ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Super Truck Elektrik, Hummer EV SUV 2024 Terbaharu Daripada GMC

Sofea Najmi

Kongsi melalui

GMC menambahkan lagi model kereta dalam barisan super truck elektrik mereka dengan Hummer EV SUV 2024. Kenderaan baharu ini memiliki kelajuan yang tinggi, tahap kekukuhan yang mantap dan juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi yang canggih.

Bakal ditawarkan dalam empat varian berbeza iaitu Hummer EV2, Hummer EV2X, Hummer EV3X dan Hummer Edition 1, kereta-kereta ini dijangka akan mula dikilangkan pada awal tahun 2023.

Berkenaan harganya, varian EV2 ditawarkan pada harga US$ 79,995 (RM328,219.48+-), EV2X pada US$ 89,995 (RM369,384.48+-), EV3X pada US$ 99,995 (RM410,429.48+-) dan Edition 1 pada US$ 105,595 (RM433,414.68) atau dengan pilihan tambahan Extreme Off-Road Package pada US$ 110,595 (RM453,937.18+-).


Ketua jurutera Hummer EV Al Oppenheiser berkata, "HUMMER EV SUV GMC menawarkan keseimbangan antara prestasi atas jalan dan off-road yang luar biasa, ditingkatkan melalui struktur unik yang membolehkan pengalaman terbuka (open-air experience) tersendiri kami (dinikmati pengguna). Ciri-ciri terbaharu yang ditampilkan pada SUV mengukuhkan peranannya sebagai alat taktikal dalam apa sahaja situasi."

Mengenai bahagian luarannya, di sudut depan, gril ikonik Hummer dapat dilihat dengan rekaan baharu yang lebih moden yang mana kini dipadankan dengan bar lampu depan.  Ciri baharu lain yang diketengahkan adalah penggunaan Infinity Roof dengan Sky Panel dan I-Bar yang boleh ditanggalkan. 


Sesetengah sentuhan yang diberikan kepada model kereta baharu ini diambil daripada model terdahulu seperti bahagian rodanya, cangkuk tunda tambahan, bentuk petak badan kereta serta tayar ganti yang dilekapkan pada bahagian belakang. 

Walau bagaimanapun, Hummer Edition 1 didatangkan dengan warna eksklusif daripada GMC yang dipanggil 'Moonshot Green Matte.' Pada masa akan datang, rona pusam (matte hue) ini akan mula ditawarkan sebagai kemasan bagi SUV lain dan juga model kereta yang dilancarkan sebelum ini, Hummer EV Pickup.

Mengenai bahagian tapaknya, SUV ini memiliki wheelbase yang berdiri pada ketinggian 20 inci lebih rendah berbanding Hummer EV Pickup. Rekaan yang lebih kecil ini membolehkan SUV ini dikendalikan dengan lebih baik serta mampu melakukan radius pusingan yang lebih kecil iaitu 35.4 kaki.

Bergerak ke bahagian dalamannya pula, teknologi kereta ini telah dibangunkan oleh Perception, sebuah agensi kreatif yang terkenal dengan hasil kerja mereka bersama Marvel Cinematic Universe.  Oleh sebab itu, ruangan dalaman trak EV ini akan menampilkan ciri-ciri premium untuk membuatkan pengguna 'tenggelam' dalam rekaan grafiknya. 

Pada bahagian penumpang, mereka dapat menonton paparan grafik melalui skrin infotainmen menyerong yang bersaiz 13.4 inci. Sementara itu, pemandu pula memiliki paparan informasi menyerong yang bersaiz 12.3 inci. 

Ianya didatangkan dengan beberapa fungsi canggih seperti aplikasi tenaga dalam kereta (in-vehicle energy app), kunci digital, paparan HD, dan juga widget off-road.  Selain itu, ciri terpenting yang ditawarkan secara standard pada model ini adalah 'Super Cruise.'

Mengenai prestasinya, Hummer EV dibina berdasarkan platform elektrik sepenuhnya, Ultium Drive yang dapat menjana kuasa kuda mencecah 830 hp. Syarikat mengatakan bahawa ia akan menawarkan prestasi off-road dengan gabungan gaya mewah on-road yang padu. 

Super truck adalah gelaran yang tepat untuk diberikan kepada model Hummer baharu ini. Mana tidaknya, varian yang paling rendahnya iaitu EV2 dan EV2X turut memiliki dua motor elektrik yang boleh menghasilkan output kuasa sehingga 625 hp dan tork 10,033 Nm. 

Selain itu, EV2 didatangkan dengan bateri 16 modul yang boleh bertahan sehingga kira-kira lebih 250 batu (402 km) jarak perjalanan, sementara itu EV2X memiliki bateri 20 modul yang boleh membawa penumpang menempuh perjalanan sejauh 300 batu (483 km). 

Varian lebih tinggi yang seterusnya, EV3X dan Edition 1 dipasangkan dengan tiga motor elektrik.  Ia mampu menghasilkan output kuasa   sebanyak 830 hp dan tork 15,592 Nm yang boleh menggerakkan kereta sehingga 300 batu (483 km) dengan kuasa pecutan daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 3.5 saat. 


Tentang keupayaan pengecasannya, Hummer EV SUV memiliki fungsi pengecasan pantas awam DC 800 volt dengan output kuasa sehingga 300 kW. Ciri baharu yang ditampilkan adalah keupayaan bateri untuk beralih daripada mod sambungan selari kepada mod siri semasa dicas. 

Di samping itu, bagi meningkatkan ciri praktikal kereta, baterinya telah diintegrasikan pada bahagian lantai kereta yang tidak mengganggu ruang dalaman Hummer EV SUV.  Butnya, apabila kerusi dilipatkan dapat memberikan kapasiti ruang yang cukup luas iaitu 2,316 liter. Tidak cukup dengan itu, ia turut lengkap dengan ruang simpanan bawah lantai dan pada bahagian tepi. 


Selain ruang simpanan but kereta, Hummer EV SUV turut menyediakan 'frunk.' Frunk ini boleh dibuka secara automatik seperti sebuah peti besi. 

Mengulas mengenai kemudahan ini, syarikat memaklumkan bahawa Hummer EV SUV memiliki ruang bukaan belakang bersaiz 48 inci yang dapat memudahkan proses menggangkut dan mengeluarkan barang.  Di samping itu, terdapat cermin pada bahagian belakang yang boleh diturunkan untuk lebih fleksiibiliti. 

Kesimpulannya, melalui Hummer EV SUV 2024, GMC menawarkan sebuah kereta yang direka dengan penuh ketelitian dalam segala aspek. Model ini mempamerkan ciri unik syarikat iaitu kombinasi teknologi intuitif dengan sentuhan premium. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPH6834

SELANGOR

BSF7894

JOHOR

JYC3114

PULAU PINANG

PRR9083

PERAK

ANX1695

PAHANG

CFC3544

KEDAH

KGB1769

NEGERI SEMBILAN

NEG3462

KOTA KINABALU

SJL4732

KUCHING

QAB5831L

Terakhir Kemas Kini 30 Jun, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.21

+0.07

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

+0.07

EURO 5 B7

RM 3.08

+0.07

Terakhir Kemas Kini 26 Jun, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto
DeLorean Yang Menggunakan Enjin Turbo Kembar Berjaya Dijual AS$200K

DeLorean Yang Menggunakan Enjin Turbo Kembar Berjaya Dijual AS$200K

Delorean mungkin sudah lenyap dalam sejarah automotif namun pernah meraih populariti menerusi filem "Back To The Future".

05-01-2022
Berita Auto
Hummer H2 Itu Didapati Mengeluarkan Asap Sebelum Terbakar

Hummer H2 Itu Didapati Mengeluarkan Asap Sebelum Terbakar

Kejadian itu berlaku di Tol Seafield, Subang Jaya kelmarin.

27-10-2021

Berita Terkini

Berita Auto
“Saman RM300 Untuk Pemakaian Tali Pinggang Keledar Terlalu Tegas” – Persatuan Bas

“Saman RM300 Untuk Pemakaian Tali Pinggang Keledar Terlalu Tegas” – Persatuan Bas

Saman RM300 terhadap pemandu dan penumpang bas ekspres yang tidak memakai tali pinggang keledar bermula 1 Julai ini dilihat sebagai tindakan terlalu drastik.

30-06-2025
Berita Auto
Zeekr Tubuh NSC, 8 Bilik Pameran Baharu Bakal Dibuka

Zeekr Tubuh NSC, 8 Bilik Pameran Baharu Bakal Dibuka

Zeekr Intelligent Technology (Malaysia) Sdn Bhd akan mengawal selia operasi, memperluaskan rangkaian pengedar, penjenamaan dan pemasaran termasuk operasi selepas jualan di Malaysia.

30-06-2025
Berita Auto
Rapid KL On-Demand: Kini Lebih Banyak Di Pusat Bandar, Berhampiran Universiti

Rapid KL On-Demand: Kini Lebih Banyak Di Pusat Bandar, Berhampiran Universiti

Selain zon pusat bandar, tiga lagi zon turut diperkenalkan melibatkan laluan koridor pendidikan utama.

30-06-2025
Berita Auto
Amaran Keras Saman Tertunggak: Tepat 12 Tengah Malam Hari Terakhir 8 Julai, JPJ Akan Ambil Tindakan

Amaran Keras Saman Tertunggak: Tepat 12 Tengah Malam Hari Terakhir 8 Julai, JPJ Akan Ambil Tindakan

"Kita beri jaminan tepat jam 12 tengah malam hari terakhir itu, pasukan JPJ akan berada di jalan raya bagi mengambil tindakan terhadap kenderaan terbabit yang dikesan gagal melangsaikan saman tertunggak, - kata Ketua Pengarah JPJ.

30-06-2025
Berita Auto
Tali Pinggang: Pemandu, Penumpang Bas Ekspres, Persiaran Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar Mulai 1 Julai

Tali Pinggang: Pemandu, Penumpang Bas Ekspres, Persiaran Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar Mulai 1 Julai

Semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

29-06-2025
Berita Auto
JAC T9 EV Raih Pengiktirafan Malaysia Book of Records – Pikap Elektrik 4x4 Pertama

JAC T9 EV Raih Pengiktirafan Malaysia Book of Records – Pikap Elektrik 4x4 Pertama

Trak pikap 4x4 elektrik JAC T9 EV yang dilancarkan di Malaysia awal tahun ini, telah mencipta sejarah setelah menerima pengiktirafan secara rasmi dalam Malaysia Book of Records (MBR).

29-06-2025
Berita Auto
Proton, Grab Malaysia Jalin Kerjasama, Kini Tawar Pelbagai Pilihan Model Proton Termasuk Proton S70, Barisan Premium X-Series

Proton, Grab Malaysia Jalin Kerjasama, Kini Tawar Pelbagai Pilihan Model Proton Termasuk Proton S70, Barisan Premium X-Series

Hasil kerjasama itu turut menawarkan kelebihan eksklusif yang ditambah baik untuk menyokong keperluan rakan-pemandu Grab yang terus menjana pendapatan menerusi platform e-hailing tersebut.

29-06-2025
Berita Auto
Toyota GR86 Dengan Livery JPJ & PLUS Curi Perhatian

Toyota GR86 Dengan Livery JPJ & PLUS Curi Perhatian

Sebuah Toyota GR86 yang ‘segak’ dengan livery Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PLUS Malaysia menarik perhatian ramai di media sosial.

26-06-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.