Hanya 99 Unit! Kabin Berkonsep Spider-Man – BMW 8 X JEFF KOONS
![]()
BMW memperkenalkan kenderaan paling rumit untuk dihasilkan dalam sejarah syarikat, sebuah kereta edisi eksklusif yang hanya dihasilkan sebanyak 99 unit, THE 8 X JEFF KOONS!
Pengerusi Lembaga Pengurusan BMW AG, Oliver Zipse berkata, "BMW terus berusaha untuk mencari cabaran baharu! Peluang bekerjasama dengan Jeff Koons sekali lagi telah memberi inspirasi kepada kami di seluruh ibu pejabat dan kilang kami di Jerman. Belum pernah lagi dalam sejarah syarikat kami BMW dicipta dengan usaha reka bentuk yang begitu terperinci seperti yang dilakukan ke atas THE 8 X JEFF KOONS."

Mengambil masa selama beberapa tahun untuk dibangunkan dengan kerjasama rapat antara Jeff Koons dan BMW, model M850i xDrive Gran Coupé keluaran terhad ini bakal dipertontonkan buat pertama kalinya di Frieze Los Angeles.
Pengkarya, Jeff Koons menyatakan, "Edisi BMW 8 Series ini ialah kereta impian saya! Ianya sangat istimewa untuk saya, dan saya telah lama ingin menghasilkan sebuah BMW edisi khas. Kereta ini sporty, menyerlah, minimal dan konseptual. Garisan pada kereta semakin membesar dari hud menuju ke bahagian but, mewujudkan rasa pergerakan ke hadapan."

Untuk catnya sahaja, pekerja profesional di kilang BMW Group, Dingolfing dan Landshut telah menghasilkan lebih 200 jam kerja manual.
Reka bentuk yang ekspresif dan menyerlah kereta ini adalah gabungan sebanyak 11 warna berbeza dari biru kepada warna perak dan dari warna kuning kepada warna hitam.

Kemudian, warna-warna garisan yang kelihatan menonjol pada bahagian belakang kereta adalah tanda penghormatan kepada BMW Art Car 2010 yang pernah dihasilkan Jeff Koons sebelum ini. Sementara itu, 'POP!' dan juga imejan 'vapor thrust' pada setiap sisi melambangkan kuasa dan kelajuan kereta.
Hanya empat buah kereta dicat pada setiap minggu, proses meletakkan sampel warna selalunya dilakukan dengan menggunakan kanta pembesar.

Bahagian kabin kereta tampil dalam pelbagai warna membabitkan penggunaan bahan mewah seperti balutan kulit. Ciri mewah ini turut dapat dilihat pada penutup tempat letak cawan kereta yang hadir dengan logo edisi dan juga tandatangan pengkarya sendiri.
Tempat duduknya terdiri daripada warna merah dan biru yang menyerlah. Warna ini mencerminkan watak adiwira, Spider-Man, dan juga kereta berprestasi tinggi, BMW M.

Menurut Zipse, "Berpuluh-puluh jurutera dan pereka telah memberikan yang terbaik untuk meraikan kerjasama kami dan menjadikan visi beliau satu kenyataan. Pengkarya (Jeff Koons) sendiri telah menghabiskan masa berhari-hari di kilang Dingolfing selama beberapa bulan untuk membincangkan pilihan-pilihan reka bentuk yang ada dengan pekerja BMW yang terlibat.
Saya fikir dengan mendalam tentang projek ini. Apakah intipati 8 Series Gran Coupé? Apakah intipati kuasanya? Bagaimana cara untuk menghasilkan sesuatu yang dapat mewakili kesemua tenaga BMW 8 Series yang juga dapat menyentuh elemen manusia?"

Selain itu, setiap kenderaan didatangkan dengan sijil berformat besar yang ditandatangani oleh Jeff Koons dan Oliver Zipse, yang turut mengandungi nombor pengenalan kenderaan untuk setiap unit.

Sebaik tayangan perdana model ini diadakan, THE 8 X JEFF KOONS bakal dibentangkan di pelbagai pameran dan acara seni di serata Eropah, Asia dan Timur Tengah.
Antara acara yang bakal menjadi pentas pameran karya hebat ini ialah Istanbul Contemporary ke-16, Paris Photo, Goodwood Festival of Speed, Art Dubai, West Bund Art & Design Fair Shanghai dan Art Basel Hong Kong.

Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2830
SELANGOR
BSU1459
JOHOR
JF716J
PULAU PINANG
PSF9630
PERAK
APL8093
PAHANG
CFH8735
KEDAH
KGJ3060
NEGERI SEMBILAN
NEM1463
KOTA KINABALU
SJU3601
KUCHING
QAB6707P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat