BMW X7 xDrive40i M Sport Dilancarkan Di Malaysia, Harga RM728K!

BMW Malaysia memperkenalkan varian baharu dalam barisan kenderaan aktiviti sport (SAV) BMW X7 iaitu BMW X7 xDrive40i M Sport. Kereta yang dipasang di dalam negara (CKD) ini tampil dengan gaya yang lebih dinamik dan agresif.
KUASA & PRESTASI BMW X7 XDRIVE40I M SPORT


BMW X7 xDrive40i M Sport dikuasakan oleh enjin enam silinder sebaris dengan pengecas turbo berkembar 3.0L menjana output 340 hp/450 Nm. Kuasa disalurkan kepada kesemua roda (sistem pacuan semua roda xDrive) melalui transmisi automatik sport Steptronic 8 kelajuan. Varian ini turut ditawarkan dengan ciri Executive Drive Pro dan Integral Active Steering.
Kereta mampu melakukan pecutan daripada 0-100 km/j dalam masa 6.1 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 245 km/j.
BAHAGIAN LUAR BMW X7 XDRIVE40I M SPORT


Didatangkan dalam pakej M Aerodynamics sebagai ciri standard, BMW X7 xDrive40i M Sport tampil lebih sporty dan agresif. Gaya ini disempurnakan dengan penggunaan rim aloi 758 M bersaiz 22 inci, brek M Sport dan garisan aluminium untuk menonjolkan lagi gaya luar kereta.
BAHAGIAN DALAM BMW X7 XDRIVE40I M SPORT

Varian ini hadir dengan ciri sama seperti varian lain dalam barisan kereta BMW X7 seperti konfigurasi tujuh tempat duduk, bumbung kaca panorama, lampu laser BMW dan BMW Display Key.


Gaya mewah cukup terserlah pada bahagian konsol tengah kereta dengan aneka komponen diperbuat daripada kaca, selain sistem bunyi keliling Harman Kardon dan penggunaan teknologi BMW Live Cockpit Professional. Menyempurnakan lagi gaya premium ini ialah stereng dengan balutan kulit M Sport. Selain itu, ruang kabin turut dihasi kemasan kayu halus dalam rona hitam.
Penumpang dapat terus menikmati upholsteri kulit tulen Vernasca yang serba mewah, disediakan dalam tiga warna istimewa: Vernasca Cognac, Vernasca Coffee dan Vernasca Black.
CIRI KESELAMATAN BMW X7 XDRIVE40I M SPORT
BMW X7 xDrive40i M Sport hadir dengan kemudahan bantuan pemanduan serta kawalan jelajah aktif bersama fungsi Start & Stop, di samping Parking Assistant Plus yang didatangkan dengan kamera 360 darjah.
WARNA BMW X7 XDRIVE40I M SPORT




Berikut adalah warna yang ditawarkan bagi BMW X7 xDrive40i M Sport:
Black Sapphire
Mineral White
Manhattan Metallic
Arctic Grey Brilliant Effect (warna eksklusif bagi varian M Sport)
HARGA BMW X7 XDRIVE40I M SPORT
Anda boleh memiliki kenderaan ini dengan pelan ansuran bulanan yang ditawarkan melalui program pembiayaan dinamik, ‘Easy Drive Financing Plan’ oleh BMW BMW Group Financial Services Malaysia. Bayaran ansuran yang dikenakan bermula daripada RM8,800.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).
Pembelian BMW X7 xDrive40i M Sport didatangkan dengan manfaat berikut:
Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW
Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - Kad Keistimewaan BMW
Servis Dalam Talian BMW
Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi wakil pengedar BMW pilihan atau layari https://www.bmw.com.my/en/all-models/x-series/x7/2021/bmw-x7-highlights.html.
RISALAH BMW X7 XDRIVE40I M SPORT


Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BMW X7 CKD, Harga RM718K
BMW Malaysia memperkenalkan BMW X7 xDrive40i M Sport baharu di pasaran tempatan sebentar tadi.
24-10-2023
Berita Terkini
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
