Wanita Ini Terajui Penghasilan Kereta Elektrik Pertama UAE

Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah mengumumkan kehadiran kereta elektrik pertama negara, Al Damani DMV300 keluaran syarikat M Glory Holding Group.
Diterajui Oleh Seorang Wanita
Yang menariknya, pengerusi syarikat tersebut ialah seorang wanita, Dr Majida Alazazi, wanita Arab pertama yang menubuhkan kilang kereta di Timur Tengah, dan warga Emirati pertama yang berjaya memperoleh ijazah kedoktoran gunaan dalam pengurusan rantaian bekalan dan industri daripada universiti di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Kereta Elektrik Yang Dikeluarkan

Al Damani DMV300 dihadirkan dalam dua model berbeza yang dibina berdasarkan spesifikasi Eropah, menggunakan bateri berkapasiti 52.7 kWj, ia boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 405 kilometer dengan hanya sekali cas.

Masa yang diambil untuk mengecas kereta sepenuhnya dari rumah ialah kira-kira enam hingga lapan jam. Menggunakan pengecasan pantas pula, kereta boleh dicas sehingga 85 peratus dalam masa hanya 30 minit.
Video Al Damani DMV300:
Jurutera industri itu berkata, “Kami sedang berusaha membangunkan pengecas kami sendiri dengan masa pengecasan hanya empat jam di rumah, serta kira-kira 25 peratus alat ganti kereta dari pasaran tempatan, dan peratusan ini akan ditingkatkan secara beransur-ansur tidak lama lagi.”
Kumpulan pertama kereta elektrik sepenuhnya ini akan dilancarkan menjelang akhir Jun 2022.
Pembinaan Kilang Kereta Elektrik
M Glory Holding Group telah meletakkan batu asas untuk pembinaan kilang perindustrian pertama negara di Dubai Industrial City (DIC). Kilang itu akan siap menjelang 2024. Kilang baharu itu akan dibina di atas keluasan tanah seluas 1 juta kaki persegi dan bakal mewujudkan lebih 1,000 pekerjaan.

Sementara menanti persiapan kilang ini, DMV300 akan dihasilkan di kilang sementara yang terletak tidak jauh dari kilang utama yang sedang dibina di DIC.
Syarikat itu menyasarkan untuk mendapat manfaat daripada Revolusi Perindustrian Keempat dan kemampanan dengan menggunakan teknologi masa depan dan robotik dalam pembuatan kenderaan elektrik (EV). Kemudahan baharu itu adalah lanjutan daripada portfolionya, yang merangkumi kejuruteraan robotik dan kecerdasan buatan, serta hartanah yang mampan.
Menjelaskan kemampuan pengeluaran, Dr Majida berkata, “Kapasiti kami sehari ialah 8 hingga 10 kereta dan 10,000 kereta setahun dari kilang sementara. Apabila kilang utama siap, ia akan mampu mengeluarkan 50,000 hingga 70,000 kereta setahun.”

Dr Majida mengetuai pelbagai syarikat dan pernah memegang jawatan dalam syarikat kerajaan dan separa kerajaan.
"Kami berusaha selaras dengan visi matlamat kerajaan UAE untuk mencapai pelepasan sifar bersih," tambahnya.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS7582
SELANGOR
BSU2324
JOHOR
JF2740J
PULAU PINANG
PSG1450
PERAK
APL9182
PAHANG
CFH9255
KEDAH
KGJ3503
NEGERI SEMBILAN
NEM1843
KOTA KINABALU
SJU4280
KUCHING
QAB7068P
Terakhir Kemas Kini 02 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pertama Kali Balik Kampung Guna EV: Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu!
Pertama Kali Balik Kampung Guna EV? Jangan Takut, Ini Sebab Kenapa Jem Raya Takkan Habiskan Bateri Anda!"
21-05-2026
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda
Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.
26-03-2026
PERODUA Bakal Terajui EV Murah
PERODUA dilantik untuk menerajui pengeluaran kenderaan elektrik mampu milik di bawah NIMP 2030.
18-01-2024
Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20
Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20
27-06-2023
Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!
Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!
20-06-2023
Cuba Pelbagai EV Baharu Dari Hanya RM120/Hari Dengan GoCar
GoCar Malaysia telah mengumumkan penambahan model-model terkini kenderaan elektrik (EV).
22-05-2023
Gentari Dah Mula Pasang Pengecas EV Ke Luar Negara?
Gentari pasang pengecas kereta elektrik di Thailand
19-05-2023
Puluhan Ribu Pengunjung Hari Pertama Malaysia Autoshow
Orang ramai mula menyerbu Malaysia Autoshow 2023 berikutan cuti umum sempena Hari Wesak.
04-05-2023
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat