- Berita
- Kereta Baru
- Toyota Innova, MPV 7-Tempat Duduk Bakal Dilancar Di Indonesia, Dibina Berdasarkan TNGA Baharu
Toyota Innova, MPV 7-Tempat Duduk Bakal Dilancar Di Indonesia, Dibina Berdasarkan TNGA Baharu

Nampaknya Toyota Indonesia mendedahkan imej teaser Toyota Innova generasi baharu di laman web rasminya baru-baru ini.
Kenderaan pelbagai guna (MPV) tujuh tempat duduk ini dikatakan akan dilancarkan sekitar 22 November depan di Indonesia. Selepas Indonesia, ia akan menembusi pasaran di India selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Untuk makluman, Innova baharu ini dibina berdasarkan berasaskan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) dan ia adalah daripada TNGA-C.
Berdasarkan foto intipan ini, ia menampilkan wajah baharu dimana ia kelihatan lebih lasak.
Lebih dikenali sebagai Toyota Kijang Innova di Indonesia, ia dilihat hadir dengan gril berbentuk heksagon, lampu hadapan yang lebih tajam manakala, strip lampu siang (DRL) diselitkan ke dalam unit lampu utama dan bampar yang lebih tinggi.
Dari jauh kelihatan, celoreng garisan berwarna biru sekali gus memberi bayangan bahawa kemungkinan besar varian trenkuasa hibrid akan dilancarkan.
Bagaimanapun, foto acah itu tidak mendedahkan butiran spesifik dari bahagian sisi namun fender hadapannya lebih menarik berbanding sebelum ini.
Secara keseluruhannya, penggayaan jentera ini menyaksikan Toyota cuba menampilkan MPV ini ala-ala Toyota Veloz.

Innova sebelum ini menggunakan casis ladder frame tetapi generasi baharu ini akan menggunakan casis yang sama seperti Toyota Corolla walaupun memuatkan susunan tiga barisan tempat duduk.
Sama seperti model Avanza/Veloz, Toyota Innova serba baharu ini menggunakan pacuan roda hadapan (FWD) yang lebih konvensional bagi menawarkan pemanduan yang lebih dinamik selain hadir dengan teknologi yang lebih moden.
Ia turut menawarkan kabin yang agak luas gara-gara ketiadaan penempatan enjin melintang (bukannya bujur).
Menyentuh mengenai trenkuasanya, Toyota Indonesia tidak mendedahkan sebarang butiran mengenainya.
Sebaliknya, model untuk pasaran di Indonesia bakal menampilkan enjin petrol dan hibrid.
Apapun, Innova baharu ini berada di bawah MPV Toyota Voxy yang turut dibina berasaskan TNGA namun jentera ini dikatakan lebih mewah.
Tunggu berita selanjutnya selepas Toyota Indonesia melancarkan Toyota Innova secara rasmi nanti pada bulan hadapan!
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
CEO Toyota Letak Jawatan, Penggantinya, Koji Sato, Akan Tumpu Pada EV?
Syarikat pengeluar kereta Jepun, Toyota Motor Corporation, telah mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Operasinya (CEO), Akio Toyoda, yang berkuat kuasa 1 April ini.
27-01-2023
Berita Terkini
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
