VPCM Derma RM20K Untuk Mangsa Banjir
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mendermakan sebanyak RM20,000 kepada mangsa banjir. Ia merupakan bantuan pemulihan pasca banjir yang disalurkan kepada mereka yang terlibat dalam bencana itu.
Bagaimanapun, sumbangan itu disalurkan kepada Malaysian Relief Agency (MRA) bagi membolehkan agensi itu menghulurkan bantuan kepada 850 mangsa di Telok Gong, Klang.
-(1)-full.jpg)
“Adalah satu realiti yang sungguh menyedihkan apabila beribu-ribu rakyat Malaysia masih berdepan dengan kesan kerosakan akibat kerosakan yang ditinggalkan akibat bencana banjir itu,” kata Pengarah Urusah VPCM, Erik Winter.
Selain itu, sumbangan berbentuk pek makanan penting dan peralatan elektrik seperti periuk nasi, cerek dan pengisar turut dihulurkan kepada mangsa banjir.
Ketika ini, VPCM turut menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus untuk alat ganti dan buruh bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan kereta terutama kepada pemilik Volkswagen yang terjejas akibat banjir.
-(1)-full.jpg)
Untuk makluman anda, diskaun itu akan berakhir pada 28 Februari ini.
Bagi menjalankan tanggungjawab sosialnya, VPCM juga terlibat dalam inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia.
Pemilik kereta Volkswagen dikatakan boleh menuntut sehingga RM1,000 untuk pembaikan atau penggantian.
-(1)-full.jpg)
Sementara itu, Naib Presiden MRA, Khairil Annuar Khalid berkata, agihan bantuan MRA adalah berdasarkan fasa.
“Namun, apabila fasa kecemasan berakhir, MRA akan terus membantu dalam fasa pemulihan awal,” katanya.
Sehubungan itu, bagi yang berminat untuk menghulurkan sumbangan, anda boleh boleh menyumbang kepada Tabung Bantuan Kecemasan Mengharungi Monsun MRA (Bank CIMB - Agensi Bantuan Malaysia - No. Akaun 86000 59478).
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR2973
SELANGOR
BST9400
JOHOR
JE6579J
PULAU PINANG
PSF7670
PERAK
APL6553
PAHANG
CFH8155
KEDAH
KGJ2329
NEGERI SEMBILAN
NEL9785
KOTA KINABALU
SJU2461
KUCHING
QAB6103P
Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Isu Rohingya Boleh Ambil Lesen Memandu: Ini Penjelasan JPJ
Palsu! Dakwaan JPJ Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu.
24-09-2026
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat