XC40 Recharge Pure Electric Berharga RM262,460.
Volvo Car Malaysia (VCM) akhirnya mendedahkan harga kenderaan elektrik sepenuhnya, XC40 Recharge Pure Electric yang kini akan dijual pada harga RM262,460.
Syarikat itu mengumumkan mengenai harga jentera berkenaan di halaman rasmi Facebook pagi tadi.
Untuk makluman anda, kenderaan elektrik ini telah dilancarkan pada 15 Mac lalu dan akan dipasang secara tempatan (CKD) di Shah Alam, Selangor.
Selain untuk pasaran tempatan, jentera yang dipasang di negara ini akan turut dieksport ke pasaran ASEAN.
Menjengah prestasi kenderaan utiliti sukan kompak ini, ia menggunakan trenkuasa elektrik sepenuhnya dengan pacuan semua roda.
Ia menawarkan jarak pemanduan sehingga 418 kilometer hanya dengan sekali cas.
Malah, dua motor elektrik yang ada pada jentera ini membolehkannya ia menghasilkan 408hp dan tork 660Nm

Sempena pengumuman harga itu, VCM turut mendedahkan pakej yang terdapat pada jentera ini.
Antaranya, kabel pengecas kereta, pakej servis, jaminan pengeluar selama lima tahun, jaminan bateri selama lapan tahun selain turut menawarkan bantuan tepi jalan selama lima tahun.
Ia didatangkan dengan lima pilihan warna, Black Stone, Crystal White Pearl, Denim Blue, Glacier Silcer dan juga Sage Green.
Apa yang cukup menarik ialah para pelanggan yang membuat pesanan mereka secara dalam talian akan menerima kenderaan mereka pada penghujung April 2022.
Untuk keterangan lanjut layari laman web Volvo, www.volvocars.com/my.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2271
SELANGOR
BSU1401
JOHOR
JF384J
PULAU PINANG
PSF9490
PERAK
APL8039
PAHANG
CFH8716
KEDAH
KGJ3035
NEGERI SEMBILAN
NEM1410
KOTA KINABALU
SJU3520
KUCHING
QAB6589P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


