BMW Dedahkan Butiran Pertama 7 Series Yang Masih Ramai Tak Tahu

Sebagai pengeluar kereta mewah, BMW tidak pernah henti untuk tampil dengan sesuatu yang baharu dan lebih baik sama ada dari segi prestasi, rekaan, keselesaan atau sebagainya. Kali ini, masa dan tenaga dicurahkan untuk menawarkan yang terbaik kepada peminat kereta BMW melalui model 7 Series yang terbaharu.
Ahli lembaga BMW AG, Frank Weber berkata, "BMW 7 Series kali ini benar-benar mengagumkan dari segala aspek. Berbeza daripada model yang lain, BMW 7 Series menunjukkan kekuatan inovatif BMW. BMW i7 yang merupakan versi elektrik sepenuhnya ialah keluaran yang paling berkuasa dalam barisan kereta BMW 7 Series. Ia adalah gabungan pengalaman pemanduan yang hebat dengan kehebatan aspek digital yang terbaik."
![]()
Berikut adalah elemen-elemen menarik yang terdapat pada BMW i7:
#1 Lampu depan berbentuk bulat kembar dan juga gril BMW yang telah diperbaharui untuk menjadikannya kelihatan lebih moden dan unik.
#2 Elemen bahagian atas lampu yang diperbuat daripada gelas kristal.
#3 Gril buah pinggang (kidney) dengan kontur yang bercahaya menggunakan jalur lampu LED.
#4 Sistem operasi iDrive yang terkini.
#5 Ciri My Modes terbaharu yang membolehkan pemandu menyesuaikan cara pemanduan dengan ambien kabin kereta.
#6 Selain penggunaan skrin paparan melengkung yang menjadikan kereta terasa moden, penggunaan jalur lampu dan fungsi yang baharu pada panel instrumen serta pintu kereta menaikkan lagi ciri eksklusif 7 Series. Di samping itu, ciri ini juga dapat memberikan pengalaman visual dan haptik pengguna.

#7 Terdapat BMW Interaction Bar yang merupakan sebahagian daripada ciri pencahayaan ambien kereta.
#8 Bumbung kaca panoramik Sky Lounge terbaharu dengan cahaya LED supaya kereta terasa lebih luas dan moden.
#9 BMW Theatre Screen untuk pengalaman 'menonton wayang' yang mengagumkan melalui paparan panoramik 32:9 pada skrin bersaiz 31 inci, dengan kualiti resolusi 8K.

Mengenai prestasinya, BMW i7 memiliki kadar penggunaan kuasa gabungan sebanyak 19.7 - 18.9 kWh/100 km kadar emisi karbon 0 g/km (WLTP).

Dengan cas penuh, ia boleh menempuhi perjalanan sejauh 580 ke 610 km (WLTP), dengan jangkaan 490.85 km (EPA) jarak perjalanan elektrik, anggaran dibuat berdasarkan status perkembangan terbaharu kenderaan.
Menarik bukan? Inginkan lebih info tentang BMW i7? Nantikan artikel kami yang akan datang. Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook bagi mendapatkan berita-berita automotif terkini.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2271
SELANGOR
BSU1401
JOHOR
JF384J
PULAU PINANG
PSF9490
PERAK
APL8039
PAHANG
CFH8716
KEDAH
KGJ3035
NEGERI SEMBILAN
NEM1410
KOTA KINABALU
SJU3520
KUCHING
QAB6589P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

