Bentley Mulakan Operasi Pusat Ujiannya Sendiri
![]()
Pusat Ujian Kejuruteraan (Engineering Test Centre) yang baru ditubuhkan Bentley Motors telah memulakan operasinya setelah menerima kelulusan rasmi daripada Agensi Pensijilan Kenderaan Britain.

"Pengumuman ini ialah satu lagi mercu tanda dalam program pemodenan berterusan Bentley. Ini akan memberikan kami kebebasan untuk menguji enjin yang dihasilkan dan memperbaik kilang pembuatan yang menjadi peneraju industri di Crewe (England) dalam masa yang sama, berusaha untuk menawarkan versi elektrik atau hibrid untuk kesemua model menjelang tahun 2024," ujar ahli lembaga kejuruteraan Bentley, Dr Matthias Rabe.
Langkah ini merupakan batu loncatan terbesar bagi syarikat untuk memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Ekonomi, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Eropah (UNECE).

Pencapaian tersebut membenarkan Bentley untuk melakukan pelepasan (karbon) dalaman, menjalankan ujian ekonomi bahan bakar dan menguji jarak perjalanan serta menguji pelbagai lagi standard antarabangsa lain, semuanya di pusat ujian yang sama.
Tambah Dr Rabe, "Pusat ini turut membenarkan Bentley untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat daripada pelanggan kami untuk model mewah yang dihasilkan tangan termasuklah kereta prestasi Flying Spur, Continental GT dan Bentayga yang terbaharu.

Pemberian sijil daripada pihak berkuasa bebas merupakan satu lagi langkah penting ke hadapan dalam usaha syarikat ke arah elektrifikasi.

Untuk pengetahuan pembaca, perkara utama dalam strategi Beyond100 Bentley ialah untuk menjadi pengeluar automotif mewah paling mampan di dunia.
Pusat ujian yang bernilai GBP 12.5 juta (RM 71,122,109) ini membolehkan Bentley untuk menjalankan prosedur ujian bagi penggunaan dan tahap efisien minyak WLTP dengan lebih mudah tanpa perlu mendapatkan khidmat daripada luar.

Struktur baharu ini merangkumi ruang pejabat berkeluasan 773 meter persegi dan ruang pemasangan dinamometer cesi dikawal iklim (climate-controlled) bersaiz 1,550 meter persegi.
'Jalan' ciptaan ini boleh mensimulasikan kecerunan bukit yang berbeza-beza, mengukur emisi ekzos daripada kenderaan yang menggunakan enjin pembakaran, atau penggunaan tenaga elektrik daripada model kereta hibrid dan elektrik yang akan datang.

Simulasi 'dunia nyata' ini juga boleh dikawal untuk memberikan suhu yang berbeza daripada serendah -20 darjah sehingga +50 darjah.

Bukan itu sahaja, jabatan pematuhan teknikal (Technical Conformity Department) Bentley yang bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan kesemua produk Bentley turut berpusat di lokasi sama.
Pusat ujian ini juga dilengkapi makmal khas untuk menjalankan ujian Real Driving Emissions (RDE) menggunakan sistem pengukuran emisi mudah alih tercanggih.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW6376
SELANGOR
BSP7038
JOHOR
JYW1057
PULAU PINANG
PSB9587
PERAK
APH2396
PAHANG
CFG4175
KEDAH
KGF6906
NEGERI SEMBILAN
NEK3214
KOTA KINABALU
SJR7354
KUCHING
QAB7143N
Terakhir Kemas Kini 07 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tak Perbaharui Cukai Jalan Sebab Terlepas Pandang, Pemandu Bentley
Guna Bentley tetapi tidak perbaharui lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans sejak 2018.
09-02-2026
Bentley Continental Supersports Didedahkan – Model Paling Ringan Bentley, Capai 657 HP
Hanya lebih setahun selepas Continental GT generasi baharu diperkenalkan, Bentley Motors kini menghidupkan semula model ikonik grand tourer dua pintunya, Bentley Continental Supersports Edisi Terhad terbaru.
17-11-2025
Bentley Flying Spur Speed 2025: Saloon Terpantas Bentley
Flying Spur baharu ini adalah model saloon terpantas dan paling bertenaga yang pernah dibuat oleh jenama mewah itu.
12-09-2024
Flying Spur 2025, Guna Enjin V8
Bentley mengesahkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan versi semakan limosin empat pintu Flying Spur tidak lama lagi.
22-07-2024
Bentley Continental GT Speed Kini Di Malaysia, Harga Dari RM1.1 Juta
Continental GT Speed generasi ketiga kini telah tiba secara rasminya di Malaysia.
04-04-2023
Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?
Artikel ini mendedahkan pencapaian jualan antara jenama automotif terbesar sepanjang tahun lalu.
12-01-2023
YouTuber Ini Terjumpa Koleksi Kereta Klasik Bernilai Lebih RM5 Juta! Ada Proton Perdana?
Koleksi mencecah £1 juta (RM 5.16 juta)! Itulah nilai kesemua kereta yang ditemukan dua orang YouTuber.
06-09-2022
Berita Terkini
Proton Saga Masih Raja, S70 Pula Pecah Rekod! Ini Sebab Kenapa PROTON Semakin Diminati pada 2026
Suku Kedua Bermula Garang! Proton Dominasi Jalan Raya.
07-05-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Harga RON95, Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen
Harga runcit RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing naik lima sen.
06-05-2026
Waspada Pemandu! Senarai Lokasi 'Hotspot' Banjir Kilat di Lembah Klang.
Beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat.
06-05-2026
Feytech Menang Kontrak Proton RM96.8 Juta; Bakal Bekal Sarung Tempat Duduk Model Baharu Proton
Feytech Holdings Bhd meraih kontrak bernilai RM96.83 juta untuk membekalkan sarung tempat duduk untuk model baharu Proton.
06-05-2026
Suku Pertama 2026: MG Motor Malaysia 'Fly' Tinggi dengan Pertumbuhan 57%
MG Motor Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa, Jualan Suku Pertama 2026 Melonjak 57%.
05-05-2026
Aerotrain KLIA Kembali Beroperasi 24 Jam Sehari Hujung Mei Ini
Pengguna kini boleh menarik nafas lega kerana Aerotrain bakal beroperasi.
05-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat