- Berita
- Berita Auto
- [VIDEO] Kereta Rosak Tepi Jalan? Lelaki Ini Bongkar Cara Dapat Towing Percuma Dengan Selamat
[VIDEO] Kereta Rosak Tepi Jalan? Lelaki Ini Bongkar Cara Dapat Towing Percuma Dengan Selamat

Apa nak buat kalau kereta rosak di tengah jalan? Kalau tak pernah melalui situasi ini pasti kelam-kabut dibuatnya. Bila rosak di tengah jalan dan tak boleh nak teruskan perjalanan, hanya satu sahaja solusi yang ada, iaitu memanggil kereta tunda atau lori towing.
Tetapi, towing bukanlah satu servis yang murah, boleh jadi membabitkan ratusan ringgit, dan ini belum lagi ditambah dengan kos baik pulih kereta. Tetapi betul ke kalau kereta rosak tepi jalan memang ‘wajib’ keluar ratusan ringgit untuk towing?
Cara Sebenarnya…
Satu perkongsian di TikTok @ Farqhan.com mendedahkan sebenarnya kita tidak perlu mengeluarkan duit untuk mendapatkan bantuan towing kereta yang tersadai di tepi jalan.
Dalam video sama, Farqhan turut berkongsi perkara-perkara yang perlu dilakukan sekiranya kereta rosak di tepi jalan:
#1 Hentikan kereta di laluan kecemasan, buka lampu kecemasan dan juga bonet belakang.
#2 Letakkan segi tiga amaran atau kecemasan jauh daripada belakang kereta. Ini penting untuk mengelakkan kemalangan sekiranya ada pengguna jalan yang terlepas pandang amaran awal yang anda letakkan.

#3 Lihat bahagian belakang cukai jalan yang ditampal pada cermin kereta, ambil nombor telefon insurans yang dipaparkan.
#4 Cari tempat yang selamat untuk duduk, elakkan daripada duduk di dalam atau berdekatan kereta yang berada di lorong kecemasan untuk mengelakkan risiko dirempuh kenderaan lain.

#5 Semasa berada di kawasan selamat, hubungi pihak insurans dan jawab beberapa soalan. Pihak insurans akan menghantar lori towing secara percuma.
Anda boleh tonton video TikTok yang dikongsikannya di bawah:
Itulah lima perkara atau langkah yang perlu dilakukan sekiranya berhadapan dengan situasi tidak disangka, kereta rosak di tepi jalan. Dah tahu barulah mudah! Bila anda tak tahu perkara ini, bukan sahaja rugi besar kerana terpaksa keluar beratus ringgit untuk towing, tapi juga mungkin membahayakan nyawa sekiranya anda tidak memikirkan betapa pentingnya langkah yang keempat.
Jangan lupa untuk share artikel ini untuk manfaat bersama.
Sumber: TikTok Farqhan.com
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM1817
SELANGOR
BST1296
JOHOR
JC8435J
PULAU PINANG
PSE9277
PERAK
APK8472
PAHANG
CFH5129
KEDAH
KGH6528
NEGERI SEMBILAN
NEL5286
KOTA KINABALU
SJT6375
KUCHING
QAB4359P
Terakhir Kemas Kini 22 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berita Terkini
Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu
Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.
21-08-2026
Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya
Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.
21-08-2026
Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?
Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.
21-08-2026
China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?
Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.
20-08-2026
Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000
Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.
20-08-2026
Minyak Naik Beberapa Sen Sahaja
Antara Kenaikan Dan Ketenangan: Minyak Tanpa Subsidi Melambung, Bantuan BUDI Terus Jadi Penyelamat.
20-08-2026
Tiada Lagi Kesesakan Parah ke Pantai Timur? Projek RM2.1B KLK Diijangka Siap 2029
Sinar Baharu Pengguna KLK: Projek Pelebaran & Terowong Ketiga Atasi Kesesakan Musim Perayaan.
20-08-2026
Kekurangan Dana Bukan Halangan, KKR Cari Inovasi Moden Selenggara Jalan
AI: Langkah Inovatif KKR Tangani Jalan Menua.
20-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat