Pertama 2025

Jenama kereta sport mewah dari Jerman, Porsche, telah mengumumkan angka jualan bagi separuh pertama tahun 2025. Model terlaris? Macan generasi kedua versi elektrik.

11-07-2025
EV
Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!

Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!

Porsche Cayenne Electric yang masih dibaluti pelekat samaran berjaya mencatatkan rekod pendakian bukit terpantas di Shelsley Walsh, England.

07-07-2025
Berita Auto
JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti

JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti

Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.

24-06-2025
Global
Porsche 911 Carrera S 2025 Kini Lebih Berkuasa –  473 HP, Tiada Versi Manual

Porsche 911 Carrera S 2025 Kini Lebih Berkuasa – 473 HP, Tiada Versi Manual

Pengeluar kereta sport mewah Jerman, Porsche, membuka tirai tahun baharu dengan pengenalan varian terkini bagi model generasi 992.2, iaitu Porsche 911 Carrera S 2025. Model ini diberikan pelbagai peningkatan dalam aspek mekanikal dan rekaan.

11-01-2025
Berita Auto
Porsche Cayman GT4 RS Disita Sebab Tinggal Lebih Masa Di Semenanjung

Porsche Cayman GT4 RS Disita Sebab Tinggal Lebih Masa Di Semenanjung

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis menyita tiga kereta termasuk sebuah kereta mewah.

16-10-2024
EV
Porsche Sentuhan 'Asia' Taycan Turbo S Celestial Jade Memukau Pandangan

Porsche Sentuhan 'Asia' Taycan Turbo S Celestial Jade Memukau Pandangan

Porsche memperkenalkan versi istimewa bagi model EV Taycan yang baru sahaja dikemaskini, khas bagi rantau ASEAN iaitu Porsche Taycan Turbo S Celestial Jade.

08-09-2024
Gaya Hidup
Koleksi Puma Motorsport Musim Luruh-Sejuk 2024 Kini Boleh Dibeli – Dari RM185

Koleksi Puma Motorsport Musim Luruh-Sejuk 2024 Kini Boleh Dibeli – Dari RM185

Jenama pakaian sport terkemuka, Puma memperluaskan barisan produk Puma Motorsport melalui Koleksi Musim Luruh-Sejuk 2024.

30-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Bas IPT, SBP Juga Akan Diwajibkan Guna Tali Pinggang Keledar?

Bas IPT, SBP Juga Akan Diwajibkan Guna Tali Pinggang Keledar?

JPJ bakal memperketat penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua bas milik institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah berasrama penuh seluruh negara.

21-07-2025
Berita Auto
Budak 11 Tahun, Pemegang Kad UNCHR, Pandu Kereta Ibu Sebelum Terbabas

Budak 11 Tahun, Pemegang Kad UNCHR, Pandu Kereta Ibu Sebelum Terbabas

Baru 11 tahun sudah berani memandu kereta. Padahnya? Kereta dipandu terperosok ke dalam longkang.

21-07-2025
Berita Auto
Pempengaruh  Bukannya Lemas, Rupanya Larikan Diri Selepas Tenggelamkan Kereta Bini

Pempengaruh Bukannya Lemas, Rupanya Larikan Diri Selepas Tenggelamkan Kereta Bini

Sanggup menyusahkan pihak berkuasa demi kepentingan diri.

19-07-2025
Berita Auto
Tragedi UPSI:  Bas Dipandu Dua Kali Ganda Had Laju!

Tragedi UPSI: Bas Dipandu Dua Kali Ganda Had Laju!

Bas dipandu dua kali ganda melebihi had laju jadi punca nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melayang.

19-07-2025
Berita Auto
Dalam 10 Hari, Proton X50 Facelift 2025 Terima 5,000 Tempahan!

Dalam 10 Hari, Proton X50 Facelift 2025 Terima 5,000 Tempahan!

Proton X50 Facelift 2025 nampaknya sudah menyerlahkan daya penariknya kerana baru sahaja sekitar 10 hari tempahan dibuka, lebih 5,000 unit telah ditempah.

19-07-2025
Berita Auto
Skim Rel Akhir Laluan Lingkaran MRT 3 Diluluskan

Skim Rel Akhir Laluan Lingkaran MRT 3 Diluluskan

Skim Rel Akhir bagi Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) Laluan Lingkaran diluluskan secara rasmi.

18-07-2025
Berita Auto
Ada Berita Baik! Rapid KL On-Demand Diperluas Di Shah Alam, Klang

Ada Berita Baik! Rapid KL On-Demand Diperluas Di Shah Alam, Klang

Perkhidmatan Rapid KL On-Demand kini ditambah kepada 12 zon sekitar Shah Alam serta Klang, Selangor, mulai hari ini.

18-07-2025
Berita Auto
JPJ Bantu Pemandu Lesen PSV, GDL Yang Pernah Digantung Lesen, Laksana Kursus Pemulihan

JPJ Bantu Pemandu Lesen PSV, GDL Yang Pernah Digantung Lesen, Laksana Kursus Pemulihan

JPJ akan melaksanakan projek rintis kursus pemulihan bagi pemegang Lesen Vokasional untuk Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Kenderaan Barangan (GDL) yang digantung, mulai November depan.

18-07-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.