Ada Tiga Varian: Max, Lite, Plus
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan kenderaan elektrik (EV) terbaharunya, IONIQ 5 di Bangsar Shopping Centre, pagi tadi.
Ditawarkan dengan varian, Lite Plus dan Max. Bagi IONIQ 5 Lite, ia ditawarkan pada harga RM199.888, Plus (RM229,888) dan RM259,888.
-full.jpg)
Ketiga-tiga varian ini menawarkan julat yang agak luar biasa selain didatangkan dengan pengecasan pantas dan mencatatkan kelajuan maksimanya sehingga 195 kilometer sejam (km/j).
Untuk makluman anda, kenderaan utiliti crossover ini merupakan EV kedua Hyundai selepas syarikat itu melancarkan Kona Electric pada tahun lalu.
-full.jpg)
Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan, lebih banyak lagi kenderaan elektrik Hyundai akan diperkenalkan tidak lama lagi.
“HSDM berhasrat untuk menerajui usaha Malaysia ke arah mobiliti rendah karbon menerusi rangkaian produk, servis, dan keupayaan bagi menyokong rancangan EV, negara,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran IONIQ 5 di ibu negara, pagi tadi.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Menjengah bahagian luaran ketiga-tiga jentera ini kelihatan agak futuristik dan cukup ringkas. Jika sekilas pandang, rekaan di hadapannya kelihatan sama seperti kereta Tesla.
Malah, saya cukup tertarik dengan rekaan sisi yang dilihat amat kemas dengan pemegang pintu yang tertanam, termasuk pengguna lampu LED berbentuk petak di bahagian depan dan belakang.
Jentera ini juga hadir dengan banyak garis tajam dan hud jenis clamshell.
-full.jpg)
-full.jpg)

-full.jpg)
Begitupun, terdapat beberapa perbezaan di antara ketiga-tiga varian.
Misalnya, varian Max, ia hadir dengan pek bateri 72.6kWh manakala Lite dan Plus pula dilengkapi dengan pek bateri berkapasiti 58.2kWh.
Max juga didatangkan dengan rim aloi bersaiz 20 inci. Rim varian Max ini lebih besar satu inci berbanding dengan Lite dan Plus.
Model ini yang dibina di atas platform Electric-Global Modular Platform (E-GMP) Hyundai mampu menyokong pengecasan 400V dan 800V.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Malah, menerusi pengecas 50kW, IONIQ 5 boleh mengecas dari 10 peratus kepada 80 peratus dalam masa hanya 47 minit.
Fuhh, luar biasa.
Sebaliknya, jika menggunakan pengecaj AC yang terdapat di rumah, pengecasan dari 0 peratus ke 100 peratus akan mengambil masa 6.1 jam.
Menyentuh mengenai kabin dalamannya, ia dilihat menawarkan rekaan yang bertemakan 'Living Space' yang agak inovatif.
Apa tidaknya, ia disesuaikan dengan bahan mesra alam dalam banyak titik sentuh, selain digandingkan pengecasan ultra-pantas dan fungsi kenderaan-untuk-muatan (V2L) yang boleh membekalkan kuasa sehingga 3.6 kW.
Bagaimanapun, tempahan IONIQ 5 boleh dibuat secara dalam talian menerusi platform beli-belah Hyundai iaitu Cl!ck to Buy (www.hyundai.com.my/clicktobuy/) atau mengunjungi mana-mana bilik pameran sah Hyundai.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6251
SELANGOR
BSU2070
JOHOR
JF2285J
PULAU PINANG
PSG1141
PERAK
APL8847
PAHANG
CFH9160
KEDAH
KGJ3391
NEGERI SEMBILAN
NEM1746
KOTA KINABALU
SJU4149
KUCHING
QAB7005P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lain Macam Idea Hyundai, Cipta Hyundai Ioniq 5 Versi Off-Road, XRT
Hyundai kini menawarkan Ioniq 5 elektrik dalam versi off-road yang dikenali sebagai Hyundai Ioniq 5 XRT.
05-09-2024
Adakah Ioniq 5 N Juga Dibawa M'sia?
Hyundai Ioniq 5 N secara rasminya masuk ke pasaran Australia baru-baru ini.
27-02-2024
Harga & Spesifikasi Hyundai Ioniq 6 First Edition Diumumkan Di UK
Hyundai Motor UK baru-baru ini telah mengumumkan harga dan spesifikasi bagi Ioniq 6 First Edition, varian pertama bagi model Ioniq 6.
30-10-2022
Hyundai Bagi Pengecas Ultra Pantas PERCUMA Untuk Kona Electric & Ioniq Electric 2021 Tapi...
Hyundai Motor America menawarkan sesuatu yang istimewa dan menguntungkan pengguna.
18-05-2021
Lain Macam Idea Hyundai, Cipta Hyundai Ioniq 5 Versi Off-Road, XRT
Hyundai kini menawarkan Ioniq 5 elektrik dalam versi off-road yang dikenali sebagai Hyundai Ioniq 5 XRT.
05-09-2024
Hyundai Pertaruh Ioniq 5 N Untuk Uji Kemampuannya
Hyundai mengumumkan rancangan untuk membawa masuk empat unit Ioniq 5 N dalam acara Pikes Peak International Hill Climb.
15-04-2024
Adakah Ioniq 5 N Juga Dibawa M'sia?
Hyundai Ioniq 5 N secara rasminya masuk ke pasaran Australia baru-baru ini.
27-02-2024
Hyundai Buka Hotel Yang Dikuasakan Oleh EV Ioniq 5!
Hyundai merancang untuk membuka sebuah hotel yang akan dikuasakan oleh kenderaan elektrik (EV) Ioniq 5!
08-10-2022
Berita Terkini
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
