- Berita
- Berita Auto
- Ciri Pengesan Kemalangan iPhone 14 Banyak Buat Laporan Salah? Menyusahkan Penyelamat
Ciri Pengesan Kemalangan iPhone 14 Banyak Buat Laporan Salah? Menyusahkan Penyelamat
Apple memberi tumpuan kepada ciri keselamatan dalam keluaran terbaharu (Foto: Apple)
Dalam produk terbaharu keluaran Apple iaitu telefon pintar iPhone 14, terdapat teknologi baharu yang dinamakan Crash Detection atau pengesan kemalangan.
Bagaimana Ciri Ini Berfungsi?
Ciri ini hadir dengan fungsi yang sama seperti sistem pengesan kejatuhan atau fall detection yang digunakan dalam produk sedia ada Apple. Sekiranya peranti mengesan penggunanya terbabit dalam kemalangan dahsyat, ia akan menghantar notifikasi kepada nombor kecemasan dan kenalan rapat secara automatik sekiranya pengguna tidak memberi sebarang respon terhadap notifikasi yang dipaparkan pada skrin telefon dalam masa 10 saat.
Isu Yang Timbul
Walaupun fungsi ini telah terbukti banyak membantu dalam situasi kemalangan, tetapi dalam masa yang sama ia turut memberikan masalah kepada anggota penyelamat kerana kecenderungannya untuk melaporkan apa sahaja impak luar biasa sebagai satu kemalangan.
Wall Street Journal mendedahkan, sejak telefon pintar dengan ciri Crash Detection ini mula dijual, sekurang-kurangnya enam panggilan daripada iPhone telah dibuat melalui sistem tersebut dan kesemuanya tidak membabitkan kemalangan tetapi sebenarnya dalam situasi dengan impak sama misalnya semasa menaiki roller coaster.

Dalam satu kejadian yang dilaporkan baru-baru ini, seorang wanita, Sara White, telah mengunjungi taman hiburan Kings Island yang terletak di Cincinnati, Amerika Syarikat. Sewaktu kunjungannya itu, dia meletakkan iPhone 14 di dalam beg berzip yang dipakai rapi pada bahagian pinggang untuk menaiki roller coaster.
Roller coaster yang dinaikinya dikatakan 'mencucuk' langit sehingga mencapai ketinggian 109 kaki pada kelajuan 50 batu sejam.
Selepas menaiki roller coaster tersebut, dia melihat telefon bimbitnya dan mendapati terdapat notifikasi panggilan tidak dijawab dan mel suara daripada pasukan penyelamat yang bertanya sekiranya dia dalam keadaan selamat.
Pasukan keselamatan telah menerima mesej suara automatik daripada iPhone Sara yang berbunyi:
“Pemilik iPhone ini telah terbabit dalam kemalangan kereta yang teruk dan tidak menjawab telefon.”
Selepas menerima mesej tersebut, sepasukan penyelamat telah dihantar ke lokasi kejadian namun tiada sebarang kemalangan dapat dikesan di taman hiburan tersebut.
Apa Sebenarnya Yang Dikesan Oleh Sistem Crash Detection?

Bagi membolehkan teknologi pengesan kemalangan ini berfungsi, ia dibantu oleh tiga jenis sistem yang terdapat pada iPhone 14. Pertama, barometer yang dapat membaca tekanan udara kabin, kedua, modul GPS yang menerima input perubahan data kelajuan, serta ketiga, ciri mikrofon yang telah ditala supaya dapat mengesan bunyi dan akustik tertentu yang menjadi petanda kemalangan.
Komen penulis: Sebagai satu teknologi baharu, masih banyak yang perlu diperbaiki. Walaupun sistem ini telah memberi amaran yang salah kepada pihak penyelamat, namun banyak juga amaran yang dikeluarkan adalah membabitkan kemalangan sebenar.
Baca: Maut Ikut GPS! Rupanya Dibawa Ke Jambatan Yang Sudah Runtuh
Baca: iPhone 14 Ada Ciri Pengesan Kemalangan Kereta? Ini Cara Ia Berfungsi...
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4196
SELANGOR
BSU8537
JOHOR
JG9602J
PULAU PINANG
PSH2439
PERAK
APM7435
PAHANG
CFJ3482
KEDAH
KGJ7244
NEGERI SEMBILAN
NEM5173
KOTA KINABALU
SJV417
KUCHING
QAB9517P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kereta Dinaiki 5 Sekeluarga Terbabas Ke Dalam Parit – Ibu, Bayi Maut
Seorang ibu dan bayi lemas selepas terbabit dalam satu kemalangan.
13-07-2022
[VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa
Sebuah video berdurasi 32 saat tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kenderaan berlanggar dengan van.
24-05-2022
Ibu, Anak Maut, Kereta Terlanggar Batu Konkrit Di Bahu Jalan
Dua beranak maut manakala tiga lagi cedera parah apabila kereta Perodua Alza yang dinaiki mereka terbabas.
16-11-2021
Ibu Maut, Anak Parah Dirempuh Hilux Laju Melanggar Lampu Merah
Seorang wanita maut manakala anaknya pula mengalami kecederaan serius selepas dilanggar oleh Toyota Hilux.
26-04-2021
Berita Terkini
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
Banjir Shah Alam: Ini Senarai Highway & Jalan Ditutup
Antara lokasi terjejas ialah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE).
04-11-2026
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
