Volvo Cars Tubuhkan Kilang Ketiga Di Eropah, Khas Untuk EV

Volvo Cars mengumumkan pembinaan kilang syarikat yang ketiga di Eropah. Kilang canggih yang bakal didirikan ini ialah sebuah kilang iklim neutral (bebas emisi) dan hanya digunakan untuk menghasilkan kenderaan elektrik (EV).
Kilang ini terletak berdekatan dengan Kosice, di timur Slovakia. Lokasinya cukup strategik, kerana di sini kilang tersebut dapat menerima manfaat daripada rangkaian bekalan automotif sedia ada sebagai kilang kereta yang kelima di negara itu. Dengan pemilihan Slovakia sebagai lokasi kilang terbaru, Volvo Cars mencipta "segi tiga Eropah" dalam membekalkan kereta kepada rantau dengan jualan terbesar Volvo Cars. Kilang lain pula bertempat di Ghent (Belgium) di barat Eropah dan Torslanda (Sweden) di utara Eropah.

Volvo Cars bercita-cita untuk mencapai jualan mencecah 1.2 juta unit kereta pada pertengahan dekad yang merangkumi jualan di Eropah, Amerika Syarikat dan Asia.
Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Cars, Jim Rowan berkata, “Kami memiliki fokus yang jelas iaitu untuk menjadi jenama mobiliti elektrik penuh menjelang 2030.

“Perkembangan di Eropah, sebagai rantau dengan jualan tertinggi syarikat, adalah penting untuk perubahan ke arah elektrifikasi dan pertumbuhan yang berterusan. Saya sangat berbesar hati untuk memperluas jejak pengeluaran Volvo Cars ke Slovakia dan mengalu-alukan kedatangan rakan sekerja dan rakan kongsi baharu untuk perjalanan yang akan datang.”
Baca: Kolaborasi Volvo Dan Pencipta Game Fortnite Hasilkan Paparan Fotorealistik Dalam EV Akan Datang!
Pembinaan kilang Kosice akan bermula pada tahun 2023. Pengeluaran kereta elektrik penuh Volvo yang pertama di kilang ini dijadualkan bermula pada tahun 2026. Fasiliti ini direka dengan kemampuan untuk mengeluarkan sehingga 250,000 unit kereta setahun dan menawarkan ribuan peluang pekerjaan.
Baca: Volvo C40 Recharge Dapat Lima Bintang Dalam Ujian Euro NCAP
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2271
SELANGOR
BSU1401
JOHOR
JF384J
PULAU PINANG
PSF9490
PERAK
APL8039
PAHANG
CFH8716
KEDAH
KGJ3035
NEGERI SEMBILAN
NEM1410
KOTA KINABALU
SJU3520
KUCHING
QAB6589P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20
Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20
27-06-2023
Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!
Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!
20-06-2023
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat