ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Aston Martin Perkenal DBX707, SUV Prestasi Tinggi Yang Mantap Dari Segala Aspek!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Aston Martin telah memperkenalkan DBX707 yang terbukti mantap dari segi prestasi, pengendalian dan juga rekaannya. Dalam penghasilan kereta ini, setiap bahagian  telah diberikan perhatian penuh. Tak percaya? Teruskan baca artikel.


Ketua Pegawai Eksekutif Aston Martin, Tobias Moers berkata, "Daripada awal pengenalannya lagi, DBX melambangkan nilai dinamik dan reka bentuk Aston Martin dengan membuktikan bahawa bukan semua SUV perlu mengikut kompromi yang sama.  Dengan DBX707, kami telah menolak sempadan dalam setiap aspek untuk menghasilkan sebuah kereta yang menjadi standard baharu dari segi prestasi dan keinginan."


Setiap aspek kereta ini telah diperbaik untuk meningkatkan prestasi, menambahkan keseronokan pemanduan dan menonjolkan kehadirannya di atas jalan raya.


Kerja penghasilan model ini telah dipimpin oleh Ketua Kejuruteraan Trenkuasa Aston Martin, Ralph Illenberger. 


Enjin V8 berpengecas turbo kembar 4.0L untuk model ini kini menggunakan pengecas turbo jenis galas bebola (ball bearing) dan juga penentukuran (calibration) enjin khas untuk meningkatkan kuasa dan tork kereta. 


Turut diubah pada SUV ini ialah pemasangan transmisi automatik 'klac basah' 9 kelajuan. 


Transmisi ini membolehkan enjin V8 kereta mencapai output maksimum 697 hp dan tork 900 Nm, peningkatan sebanyak 155 hp dan 200 Nm berbanding  enjin V8 sebelum ini.


Keupayaan pelancaran atau pecutannya juga adalah jauh berbeza berbanding versi sebelum ini dengan masa pecutan 0 ke 100 km/j hanya 3.3 saat.


"Kombinasi enjin luar biasa dengan transmisi 'klac basah' 9 kelajuan terbaharu merupakan aspek penting yang menyumbang kepada keupayaan menakjubkan dan juga karakter hebat DBX707," ujar Ketua Trenkuasa Aston Martin, Ralph Illenberger. 


Penggunaan brek seramik karbon (CCB) juga turut meningkatkan lagi prestasi kereta.


Rim standard yang digunakan ialah yang bersaiz 22  (dalam gaya Sport dan Ribbon). Rim 23 inci turut ditawarkan sebagai pilihan tambahan (dalam warna hitam atau satin hitam). 


Penggunaan rim 23 inci dapat memberikan manfaat dinamik kepada kereta kerana tayar dengan diameter yang tinggi dapat memantapkan lagi respon pengendalian, kawalan badan utama dan juga masa pusingan (lap time).


Di samping itu, DBX707 turut dilengkapi dengan electronic limited slip rear differential (e-diff). 


Penentukuran (calibration) yang teliti terhadap e-diff membolehkan DBX707 memiliki ketangkasan selekoh, prestasi dan karakter dinamik sebuah kereta sport sebenar.


Faktor lain yang meningkatkan kualiti pengendalian  kereta ialah sistem suspensi udaranya.


Dikatakan sebagai SUV dengan tahap pengendalian terbaik dalam pasaran, DBX707 memiliki talaan casis yang khas untuk memenuhi semua keperluan dan objektif kereta.

 


Perubahan turut dibuat pada sistem kawalan olengan aktif elektronik (eARC) kereta, parameter telah diubah untuk meningkatkan rasa ketangkasan dan juga keseimbangan dinamik kereta.

 


Mod pemanduan dinamik kereta juga diperbaik dengan penambahan fungsi 'Race Start'  untuk kedua-dua mod GT Sport dan Sport+ bagi memaksimumkan pecutan off-the-line kereta.   


Ketelitian yang hebat bukan sahaja diberikan kepada prestasi kereta tetapi juga pada ciri luaran dan dalamannya. 


Bahagian depan DBX707 dipasangkan dengan gril yang lebih besar dan juga lampu DRL dalam reka bentuk baharu.Gril berwarna krom satin ini telah dibesarkan untuk meningkatkan aliran udara penyejukan kereta.  


Bingkai tingkap kereta dalam warna krom satin gelap dan juga bilah bonet louvre baharu kelihatan 'masuk' dengan gril depan dan splitter berwarna hitam berkilat kereta.


Bahagian belakang kereta mendapat sentuhan yang sama termasuklah ciri aerodinamik melalui pemasangan spoiler bawah untuk meningkatkan kestabilan kereta.


"DBX707 ialah sebuah kereta prestasi sebenar yang masih mengekalkan ciri elegan seperti yang dijangkakan daripada sebuah kereta Aston Martin," kata Ketua Pegawai Kreatif Aston Martin, Marek Reichman.

 

Sepertimana bahagian luar, kabin kereta juga tampil sporty dengan tempat duduk Sport sebagai ciri standard. Dalam masa yang sama pelanggan juga boleh memilih tempat duduk jenis Comfort tanpa caj tambahan.  Semua pilihan tempat duduk dilengkapi fungsi pelarasan 16 arah elektronik serta pemanas untuk barisan depan dan belakang (standard). 

 

Terdapat tiga pilihan kemasan untuk bahagian kabin kereta iaitu tema Accelerate (standard) yang merupakan gabungan balutan kulit dan Alcantara, serta pilihan tambahan lain iaitu tema Comfort dan Inspire Sport.

Untuk pengetahuan pembaca, DBX707 telah dinobatkan sebagai 'Best Luxury SUV' dalam GQ Car Awards, 'Super SUV of the Year' oleh Top Gear, dan menerima kemenangan berturut-turut dalam kategori 'Best Super Luxury SUV' PR Arabia National Auto Award.

 

DBX707 bakal dikeluarkan pada suku pertama 2022 dengan penghantaran pertama dijadualkan bermula pada awal suku kedua 2022.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS2271

SELANGOR

BSU1401

JOHOR

JF384J

PULAU PINANG

PSF9490

PERAK

APL8039

PAHANG

CFH8716

KEDAH

KGJ3035

NEGERI SEMBILAN

NEM1410

KOTA KINABALU

SJU3520

KUCHING

QAB6589P

Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

08-10-2025
Global

09-07-2025
Global

11-06-2025
Gaya Hidup

05-06-2025
Teknologi

16-05-2025
Global

30-04-2025
Global

26-03-2025
Global

05-02-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru
Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Kereta Baru
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru
Berapa Harga Volvo EX90?

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026
Kereta Baru
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.