ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

GoCar, EV Connection Jalin Kerjasama: Akses Stesen Pengecas EV Dipermudah

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pengendali platform perkongsian kereta, GoCar Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan pembekal servis pengecasan kenderaan elektrik (EV) sehenti, EV Connection, bagi memperluaskan akses stesen pengecasan di negara ini. 



Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun (di sebelah kiri), bersama Pengarah Teknikal EV Connection, Dr Che Hang Seng


Kolaborasi ini akan membolehkan aplikasi mudah alih GoCar dan platform Jom Charge yang dibangunkan oleh EV Connection diintegrasikan dengan tujuan untuk meningkatkan akses pengguna GoCar dan orang awam kepada lebih banyak stesen pengecasan EV dan juga pengecas pantas, DC. 


Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun berkata, “Kerjasama strategik dengan EV Connection adalah selari dengan komitmen GoCar untuk membawakan pengalaman EV ke dalam arus perdana di Malaysia melalui GoEV."


Kemudahan akses melalui aplikasi yang disediakan ini dapat memudahkan perancangan perjalanan pengguna, sekaligus mengurangkan kebimbangan mengenai jarak perjalanan EV.




“Menerusi integrasi ini, kami percaya bahawa pengguna akan boleh merancang perjalanan dengan lebih baik dan mempunyai kemas kini pada masa sebenar mengenai lokasi pengecas EV ketika memandu. Semua ini pasti dapat mengurangkan kebimbangan, meningkatkan keselesaan dan kemudahan buat pelanggan GoCar dan pengguna EV yang lain,” tambahnya.


Integrasi fasa pertama dijangka dapat disempurnakan pada suku ketiga tahun ini. 


“Selepas integrasi fasa pertama yang dijangka selesai menjelang suku ketiga 2022, pengguna GoCar dan orang ramai boleh melihat lokasi pengecasan, kebolehdapatan pengecas dan jenis pengecas yang ada di rangkaian EV Connection menerusi aplikasi GoCar," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.


Pengarah Teknikal EV Connection Dr Che Hang Seng berkata kerjasama ini adalah selaras dengan misi JomCharge bagi menyokong transisi kepada penggunaan EV di sini. 




“Bersama-sama dengan GoCar, kami harap dapat melegakan kebimbangan dan merapatkan jurang peralihan kepada EV oleh orang ramai,” katanya. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC4952

SELANGOR

BSQ8024

JOHOR

JYY6253

PULAU PINANG

PSD745

PERAK

APJ2173

PAHANG

CFG7794

KEDAH

KGG5063

NEGERI SEMBILAN

NEK6503

KOTA KINABALU

SJS4148

KUCHING

QAB9856N

Terakhir Kemas Kini 18 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Video

05-07-2023
Video

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

27-06-2023
Video

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

20-06-2023
Global

27-03-2023
Global

22-03-2023
Global

16-03-2023
Global

15-03-2023
EV

15-03-2023

Berita Terkini

EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
EV

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.

15-06-2026
EV

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026
EV

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026
EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.