GoCar Tawar Diskaun Untuk Khidmat Share Round Trips Sempena Tahun Baharu Cina
GoCar, perintis platform perkongsian kereta berdasarkan kepada permintaan di Malaysia mengumumkan promosi terbaharunya sempena Tahun Baharu Cina.
Ia menawarkan penjimatan sebanyak 30 peratus khidmat GoCar Share Round Trips bermula dari kelmarin sehingga 11 Februari depan.
Bagaimanapun, perkhidmatan itu hanya untuk perjalanan pergi-balik dan ia sah untuk kesemua GoCar di seluruh negara.
Kadar yang dikenakan bermula serendah RM68 sehari (terhad kepada RM80) dan termasuk perbatuan tanpa had.
![]()
Ahli GoCar boleh menebus tawaran perayaan itu dengan menggunakan kod promosi “GOHUAT” pada bahagian pembayaran di aplikasi mudah alih GoCar.
Begitupun, kod promosi itu cuma sah untuk penggunaan sekali sahaja bagi tempahan minimum tiga hari ke atas.
Pendaftaran terbuka untuk pengguna GoCar baharu dimana mereka boleh berdaftar melalui aplikasi mudah alih dengan yuran keahlian dikenakan sebanyak RM20.
Keahlian ini terbuka kepada semua pemandu yang berusia 18 tahun ke atas termasuk pemegang lesen-P.

Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun berkata, walaupun larangan rentas negeri telah ditarik balik, namun Covid-19 masih merebak.
Penularan wabak itu menyebabkan orang .ramai masih bimbang mengenai keselamatan menggunakan pengangkutan awam.
“Di GoCar, kami sentiasa mencari kaedah dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna.
“Kami berharap promosi Tahun Baharu Cina ini akan menawarkan lebih banyak penjimatan dan mengurangkan beban para pengguna,” katanya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC4952
SELANGOR
BSQ8024
JOHOR
JYY6253
PULAU PINANG
PSD745
PERAK
APJ2173
PAHANG
CFG7794
KEDAH
KGG5063
NEGERI SEMBILAN
NEK6503
KOTA KINABALU
SJS4148
KUCHING
QAB9856N
Terakhir Kemas Kini 18 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kempen GoCarLah: Diskaun Hingga 30 Peratus, Guna EV Percuma 3 Jam!
GoCar Malaysia, peneraju platform mobiliti sebagai perkhidmatan berdasarkan kepada permintaan kini sedang mengadakan kempen ‘GoCarLah.'
29-07-2022
GoCar, EV Connection Jalin Kerjasama: Akses Stesen Pengecas EV Dipermudah
GoCar Malaysia menjalinkan kerjasama dengan EV Connection.
26-07-2022
Kini Semua Boleh Naik Kereta EV: Program GoEV GoCar
Program GoEV telah dilancarkan untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dalam kalangan rakyat Malaysia.
02-12-2021
Servis Kereta Anda Dengan GoCar. Mudah, Tiada Caj Tersembunyi
GoCar Malaysia telah melancarkan kempen GoLadies baru-baru ini.
22-10-2021
Berita Terkini
Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing
Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.
18-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ
Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.
18-06-2026
Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun
Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.
18-06-2026
SAH: LRT3 Laluan Shah Alam Bakal Beroperasi
Penantian Berakhir: LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi Akhir Bulan Ini.
17-06-2026
Lori Jadi Benteng Selamatkan Kereta Lain Daripada Dirempuh Bas Ekspres
Tindakan Berani Pemandu Lori ‘Korban’ Kenderaan Sendiri Demi Sekat Bas Ekspres Hilang Kawalan Dipuji.
16-06-2026
Chery Malaysia Luas Rangkaian Ke Kulai Bersama Autohub Mobility, Buka Pusat 3S Di Kulai
Chery Buka Pusat 3S Konsep Gen 4.0 Di Selatan.
16-06-2026
Bukan Sekadar Lesen Percuma, Ini Misi Menyelamatkan Nyawa Anak Muda di Jalan Raya
Anak Muda Yong Peng Tersenyum Lebar! Terima Manfaat Lesen Percuma MyLesen B2.
16-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat