Chery Tiggo 7 Pro Bakal Tiba Di Malaysia - SUV 5 Tempat Duduk Dengan Enjin Petrol 1.5L Empat Silinder Turbo
Baru sahaja dilancarkan di Afrika Selatan dalam varian Executive dan Distinctive, model baharu Chery, Tiggo 7 Pro ini bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi.
-full.jpg)
Tiggo 7 Pro dikuasakan oleh enjin petrol 1.5L empat silinder berpengecas turbo yang menyalurkan kuasa 145 hp pada 5,500 rpm dan tork 210 Nm antara 1,750 ke 4,500 rpm kepada roda depan melalui CVT kawalan elektronik dengan sembilan nisbah maya.
-full.jpg)
Dari segi rekaan, fascia kereta tampil menyerlah dengan gril depan berlian matriks geometrik yang diilhamkan daripada galaksi. Pandangan depan kereta kelihatan lebih sporty dengan reka letak lampu depan yang bergabung dengan garisan badan kereta.
Seterusnya, pada sudut belakang terdapat lampu yang memanjang dari hujung ke hujung. Daripada belakang juga dapat dilihat spoiler bumbung dan ekzos 'dual faux' yang dihadirkan secara standard. Dari segi storan, but Tiggo 7 Pro memiliki kapasiti daripada 475L hingga 1,500L sekiranya kerusi belakang dilipat 60:40.
-full.jpg)
Berikut merupakan ciri standard Tiggo 7 Pro:
1. Cermin sisi dengan fungsi lampu LED indikator yang.boleh dilaraskan dan dilipat secara automatik.
2. Lampu depan dan belakang LED automatik.
3. Ambang pintu yang bercahaya LED.
4. Lampu kabus sudut luas.
5. DRL LED.
6. Sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin.
7. Pintu bonet bukaan automatik dengan pelaras ketinggian yang boleh diprogramkan.
8. Kawalan arahan suara.
9. Pengecas tanpa wayar.
10. Pencahayaan ambien pelbagai warna.
-full.jpg)
Bergerak ke dalam kabin, tempat duduknya dibaluti kulit sintetik berwarna hitam dengan jahitan berwarna kontra. Tempat duduk untuk bahagian pemandu boleh dilaraskan kepada enam arah, tetapi untuk varian Executive pula, penumpang depan turut boleh menyelaraskan tempat duduk mengikut keselesaan kepada empat arah.
-full.jpg)
-full.jpg)
Terdapat tiga skrin berasingan:
-Panel instrumen digital bersaiz 7 inci di depan pemandu
-LCD konsol tengah bersaiz 10.25 inci (termasuk info kenderaan, infotainmen, Apple CarPlay, Android Auto, Bluetooth dan paparan kamera undur)
-Skrin 'flush-mounted' yang mengintegrasikan suis fizikal dan juga kawalan iklim dua zon, dengan fungsi penapis udara N95
Berkenaan aspek keselamatan, Chery Tiggo 7 dilengkapi pelbagai ciri penting seperti ISOFIX, ABS dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek Keselamatan (EBA), Bantuan Mula-Daki (HSA), Bantuan Turun Bukit (HDC), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) dan Pengesan Titik Buta (BSD).
-full.jpg)
Varian Executive pula ditambah dengan ciri keselamatan lain seperti Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), Amaran Keluar Lorong (LDW), Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Brek Kecemasan Automatik (AEB) dan monitor pandang keliling 360 darjah.
"Daripada reka bentuk moden yang menonjol hinggalah kepada kokpit digital, pelanggan kami tidak akan berasa seolah-olah mereka perlu berkompromi untuk mendapatkan ciri mewah, spesifikasi menarik ataua prestasi baik," ujar Timbalan Pengurus Besar Eksekutif Afrika Selatan Chery, Tony Liu.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR2973
SELANGOR
BST9400
JOHOR
JE6579J
PULAU PINANG
PSF7670
PERAK
APL6553
PAHANG
CFH8155
KEDAH
KGJ2329
NEGERI SEMBILAN
NEL9785
KOTA KINABALU
SJU2461
KUCHING
QAB6103P
Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

