Geely Emgrand 2022 Masuki Pasaran Filipina, Harga RM60K-70K
Baru-baru ini, sedan generasi ke-4, Geely Emgrand, telah memasuki pasaran Filipina. Model ini ditawarkan dalam dua varian iaitu Comfort dan Premium dengan harga yang bermula daripada PHP798,000 (RM65,145) ke PHP908,000 (RM74,124).

Model yang menggunakan rim bersaiz 17 inci ini dikuasakan oleh enjin petrol 4 silinder 1.5L aspirasi natural yang menjana output maksimum 101 hp pada 5,600 rpm dan tork 142 Nm pada 4,000-4,800 rpm. Sistem ini digabungkan dengan transmisi CVT sebagai ciri standard.

Di bahagian depan, Emgrand menggunakan lampu depan LED projektor dan juga DRL LED. Secara keseluruhannya, reka bentuk Emgrand menampilkan personaliti yang cukup moden.

Bergerak ke bahagian dalam kabin, terserlah aura minimal rekaan. Ia dilengkapi dengan sistem infotainmen bersaiz 8 inci secara standard. Untuk panel instrumen pula, varian Premium menggunakan kluster digital yang bersaiz 12.3 inci dan varian Comfort pula kluster analog bersaiz 3.5 inci.

Dari segi keselamatan, Geely Emgrand 2022 dilengkapkan dengan enam beg udara, ABS dengan EBD, kawalan cengkaman dan kestabilan, bantuan mula daki, sensor parkir belakang, kawalan jelajah dan kamera undur.
Kereta segmen B ini merupakan pesaing terdekat kepada model-model seperti Proton Persona, Toyota Vios, Honda City dan Nissan Almera. Kereta keluaran negara China ini ditawarkan dalam lima warna iaitu Proud Teal, Dark Blue, Gold, Grey, dan Red.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Geely Starry EM-i Catat Rekod Dunia – Jimat Minyak, Hanya 3.83L/100 KM!
Gergasi automotif China, Geely Auto, secara rasmi telah ‘memahat’ nama dalam Guinness World Record selepas model Starray EM-i berjaya menamatkan pemanduan pesisir pantai dari Sydney ke Melbourne.
17-12-2025
EV Premium Harga Marhaen: Ini 6 Fakta Penting Smart #1, EV Yang Bakal Dilancarkan Di Malaysia
Smart #1 bakal masuki pasaran Malaysia, ini 6 fakta penting mengenai EV kompak premium mampu milik ini.
18-08-2022
Geely Boyue X Baharu Diperkenalkan, Tampil Dengan Teknologi Lebih Baik
Bagi memperkukuhkan lagi kedudukan sebagai peneraju segmen, Geely Auto telah memperkenalkan SUV kompak pintar yang baharu, Boyue X.
25-11-2021
Lynk & Co Bakal Melebarkan Sayap Ke Negara Malaysia
, Lynk & Co telah mengesahkan bahawa syarikat mereka akan mula bertapak di negara Malaysia.
16-11-2021
Sedan Generasi Keempat Ini Dibina Di Atas Platform BMA
Geely Auto memperkenalkan Emgrand sedan generasi keempat baru-baru ini.
29-09-2021
Bekas Pengarah Rekaan Bentley, Stefan Sielaff Kini Naib Presiden Rekaan Global Geely!
Geely Auto Group, atau lebih dikenali sebagai Geely telah melantik Stefan Sielaff sebagai Naib Presiden Rekaan Global syarikat.
10-09-2021
Emgrand Akan Terlibat Dalam Sukan Asia 2022?
Geely Auto merupakan jenama milik persendirian terbesar di China melancarkan kenderaan generasi keempat Emgrand baru-baru ini.
29-07-2021
Vision Starburst Daripada Geely Auto: Reka Bentuk Berkonsepkan Alam Semesta? Wow!
Geely Auto memperkenalkan Vision Starburst yang sememangnya futuristik.
30-06-2021
Berita Terkini
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia
Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.
06-11-2026
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge