Automobili Lamborghini Sertai Konvoi Sejauh 322KM

Program yang dimulakan pada musim sejuk 2021, sekumpulan Lamborghini merentasi Cairngorms Scotland bagi mencari laluan pemanduan yang sempurna baru-baru ini.
Merasai suasana sebenar di Scotland, beberapa model Aventador dan Huracan termasuk Urus menyertai konvoi sejauh 322 kilometer yang berlatar belakang pemandangan yang sungguh menakjubkan.

Konvoi Lambo itu melalui laluan yang bersalji bermula dari Edinburgh dan turut menelusuri pusat peranginan dan perkampungan tertinggi di Tomintoul, Scoltland.
Selain pelbagai warna lambo, ngauman enjinnnya yang membanjiri laluan berkenaan, nyata menjadi tumpuan apatah lagi ketika ia memasuki galeri seni di Cairngorms yang dibina untuk pengembara di laluan Snow Road.
Ia dinamakan “Still” yang terletak di luar Tomintoul. Konvoi berkenaan kemudian turut melalui pusat peranginan Lecht dan akhirnya ke pusat ski Glenshee Cairnwell.

Dalam barisan itu, armada berkenaan terdiri daripada Aventador SVJ Roadster, 'Arancio Fux', 'Blu Dedalo' dan Aventador S.
Selain itu, turut serta dalam barisan itu ialah Huracán EVO, termasuk pacuan empat roda kapsul Fluo dan 'Arancio Dac' .

Konvoi itu juga diiringi Bianco Asopo’ Spyder,‘ Bianco Canopus’ dan ‘Giallo Tenerife’.
Bagi melengkapkan barisan, Huracán STO terbaharu juga menikmati DNA perlumbaannya untuk mengharungi laluan dan selekoh tajam di kawasan Tanah Tinggi Scotland.
Bukan sekadar itu sahaja, ketika bermalam di Hauser dan Wirth, kesemua pemandu Lamborghini dibawa dengan menggunakan Lamborghini Urus untuk ke Taman Negara Cairngorms.
![]()
Bercerita mengenai Urus, ia didatangkan dengan tiga pilihan warna seperti Pearl Capsule Arancio Borealis’, ‘Giallo Inti’ dan ‘Graphite Capsule’ in matt ‘Grigio Keres’.

Apapun, destinasi terakhir mereka membawa pengakhiran yang cukup sebaik tiba di negeri paling utara di Eropah dimana mereka berpeluang menyaksikan keindahan bintang yang dikenali sebagai Cor Tauri.
Ia yang merupakan buruj Taurus yang paling terang membuatkan Lamborghini memberi nama julukannya sebagai Cor Tauri bagi menerangkan perancangan masa hadapannya ke arah kenderaan elektrifikasi alam usaha untuk mencapai strategi kelestarian alam sekitar syarikat tersebut.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR8391
SELANGOR
BSU1024
JOHOR
JE8786J
PULAU PINANG
PSF8944
PERAK
APL7586
PAHANG
CFH8525
KEDAH
KGJ2795
NEGERI SEMBILAN
NEM1167
KOTA KINABALU
SJU3198
KUCHING
QAB6436P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lamborghini Revuelto Versi PHEV Dilancarkan – Hypercar PHEV V12, Cecah 1,001 HP
Automobili Lamborghini sebentar tadi telah melancarkan Lamborghini Revuelto. Ini spesifikasinya...
01-09-2023
Tiada Yang Tinggal, Semua Model ICE Lamborghini Habis Terjual
Klik untuk ketahui kenapa semua model ICE Automobili Lamborghini habis terjual.
10-07-2023
Pengganti Lamborghini Huracán Guna Enjin V8 Dengan Sistem Hibrid?
Lamborghini dikhabarkan bakal mengeluarkan supercar dengan enjin V8 turbo berkembar serta sistem hibrid.
21-09-2022
Lamborghini Urus Adalah Model Paling Laris
Lamborghini Urus kini masih lagi memegang takhta sebagai SUV Lamborghini yang paling laris dijual.
08-06-2022
Ini Yang Dilakukan Lamborghini Untuk Capai Sasaran Neutral Karbon
Automobili Lamborghini ingin mempercepat usaha ke arah penyahkarbonan. Ini antara strategi yang digunakan...
17-11-2021
Bagi Menghormati Warisan Seni Bina, Sian Kelilingi Portico di Bologna
UNESCO mengiktiraf Portico di Bologna sebagai tapak warisan baru-baru ini.
18-10-2021
Ini Dia 5 Kereta Lamborghini Yang Paling Ikonik Dalam Sejarah
Antara model Lamborghini yang paling ikonik sepanjang kewujudannya yang masih ramai tak tahu.
07-10-2021
Lamborghini Countach LPI 800-4: Hanya 112 Unit Ditawarkan Di Seluruh Dunia – Apa Keistimewaannya?
Sempena ulang tahun Countach yang ke-50, Automobili Lamborghini telah mendedahkan kepada umum kehadiran Countach LPI 800-4
20-08-2021
Berita Terkini
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat