Volkswagen ID. AERO Boleh Capai 620KM Sekali Cas! Ini Perinciannya...

Volkswagen memperkenalkan kereta konsep, ID. AERO, penambahan kepada portfolio kenderaan elektrik penuh keluaran syarikat. Sebelum ini, model-model elektrik lain yang pernah dikeluarkan ialah ID.3, ID.4, ID.5, ID.6 dan ID. Buzz.
Ketua Pegawai Operasi Volkswagen Passenger Cars, Ralf Brandstätter berkata, “Dengan [pengenalan] kereta pameran ID. AERO, kami mempertontonkan ahli baharu dalam keluaran ID. Sebuah kereta dengan reka bentuk yang penuh emosi dan sangat aerodinamik, dengan jarak perjalanan lebih 600 km, serta ruang kabin yang luas dan premium.”
Baca: [VIDEO] Canggih! Suasana Di Dalam Kilang Pemasangan Volkswagen ID. Buzz 2022

Tambahnya lagi, “Dengan strategi ACCELERATE, kami memacu barisan model elektrik kami ke hadapan secara intensif. Selepas ID.4, model ini akan menjadi model kereta global kami yang akan dibawa masuk ke Eropah, China dan AS.”
Baca: [KAJIAN] Pemandu EV & Hibrid Lebih 'Relaks' Dari Pemandu Lain
Prestasi dan Jarak Perjalanan Kereta Konsep ID. AERO

ID.AERO dibina berdasarkan platform kenderaan elektrik MEB Volkswagen dan dikuasakan oleh bateri litium ion 77 kWh. Platform yang digunakan ini mengandungi kesemua komponen elektrik teras, sehingga boleh menjimatkan ruang. Platform ini boleh disesuaikan pada kenderaan pelbagai saiz, daripada crossover kompak hinggalah kepada SUV dan juga sedan yang menggunakan bateri.
Model ini mampu mencapai jarak perjalanan sehingga 620 km (WLTP) menjadikannya sesuai untuk perjalanan yang jauh.
Baca: Bagaimana Jenis Jalan Mempengaruhi Jarak Perjalanan Yang Dapat Dicapai EV?
Baca: Bateri EV Ini Boleh Capai 100% Dalam Masa 10 Minit!
Luaran Kereta Konsep ID. AERO

Berkepanjangan hampir lima meter dalam reka bentuk aerodinamik, kereta ini mampu mencapai jarak perjalanan yang cukup jauh dengan hanya sekali cas. Bagi meningkatkan lagi ciri aerodinamik kereta, model ini tidak menggunakan pemegang pintu biasa, sebaliknya menggunakan permukaan sentuhan yang bercahaya.
Kereta konsep yang dipamerkan ini diwarnai dengan warna "Polar Light Blue Metallic" iaitu sejenis rona terang yang memaparkan kesan kilauan di bawah cahaya yang sesuai. Bumbungnya berwarna hitam berkilat yang kontra dengan warna badan kereta. Roda yang digunakan ialah yang bersaiz 22 inci.


Terdapar jalur lampu halus yang melintang secara memanjang pada gril depan kereta sehingga ke lampu kiri dan kanan. Di tengahnya terdapat logo VW yang bercahaya. Lampu depan yang digunakan ialah jenis matriks LED. Bergerak ke bahagian belakang, terdapat juga jalur lampu namun lebih gelap berbanding depan, dengan lampu belakang jenis LED dalam gugusan seperti sarang lebah untuk visual yang unik.
Pesaing Tesla Model S

Sedan elektrik pertama daripada Volkswagen ini bakal menjadi pesaing model andalan Tesla, Model S. Pada bulan Mei yang lalu, Ketua Pegawai Operasi Volkswagen, Herbert Diess berkata, dia percaya bahawa Volkswagen mampu mengalahkan Tesla sebagai penjual EV terbesar di dunia menjelang 2025.
Pengeluaran ID. AERO
Versi pengeluaran ID. AERO adalah sama seperti kereta konsep yang dipamerkan. Ia akan membuat penampilan pertama di negara China pada pertengahan yang kedua tahun 2023. Selepas dilancarkankan di China, ID. AERO akan memasuki pasaran AS dan Eropah.
Baca: Harga EV Naik Sehingga 22 Peratus Di AS! Ini Puncanya…
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4932
SELANGOR
BSV1291
JOHOR
JH4269J
PULAU PINANG
PSH4100
PERAK
APM9606
PAHANG
CFJ4103
KEDAH
KGJ8192
NEGERI SEMBILAN
NEM5907
KOTA KINABALU
SJV1860
KUCHING
QAB216Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Volkswagen Bakal Buat Kejutan, Ada RANCANGAN Besar!
VPCM mempunya rancangan yang cukup besar untuk tahun ini.
13-03-2024
Akan Buang 10K Pekerja, AI Jadi Pengganti Syarikat Pembekal Komponen Tesla & VW Ini
Sebuah syarikat pembekal automotif dari Perancis, telah mengumumkan rancangan untuk menghentikan sebanyak 10,000 kakitangan.
26-02-2024
Foto VW Golf R Mk 8.5 Didedahkan – Bakal Diperkenal Pertengahan 2024
Apa yang boleh kita jangkakan daripada Golf R? Foto-foto yang dikongsikan oleh syarikat automotif Jerman ini mendedahkan sesuatu...
29-01-2024
Jualan Kereta VW Cecah 9.24 Juta Dalam Setahun
Pengeluar kereta Jerman Volkswagen menjadi bualan hangat di laman X gara-gara jualan keretanya mencecah 9.24 juta pada tahun lalu.
15-01-2024
Volkswagen Golf R 333 Edisi Terhad, Hanya 333 Unit Ditawarkan!
Volkswagen akhirnya memperkenalkan Volkswagen Golf R 333 yang hanya dikeluarkan sebanyak 333 unit.
02-06-2023
BYD Pintas Volkswagen Lebih Awal Dari Jangkaan! Kini Jenama Terlaris di China
BYD telah berjaya mendahului Volkswagen sebagai jenama kereta terlaris di China buat pertama kalinya.
02-05-2023
Berita Terkini
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge