ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

BMW Dedahkan Butiran Pertama 7 Series Yang Masih Ramai Tak Tahu

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Sebagai pengeluar kereta mewah, BMW tidak pernah henti untuk tampil dengan sesuatu yang baharu dan lebih baik sama ada dari segi prestasi, rekaan, keselesaan atau sebagainya. Kali ini, masa dan tenaga dicurahkan untuk menawarkan yang terbaik kepada peminat kereta BMW melalui model 7 Series yang terbaharu.

 

Ahli lembaga BMW AG, Frank Weber berkata, "BMW 7 Series kali ini benar-benar mengagumkan dari segala aspek.  Berbeza daripada model yang lain, BMW 7 Series menunjukkan kekuatan inovatif BMW.  BMW i7 yang merupakan versi elektrik sepenuhnya ialah keluaran yang paling berkuasa dalam barisan kereta BMW 7 Series.  Ia adalah gabungan pengalaman pemanduan yang hebat dengan kehebatan aspek digital yang terbaik."


Berikut adalah elemen-elemen menarik yang terdapat pada BMW i7:

 

#1 Lampu depan berbentuk bulat kembar dan juga gril BMW yang telah diperbaharui untuk menjadikannya kelihatan lebih moden dan unik.

 

#2 Elemen bahagian atas lampu yang diperbuat daripada gelas kristal.

 

#3 Gril buah pinggang (kidney) dengan kontur yang bercahaya menggunakan jalur lampu LED.

 

#4 Sistem operasi iDrive yang terkini.

 

#5 Ciri My Modes terbaharu yang membolehkan pemandu  menyesuaikan cara pemanduan dengan ambien kabin kereta.

 

#6 Selain penggunaan skrin paparan melengkung yang menjadikan kereta terasa moden, penggunaan jalur lampu dan fungsi yang baharu pada panel instrumen serta pintu kereta menaikkan lagi ciri eksklusif 7 Series. Di samping itu, ciri ini juga dapat memberikan pengalaman visual dan haptik pengguna.

 


#7 Terdapat BMW Interaction Bar yang merupakan sebahagian daripada ciri pencahayaan ambien kereta.

 

#8 Bumbung kaca panoramik  Sky Lounge  terbaharu dengan cahaya LED supaya kereta terasa lebih luas dan moden. 


#9 BMW Theatre Screen untuk pengalaman 'menonton wayang' yang mengagumkan melalui paparan panoramik 32:9 pada skrin bersaiz 31 inci, dengan kualiti resolusi 8K. 

 


Mengenai prestasinya, BMW i7 memiliki kadar penggunaan kuasa gabungan sebanyak 19.7 - 18.9 kWh/100 km kadar emisi karbon 0 g/km (WLTP).

 

Dengan cas penuh, ia boleh menempuhi perjalanan sejauh 580 ke 610 km (WLTP), dengan jangkaan 490.85 km (EPA) jarak perjalanan elektrik, anggaran dibuat berdasarkan status perkembangan terbaharu kenderaan.

 

Menarik bukan? Inginkan lebih info tentang BMW i7? Nantikan artikel kami yang akan datang. Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook bagi mendapatkan berita-berita automotif terkini.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRE5834

SELANGOR

BSR3247

JOHOR

JYB7162

PULAU PINANG

PSD4735

PERAK

APJ5421

PAHANG

CFG9541

KEDAH

KGG7895

NEGERI SEMBILAN

NEK7927

KOTA KINABALU

SJS7792

KUCHING

QAB1307P

Terakhir Kemas Kini 01 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

02-11-2023
Kereta Baru

23-06-2023
Kereta Baru

29-05-2023
Teknologi

10-06-2024
Teknologi

12-11-2023
Kereta Baru

23-06-2023
Kereta Baru

29-05-2023
Teknologi

01-05-2023

Berita Terkini

EV
EV

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026
EV

Cas EV Di Kondo Baru RM0.63/kWh! Aplikasi Proton e.MAS Mudahkan Hidup Warga Kota

Lebih 1,500 Titik Pengecasan EV Kini Di 500+ Kondo KL & Selangor, Kadar Serendah RM0.63/kWh.

25-06-2026
EV

Petrol vs Hibrid vs EV Di Malaysia: Yang Mana Sebenarnya Jimatkan Duit Anda?

Ini Kos Sebenar "Bela" Kereta Petrol, Hibrid & EV di Malaysia!

22-06-2026
EV

Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda

PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.

19-06-2026
EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
EV

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.

15-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.