- Berita
- Kereta Baru
- Ford Perkenalkan Bronco Everglades 2022, Jentera Serba Lengkap Untuk Laluan Ekstrem!
Ford Perkenalkan Bronco Everglades 2022, Jentera Serba Lengkap Untuk Laluan Ekstrem!
Ford memperkenalkan model baharu, Ford Bronco Everglades edisi khas tahun 2022. SUV terbaharu ini dibangunkan untuk kegunaan lasak dengan identiti 'goes over any type of terrain' atau 'melalui apa sahaja rupa bumi' (G.O.A.T).
Ketua Jurutera Ford Bronco, Jolanta Coffey berkata, "Pelanggan Bronco suka meneroka tempat baharu, namun sesetengahnya ingin pergi lebih jauh daripada yang lain. Everglades diberikan kelengkapan khas untuk membolehkan pelanggan melalui kawasan yang lebih mencabar. Dengan adanya win (winch) yang dipasang pada bampar hadapan, ia dapat menyelamatkan kenderaan lain yang berdepan dengan masalah."
Bronco Everglades ditawarkan sebagai sebuah model empat pintu.
Melalui pakej Sasquatch, kereta dilengkapi ciri-ciri seperti snorkel, win bampar hadapan dan semua peralatan off-road lain.
"Peminat Bronco inginkan gaya dan juga prestasi, jadi kami telah mencabar diri kami dengan menghasilkan snorkel bersama fungsi mewah berserta gaya yang sesuai dengan kenderaan," ujar Pengurus Rekaan Ford Bronco, Ryan Olsson.
Snorkel yang telah dihasilkan oleh Ford ini dipasangkan pada tiang A jentera dengan fungsi untuk mengoptimumkan prestasi kenderan dalam kawasan berpasir, bersalji atau berair. Ia akan menaikkan aliran udara enjin di atas paras laluan.
Snorkel ini direka dengan dua plat yang mudah ditukar untuk mengubah arah saluran masuk, bergantung kepada keadaan laluan dan cuaca.
Selain itu, gandar depan dan belakang, transfer case dan transmisi turut dinaikkan bagi memberikan ia keupayaan untuk menempuh air berkedalaman 924 mm (36.4 inci), 74 mm (2.9 inci) lebih tinggi berbanding versi standard.
Model ini turut dipasangkan dengan bampar depan modular tugas berat bersama takal Warn Zeon 10-S yang dilengkapi kabel berkepanjangan 100 kaki dengan kemampuan untuk menarik beban maksimum 4,535 kg (10,000 paun).
Bronco Everglades turut didatangkan secara standard dengan pelindung bar safari, rock rail dan plat bash keluli sepertimana yang terdapat pada model Black Diamond dan Badlands Bronco.
Untuk bahagian tayar, model ini menggunakan rim aloi kelabu karbon bersaiz 17 inci dengan tayar lumpur Goodyear bersaiz 35 inci. Ciri luaran lain ialah rak bumbung dengan crossbar.
Bronco Everglades 2022 ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Desert Sand (eksklusif untuk model ini), Eruption Green, Area 51, Shadow Black dan Cactus Gray.
Bergerak ke bahagian dalam, Bronco Everglades menggunakan tempat duduk vinil dan juga karpet getah untuk memudahkan kereta dicuci sekiranya kotor daripada aktiviti off-road.
Aksen Urban Green digunakan pada pemegang pintu, corong pendingin hawa dan untuk jahitan pada tempat duduk bagi sentuhan yang lebih halus.
Dari segi teknologi, Bronco Everglades menggunakan sistem SYNC 4 dengan kemampuan kemaskini perisian atas udara (OTA).
Untuk prestasinya pula, jentera gagah ini menggunakan motor EcoBoost 2.3L yang dapat menjana output maksimum 300 hp dan tork 441 Nm, tork yang tertinggi bagi enjin gas 4 silinder dalam kelasnya. Trenkuasa ini digabungkan dengan transmisi automatik 10 kelajuan SelectShift serta sistem 4X4.
Ford Bronco Everglades 2022 ini ditawarkan pada harga bermula daripada USD 53,000 (RM 221,938).
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPS2415
SELANGOR
BSH7411
JOHOR
JYG6315
PULAU PINANG
PRT9853
PERAK
APB2049
PAHANG
CFD4677
KEDAH
KGC2695
NEGERI SEMBILAN
NEH1085
KOTA KINABALU
SJM5851
KUCHING
QAB1588M
Terakhir Kemas Kini 15 Sep, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
+0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.90
+0.02
EURO 5 B7
RM 3.10
+0.02
Terakhir Kemas Kini 11 Sep, 2025
Berita Terkini
Dilancar: Chery O5 Selamat Mendarat Ke Malaysia, Hanya 1 Varian, Harga Cuma RM116,800
Chery Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya Chery O5 yang merupakan nama baharu bagi Omoda 5 facelift, sebentar tadi.
10-09-2025
Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025 Kini Di Pasaran – Harga Sama Tetapi Lagi Bergaya, Dari RM292,800
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) membuat pelancaran ‘mengejut’ model ketiga hari ini iaitu Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025.
10-09-2025
Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition Kini Di Pasaran – Dari RM538,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian edisi terhad, Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition, sebagai 'lambaian terakhir' kepada model CLA generasi kedua (C118).
10-09-2025
Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM722,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah melancarkan model terbaru dalam ‘keluarga’ coupe AMG, iaitu Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe.
10-09-2025
VCM Dedah Volvo XC60 2025 Sudah Masuk Malaysia, Harga Bermula Dari RM333,888
Volvo Car Malaysia (VCM) secara rasmi mengumumkan ketibaan model paling laris secara global yang sudah diperbaharui lagi iaitu Volvo XC60 2025.
10-09-2025
SUV Elektrik Ranggi, iCaur 03, Kini Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM119,800
Sebentar tadi iCaur Malaysia secara rasminya telah melancarkan model pertamanya di pasaran Malaysia, sebuah SUV elektrik ranggi, iCaur 03.
09-09-2025
BYD Sealion 6 DM-i Mungkin Tiba Di Malaysia? – BYD Kongsi Teaser Nombor '6'
Pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) tempatan bakal dimeriahkan dengan kehadiran model terbaru tidak lama lagi setelah BYD Cars Malaysia memuat naik video teaser penuh misteri.
04-09-2025
ROI Chery O5 Kini Dibuka – Omoda 5 Terbaru Dengan Nama Baharu, Lancar Sept 2025
Chery bersedia untuk memperbaharui Omoda 5 dengan wajah serta teknologi baharu menerusi model Chery O5 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
03-09-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat