Ini 8 Idea Hadiah Terbaik Untuk Pencinta Kereta Sempena Krismas! Dari Serendah RM36+!
![]()
Krismas bakal tiba tidak lama lagi! Masih terfikir-fikir apa yang ingin dihadiahkan kepada peminat kereta sempena perayaan ini? Jangan risau! Dalam artikel kali ini, CariCarz.com akan kongsikan senarai hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada mereka yang berjiwa kereta! Hadiah yang disenaraikan ada yang boleh dimanfaatkan, ada juga yang boleh memberi keseronokan kepada penerima. Jom kita lihat apa yang menarik!
#1 Tempat Letak Telefon Pintar Yang Terbaik
Bukan semua kenderaan dilengkapi sistem infotainmen yang hadir dengan fungsi peta, sedangkan realitinya ramai pemandu bergantung kepada sistem navigasi dan perlu merujuk kepada aplikasi yang terdapat dalam telefon pintar masing-masing. Oleh itu, menarik juga untuk anda pertimbangkan tempat letak telefon sebagai hadiah.

Sumber: ugreen.com
Salah satu jenama terbaik dalam kategori ini ialah Ugreen, seperti yang kami temukan dalam Shopee. Walaupun bukanlah antara yang termurah, tetapi kualitinya sesuai dengan harga yang ditawarkan lebih-lebih lagi untuk kegunaan setiap hari.
#2 Bagi Yang Berjiwa Kanak-Kanak
Tidak mustahil sekiranya ada dalam kalangan peminat kereta yang masih berjiwa kanak-kanak (tak salah, kerana terlalu matang pun membosankan jugakan?). Sekiranya anda ingin menghadiahkan sesuatu kepada mereka, apa kata anda jadikan Hot Wheels sebagai hadiah!

Sumber: Shopee
Mungkin hadiah ini kelihatan terlalu kecil tetapi sebenarnya ia mempunyai nilai yang besar bagi seseorang peminat. Harganya yang tidaklah terlalu mahal sesuai untuk anda hadiahkan lebih daripada satu.
Anda juga boleh memilih untuk membeli Hot Wheels dalam bentuk set dengan 5 kereta seperti yang kami temukan di laman rasmi Hot Wheels Shopee.
Panduan: Selain Hot Wheels, anda juga boleh pertimbangkan jenama Matchbox atau Tomica (Takara Tomy).
#3 Untuk Peminat Formula 1
Akhir-akhir ini, bilangan peminat Formula 1 kian bertambah, ini semua kerana Netflix dan juga kehangatan musim perlumbaan baru-baru ini. Di Malaysia, mungkin anda akan terjumpa ramai peminat Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team, sekiranya ada, anda boleh pertimbangkan ini sebagai hadiah:

Baju lengan panjang pasukan F1 Petronas ini boleh didapati secara dalam talian di PETRONAS Shop. Harganya hanyalah RM49 (tidak termasuk kos penghantaran).
#4 Untuk Peminat Lego
Sepertimana Hot Wheels, Matchbox atau Tomica, minat terhadap Lego juga wujud dalam jiwa sesetengah peminat kereta. Untuk pengetahuan anda, Lego mengeluarkan siri ‘Speed Champions’ yang menampilkan kereta-kereta berlesen rasmi.
Sumber: Shopee
Memang banyak pilihan kereta Lego yang ada tetapi kami mencadangkan kit Toyota GR Supra. Kit stand-alone tidaklah semahal yang disangka seperti yang dijual di platform jualan rasmi Lego di Shopee ini, harganya hanyalah RM90 tidak termasuk pos.
#5 Untuk Mereka Yang Suka Aktiviti DIY

Sumber: Tamiya.com
Selain Lego, anda juga boleh menghadiahkan kit bina kereta mini seperti Tamiya Mitsubishi Lancer Evolution VI yang dijual di Shopee ini. Hadiah sebegini dapat memberi keseronokan kepada seorang peminat kereta yang suka berfikir dan menghasilkan sesuatu.
#6 Pam Tayar Boleh Alih

Pernah terfikir untuk menghadiahkan pam tayar? Bukan pam tayar basikal ya, tetapi pam tayar elektrik berjenama Xiaomi. Pam ini boleh dicas menggunakan USB. Harganya hanya RM150 tidak termasuk kos pos. Hadiah yang bukan sahaja murah tetapi juga sangat bermanfaat untuk pengguna kereta.
#7 Bagi Pemandu Dengan Kereta Yang Sudah Tiba Masa Untuk Diselenggara
Jadilah sahabat, kekasih atau ahli keluarga yang memahami dengan menghadiahkan sesuatu yang diperlukan pada waktu ia diperlukan. Misalnya minyak pelincir yang baru sahaja dilancarkan Shell Malaysia. Pada harga RM280, ini bukanlah antara hadiah yang murah untuk dibeli tetapi menarik untuk dipertimbangkan kerana minyak ini dihasilkan berdasarkan formula bebas karbon.


Sekiranya ingin membeli, anda boleh mengunjungi mana-mana stesen Shell terlibat, bengkel atau membuat pembelian secara dalam talian di laman Shopee rasmi Shell Malaysia.
Panduan: Sebelum membeli minyak pelincir ini sebagai hadiah, pastikan anda ambil tahu terlebih dahulu sekiranya kereta mereka sesuai untuk menggunakan minyak pelincir ini.
#8 Dashcam 5 Bintang
Sekiranya mampu untuk mengeluarkan belanja lebih besar, tunjukkan kasih sayang anda kepada penerima dengan menghadiahkan dashcam model 70mai A500. Walaupun agak mahal tetapi kualiti dan juga cara penggunaannya yang mesra pengguna membuatkan harganya berbaloi. Cadangan ini juga dibuat berdasarkan laporan oleh MIROS tentang senarai dashcam terbaik yang pernah kami kongsikan sebelum ini.
Klik artikel: Ini 40 Dashcam Terbaik Berdasarkan CamScore MIROS & CyberSecurity Malaysia


Dashcam ini boleh dibeli di Shopee pada harga tidak lebih daripada RM350 yang termasuk kad SD 32GB.
Panduan: Fikirkan juga kos tambahannya iaitu pemasangan kamera ini yang boleh dilakukan di mana-mana kedai aksesori kereta.
Peringatan: Harga barangan yang disenaraikan adalah berdasarkan tarikh penulisan iaitu pada 22 Disember 2022, ini mungkin berubah dari masa ke masa.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX9715
SELANGOR
BSU9607
JOHOR
JH2516J
PULAU PINANG
PSH3426
PERAK
APM8470
PAHANG
CFJ3803
KEDAH
KGJ7694
NEGERI SEMBILAN
NEM5578
KOTA KINABALU
SJV1342
KUCHING
QAB9761P
Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pemanduan Defensif Di Selekoh Menurun, Penyelamat Nyawa – MIROS
MIROS menasihatkan orang ramai agar berhati-hati semasa menggunakan laluan menurun dan berselekoh.
13-02-2023
Kereta Tenggelam Dalam Banjir? Ini Tindakan Semasa & Selepas!
Perkara yang anda perlu ingat untuk lakukan semasa dan selepas banjir.
15-11-2022
[VIDEO] Kereta Rosak Tepi Jalan? Lelaki Ini Bongkar Cara Dapat Towing Percuma Dengan Selamat
Apa nak buat kalau kereta rosak di tengah jalan? Ini jawapannya...
15-06-2022
Jenayah Pecah Rumah Dijangka Naik Raya Nanti! 7 Cara Elak Kereta Dicuri Semasa Pulang Beraya
Jenayah pecah rumah dijangka naik Aidilfitri ini. Ini 7 tips penting untuk mengelakkan kereta daripada dicuri semasa pulang beraya.
27-04-2022
Berita Terkini
Cara Jual Kereta Terpakai di Malaysia (2027): Bandingkan 4 Cara Ini
Menjual Kereta Terpakai di Malaysia pada 2027? Bandingkan Tukar Beli, Jualan Persendirian, Syarikat Pembeli Kereta dan Konsainan, serta Pertukaran Hak Milik JPJ & Pemeriksaan.
05-11-2026
Musim Hujan, Jangan Main Redah, Ini Cara Semak Jalan Banjir & Tutup
Pengajaran Banjir NKVE & Shah Alam: 5 Sumber Rasmi Wajib Semak Masa Hujan Lebat.
04-11-2026
Analisis: RON95 Campur Air?Simpan Resit Minyak Anda Mulai Sekarang
Ancaman Petrol RON95 Bercampur Air: Kenapa Sekeping Resit Kecil Boleh Selamatkan Anda.
03-11-2026
Kenapa Hon Boleh Cetuskan Kemarahan?
Nak Keluar Parking Pun Susah, Hon Pula Mengundang Marah
02-11-2026
Lampu Enjin Menyala, Jangan Terus Percaya Kata Sensor
Jangan Percaya Bulat-Bulat Kata Foreman! Ini Pengalaman Sebenar Saya.
28-10-2026
Tiada Insurans Banjir: Ini Anggaran Kos 'Special Perils' Yang Perlu Anda Tahu
RM8 hingga RM40 Sebulan Boleh Selamatkan Kereta Anda Daripada 'Total Loss' Musim Hujan.
27-10-2026
Kereta Rasa Stabil Tapi Penumpang Belakang Rasa Nak Muntah? Apa Sebenarnya Masalah Suspensi Anda?
Betul Ke Sebab Suspensi Kereta?
26-10-2026
Kereta Terpakai Anda Mungkin Bernilai Lebih Daripada Anda Fikirkan. Ini Apa Yang 10 Pemilik Dapat Melalui Konsainan
Mahu menjual kereta terpakai anda di Malaysia? Lihat apa yang diterima oleh 10 pemilik melalui konsainan CariCarz AutoMall, daripada Axia hinggalah Zeekr.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
