Tahniah! SDAC Terima Dua Anugerah Presiden
Pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) menerima dua Anugerah Presiden daripada Ford Direct Markets.
SDAC menerima anugerah itu berikutan kecemerlangan syarikat tersebut dalam memastikan kepuasan pelanggan untuk jualan dan servis sepanjang tahun lalu.
Untuk info, anugerah berprestij itu merupakan pengiktirafan terhadap pencapaian SDAC sebagai salah satu organisasi pengedar jenama Ford terbaik di dunia.
Malah, Anugerah Presiden merupakan kecemerlangan terunggul dalam program Ganjaran dan Pengiktirafan tahunan Ford.
Ia diadakan untuk mengiktiraf rakan niaga pengedar yang menyediakan pengalaman pelanggan dan operasi yang terbaik.
Berbalik kepada anugerah SDAC, ia menerima dua Anugerah Presiden 2021 untuk kategori Jualan dan Servis berikutan skor tertinggi yang diperolehi bagi kedua-dua kategori.
Skor ini adalah berdasarkan maklum balas yang dikumpul daripada pelanggan dan tinjauan yang dijalankan oleh Ford di setiap pasaran, termasuk Malaysia.
“Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, namun tahun 2021 merupakan tahun yang cukup berjaya untuk SDAC. Kami telah menghasilkan pelbagai pencapaian besar.
“Misalanya, kejayaan Ford Ranger Getaways. Ia adalah contoh terbaik untuk sebuah program menyeluruh yang direka untuk menyediakan pelanggan terhadap satu pengalaman yang padat,” kata Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair.
Ford Ranger Getaways merupakan platform cabaran melibatkan komuniti yang menyatukan para pelanggan yang berkongsi minat sama untuk menikmati pengalaman dan cabaran unik pemanduan dalam negara.
Direct Market Ford terdiri daripada Direct Markets Timur Tengah, Afrika Utara, Sub-Sahara Afrika dan Asia Pasifik – Para pengedar di wilayah ini telah mempamerkan komitmen dan sumbangan yang cemerlang terhadap perniagaan Ford, dan bersama-sama membina produk dan servis yang diinginkan, dan melayan para pelanggan seperti keluarga.
Untuk keterangan lanjut, layari www.sdacford.com.my.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPH6231
SELANGOR
BSF7741
JOHOR
JYC2758
PULAU PINANG
PRR8604
PERAK
ANX1460
PAHANG
CFC3451
KEDAH
KGB1599
NEGERI SEMBILAN
NEG3409
KOTA KINABALU
SJL4605
KUCHING
QAB5787L
Terakhir Kemas Kini 28 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.21
+0.07
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
+0.07
EURO 5 B7
RM 3.08
+0.07
Terakhir Kemas Kini 26 Jun, 2025
Berita Berkaitan
Ford Mobile Service: Servis Khidmat Baik Pulih Ringan Di Depan Pintu
FMS digunakan untuk tujuan khidmat penyelenggaraan serta kerja baik pulih ringan secara terus ke lokasi pelanggan.
11-06-2025
Auto ConeXion-Ford Antara 6 Pengedar Di Dunia Yang Tawar CSR Terbaik!
Auto ConneXion merupakan antara enam pengedar di dunia kerana menawarkan CSR yang cukup cemerlang.
27-03-2025
Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan
Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.
20-02-2025
Pusat 3S, Body & Paint Ford Dibuka Di Pulau Pinang
Pengedar rasmi Ford di Malaysia, Sime Darby AutoConneXion (AutoConneXion), memperkukuh kehadirannya dengan pembukaan Pusat 3S baharu di Seberang Perai, Pulau Pinang.
20-02-2025
Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K
Ford Ranger StormTrak boleh ditempah secara dalam talian.
30-05-2024
Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?
Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.
15-05-2024
Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4
Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.
19-04-2024
Akan Buang 10K Pekerja, AI Jadi Pengganti Syarikat Pembekal Komponen Tesla & VW Ini
Sebuah syarikat pembekal automotif dari Perancis, telah mengumumkan rancangan untuk menghentikan sebanyak 10,000 kakitangan.
26-02-2024
Berita Terkini
Toyota GR86 Dengan Livery JPJ & PLUS Curi Perhatian
Sebuah Toyota GR86 yang ‘segak’ dengan livery Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PLUS Malaysia menarik perhatian ramai di media sosial.
26-06-2025
Proton Meterai Empat Perjanjian Bangunkan Komponen, Dua Lagi Perjanjian Teknikal
Proton memeterai perjanjian dengan beberapa vendornya bagi mempercepatkan penyetempatan komponen bagi model Proton pada masa hadapan.
26-06-2025
Pemandu Bas Tunjuk Isyarat Lucah, Pandu Melulu, Syarikat Bas Digantung Operasi Sebulan
Sebuah syarikat bas ekspres digantung operasi selama sebulan bermula awal Julai depan selepas pemandunya dikesan memandu secara berbahaya dan menunjukkan isyarat lucah.
26-06-2025
Menteri Pesan Orang Ramai Ambil Gambar Jika Ternampak Pemandu Lori, Bas Pecut Atas Jalan Raya
Menteri Pengangkutan meminta orang ramai merakam gambar sekiranya ternampak pemandu lori atau bas memecut di atas jalan raya.
25-06-2025
WTCA Mulakan Operasi Pemasangan GAC Emkoo Sebab Bakal Dilancar Suku Ketiga Tahun Ini
WTCA mengesahkan bahawa pihak mereka telah memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) bagi model GAC Emkoo .
25-06-2025
Kecurian Kabel ECRL: Polis Terima 22 Laporan
Polis menerima 22 laporan berkaitan kecurian termasuk kabel membabitkan kerugian RM300,000 di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu .
25-06-2025
MOT Dedah Syarikat Pengendali Kenderaan Barangan Dan Bas Ekspres Paling Banyak Saman
Kementerian Pengangkutan mengumumkan senarai syarikat pengendali kenderaan barangan dan bas ekspres yang mencatatkan jumlah saman tertinggi atas pelbagai kesalahan.
25-06-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat