ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Baucar RM1,000 Itu Akan Berakhir Pada 31 Mac Ini.

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa baucar bernilai RM1,000 akan diserahkan kepada mangsa banjir bagi membaik pulih kenderaan yang rosak akibat banjir pada Disember lalu.

Oleh itu, pemilik kenderaan boleh menggunakan baucar berkenaan untuk membaik pulih kenderaan yang rosak atau menggantikan kereta yang diisytiharkan sebagai “total lost”.


Begitupun, potongan harga akan dibuat secara langsung daripada jumlah kos pembaikan atau kos penggantian kenderaan baharu melalui invois yang dikeluarkan oleh pusat servis dan pengedar sah.

Susulan pengumuman itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sebanyak 1,987 kereta Perodua telah ditunda ke 200 pusat servis untuk tujuan proses penilaian, manakala  323 unit telah diperbaiki.

"Misi kami adalah untuk membaiki kenderaan yang rosak akibat banjir dengan secepat mungkin kerana kami memahami bahawa pelanggan kami benar-benar memerlukan kenderaan Perodua mereka untuk kegunaan harian mereka,” katanya.


Bagaimanapun,  Baucar Diskaun Automotif itu hanya boleh digunakan sehingga 31 Mac 2022. 

Pemilik boleh menebus baucar berkenaan di pusat servis sah jenama automotif terpilih sahaja.

Untuk makluman anda, Perodua turut menawarkan Program Bantuan Banjir Perodua dimana syarikat berkenaan menawarkan diskaun 50 peratus untuk alat ganti standard dan kos buruh secara percuma untuk semua penggantian alat ganti.


Perodua juga menawarkan servis tunda 24 jam secara percuma.

Untuk keterangan lanjut, hubungi talian Khidmat Pelanggan Perodua di 1800-88-6600!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQE481

SELANGOR

BSK9346

JOHOR

JYN524

PULAU PINANG

PRW6382

PERAK

APD4292

PAHANG

CFE4766

KEDAH

KGD4663

NEGERI SEMBILAN

NEH9347

KOTA KINABALU

SJP3243

KUCHING

QAB7536M

Terakhir Kemas Kini 18 Dec, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.64

-0.02

RON 97

RM 3.27

-0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.06

-0.02

EURO 5 B7

RM 3.26

-0.02

Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025

Berita Berkaitan

Kereta Baru

17-12-2025
Berita Auto

12-12-2025
Berita Auto

09-12-2025
Berita Auto

05-12-2025
Kereta Baru

01-12-2025
EV

13-10-2025
Teknologi

13-10-2025
Berita Auto

25-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Jalan Aring 8–Kenyir–Kuala Jeneris Runtuh, Mujur Tiada Yang Maut

Jalan Aring 8–Kenyir–Kuala Jeneris Runtuh, Mujur Tiada Yang Maut

Gara-gara hujan lebat, Jalan Aring 8–Kenyir–Kuala Jeneris, Terengganu pula runtuh, semalam.

18-12-2025
Berita Auto
Plus Jangka 2.2 Juta Kereta Sehari Sempena Cuti Sekolah, Krismas

Plus Jangka 2.2 Juta Kereta Sehari Sempena Cuti Sekolah, Krismas

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan 2.2 juta kenderaan akan membanjiri lebuh raya dalam sehari bermula dari 19, 20, 22, 23, 24, 26 dan 27 Disember ini.

18-12-2025
Berita Auto
Perhatian, Harga Minyak Turun Lagi Bermula 18-24 Dis 2025

Perhatian, Harga Minyak Turun Lagi Bermula 18-24 Dis 2025

Semua harga minyak turun bermula 18 hingga 24 Disember ini.

17-12-2025
Berita Auto
Perodua Traz Dilancar, Perodua Sasar Jual 1,900 Unit Sebulan

Perodua Traz Dilancar, Perodua Sasar Jual 1,900 Unit Sebulan

Perodua mengakui model terbaharunya, Perodua Traz yang baru sahaja dilancarkan pagi tadi mempunyai pasarannya yang tersendiri.

17-12-2025
Berita Auto
Tiada Cukai Jalan, Insurans, JPJ Tidak Akan Kompromi Dengan Sesiapa!

Tiada Cukai Jalan, Insurans, JPJ Tidak Akan Kompromi Dengan Sesiapa!

JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang yang memandu kenderaan tanpa perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) sah.

17-12-2025
Berita Auto
Pelarasan Harga Pas Perjalanan Rapid KL Mulai 1 Januari 2026

Pelarasan Harga Pas Perjalanan Rapid KL Mulai 1 Januari 2026

Harga beberapa pas perjalanan Rapid KL akan diselaraskan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

16-12-2025
Berita Auto
OMODA | JAECOO Buat Promosi – Bukan Sekadar Diskaun, Jimat Cecah RM14,000!

OMODA | JAECOO Buat Promosi – Bukan Sekadar Diskaun, Jimat Cecah RM14,000!

Menjelang penutupan tirai tahun 2025, OMODA | JAECOO Malaysia ingin ‘memanjakan’ bakal pembeli SUV dengan pelancaran kempen 'Season of Rewards'.

16-12-2025
Berita Auto
Denza Laku Keras, Lebih 1,000 Unit Denza D9 Telah Dihantar Kepada Pelanggan

Denza Laku Keras, Lebih 1,000 Unit Denza D9 Telah Dihantar Kepada Pelanggan

Denza mencatatkan pencapaian bermakna apabila 1,002 unit Denza D9 telah dihantar kepada pelanggan.

16-12-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.