ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Chery Tiggo 7 Pro Bakal Tiba Di Malaysia - SUV 5 Tempat Duduk Dengan Enjin Petrol 1.5L Empat Silinder Turbo

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Baru sahaja dilancarkan di Afrika Selatan dalam varian Executive dan Distinctive, model baharu Chery, Tiggo 7 Pro ini bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi. 



Tiggo 7 Pro dikuasakan oleh enjin petrol 1.5L empat silinder berpengecas turbo yang menyalurkan kuasa 145 hp pada 5,500 rpm dan tork 210 Nm antara 1,750 ke 4,500 rpm kepada roda depan melalui CVT kawalan elektronik dengan sembilan nisbah maya.  

 



Dari segi rekaan, fascia kereta tampil menyerlah dengan gril depan berlian matriks geometrik yang diilhamkan daripada galaksi. Pandangan depan kereta kelihatan lebih sporty dengan reka letak lampu depan yang bergabung dengan garisan badan kereta.

 

Seterusnya, pada sudut belakang terdapat lampu yang memanjang dari hujung ke hujung. Daripada belakang juga dapat dilihat spoiler bumbung dan ekzos 'dual faux' yang dihadirkan secara standard.  Dari segi storan, but Tiggo 7 Pro memiliki kapasiti daripada 475L hingga 1,500L sekiranya kerusi belakang dilipat 60:40. 



Berikut merupakan ciri standard Tiggo 7 Pro:

 

1. Cermin sisi dengan fungsi lampu LED indikator yang.boleh dilaraskan dan dilipat secara automatik.

 

2. Lampu depan dan belakang LED automatik.

 

3. Ambang pintu yang bercahaya LED.

 

4. Lampu kabus sudut luas.

 

5. DRL LED.

 

6. Sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin.

 

7. Pintu bonet bukaan automatik dengan pelaras ketinggian yang boleh diprogramkan. 

 

8. Kawalan arahan suara.

 

9. Pengecas tanpa wayar.

 

10. Pencahayaan ambien pelbagai warna.

 



Bergerak ke dalam kabin, tempat duduknya dibaluti kulit sintetik berwarna hitam dengan jahitan berwarna kontra. Tempat duduk untuk bahagian pemandu boleh dilaraskan kepada enam arah, tetapi untuk varian Executive pula, penumpang depan turut boleh menyelaraskan tempat duduk mengikut keselesaan kepada empat arah.




Terdapat tiga skrin berasingan:

 

-Panel instrumen digital bersaiz 7 inci di depan pemandu

 

-LCD konsol tengah bersaiz 10.25 inci (termasuk info kenderaan, infotainmen, Apple CarPlay, Android Auto, Bluetooth dan paparan kamera undur)

 

-Skrin 'flush-mounted' yang mengintegrasikan suis fizikal dan juga kawalan iklim dua zon, dengan fungsi penapis udara N95

 

Berkenaan aspek keselamatan, Chery Tiggo 7 dilengkapi pelbagai ciri penting seperti ISOFIX, ABS dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek Keselamatan (EBA), Bantuan Mula-Daki (HSA), Bantuan Turun Bukit (HDC), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) dan Pengesan Titik Buta (BSD).



Varian Executive pula ditambah dengan ciri keselamatan lain seperti Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), Amaran Keluar Lorong (LDW),  Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Brek Kecemasan Automatik (AEB) dan monitor pandang keliling 360 darjah. 

 

"Daripada reka bentuk moden yang menonjol hinggalah kepada kokpit digital, pelanggan kami tidak akan  berasa seolah-olah mereka perlu berkompromi untuk mendapatkan ciri mewah, spesifikasi menarik ataua prestasi baik," ujar Timbalan Pengurus Besar Eksekutif Afrika Selatan Chery, Tony Liu.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR2973

SELANGOR

BST9400

JOHOR

JE6579J

PULAU PINANG

PSF7670

PERAK

APL6553

PAHANG

CFH8155

KEDAH

KGJ2329

NEGERI SEMBILAN

NEL9785

KOTA KINABALU

SJU2461

KUCHING

QAB6103P

Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

13-02-2026
Global

06-02-2026
Global

29-01-2026
Global

26-01-2026
Berita Auto

09-01-2026
Global

02-01-2026
Global

26-12-2025
EV

23-12-2025

Berita Terkini

Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026
Global

Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc

Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.

10-09-2026
Global

Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?

Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.

09-09-2026
Global

Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL

Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.

09-09-2026
Global

BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Malaysia: Keputusan Besar Dalam 7 Hari

07-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.