Chery "Tawan" Pasaran Global, Jualan Kereta Naik Kaw-Kaw
Nampaknya, Chery Group terus mencipta sejarah sendiri apabila jualan kenderaannya di luar China mencapai sehingga 35,818 unit pada bulan Jun sahaja.
Fuh, nampaknya ramai betul penggemar produk Chery! Apa tidaknya, jualan itu dikatakan meningkat 50.3 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun 2021.
Syarikat itu berkata, pihaknya mencatatkan jualan eksport bulanan yang cukup memberangsangkan dalam sejarah 21 tahun terutama dari segi jualan di pasaran global.
Bagi tempoh Januari-Jun 2022 untuk jualan separuh tahun pertama (1H22), Chery telah mengeksport 148,000 unit (+24.9% YoY) dan 112,000 daripadanya merupakan kenderaan tenaga baharu sekali gus mengukuhkan status syarikat tersebut sebagai jenama yang berteknologi tinggi.
Menjengah jualan Chery di luar China misalnya seperti Brazil, Chery dilihat menduduki tempat kesembilan dalam jualan separuh tahun pertama.
Malah, Arrizo 6 pula menduduki tempat keempat dalam segmen sedan dengan penguasaan pasaran sebanyak 3.6 peratus.

Untuk makluman, sedan tersebut diiktiraf sebagai kenderaan dengan nilai jualan semula terbaik dalam segmen intermediate oleh media tersohor Kelley Blue Book dan Quatro Rodas.
Jualan siri Tiggo 8 di Brazil pula mencapai 21,300 unit pada 1H22.
Lazimnya, model-model di bawah siri ini digunakan sebagai kenderaan presiden dan peringkat negeri di Brazil serta di beberapa negara lain.
-full.jpg)
Beralih ke Chile, Chery terus meningkatkan jualannya yang cukup menggalakkan apabila mampu menguasai sekurang-kurangnya 6.7 peratus daripada jualan keseluruhan 1H22 dan berada di kedudukan tiga teratas dari segi jualan.
Jenama tersebut juga dikatakan terus mengungguli segmen kenderaan utiliti sukan( SUV) pada 1H22 dengan penguasaan pasaran 15.1peratus sekali gus mengatasi pelbagai jenama antarabangsa yang lain.
Chery menerima tempahan Tiggo 2 cukup memberangsangkan apabila jualan mencecah sebanyak 6,088 unit.
Malah, sejak memasuki pasaran Afrika Selatan pada tahun lalu, Chery dilihat mengekalkan
momentum yang kukuh memandangkan jualan kumulatif Januari-Mei melonjak 21.1 peratus berbanding bulan sebelumnya.
Sementara itu, jualan Jun juga turut menunjukkan prestasi baik.
Untuk info, Chery telah menubuhkan anak syarikat di Afrika Selatan pada Ogos 2021dan mengungguli segmen SUV dalam masa kurang 10 bulan selepas pelancaran produknya.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS8607
SELANGOR
BSU2476
JOHOR
JF3087J
PULAU PINANG
PSG1617
PERAK
APL9382
PAHANG
CFH9330
KEDAH
KGJ3538
NEGERI SEMBILAN
NEM1921
KOTA KINABALU
SJU4356
KUCHING
QAB7136P
Terakhir Kemas Kini 03 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace
Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.
02-10-2026
Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"
Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.
02-10-2026
Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat
F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.
02-10-2026
Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000
JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.
02-10-2026
F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt
Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas
01-10-2026
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge