ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Unik! Majlis Perkahwinan Pasangan Ini Bertemakan Automotif

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Majlis kahwin bertemakan automotif? Konsep yang pelik tetapi menarik inilah menjadi tema kahwin yang dipilih oleh pasangan dari Tawau, Sabah, Irwan Md Umran dan Norwadah Suharto, lapor Harian Metro. 


Majlis perkahwinan antara raja sehari, Irwan, 30, dan pasangannya Norwadah, 27, yang diadakan pada Ahad lalu mencuri perhatian ramai. Mana tidaknya, busana pengantinnya juga bukanlah seperti majlis perkahwinan lain kerana mereka sebaliknya mengenakan sut pelumba. 




Pelamin yang digunakan oleh pasangan ini juga ‘dikuasai’ oleh barangan berkait dengan kereta misalnya, kerusi kereta yang dijadikan tempat duduk, tayar, replika enjin, alat membaiki kereta dan minyak enjin.


Suasana ketika persiapan dilakukan di hadapan bengkel Irwan


Pelamin berkonsepkan automotif yang dihasilkan Irwan


Bukan itu sahaja, majlis tersebut turut diadakan di hadapan bengkel kereta miliknya di Jalan Apas, Batu 4. 




Ujar Wan, tema perkahwinan ini mula difikirkan semasa dia dan isteri bertunang tahun lepas. Tema tersebut dipilih kerana minat mendalamnya kepada dunia automotif dan ingin ia menjadi sebahagian daripada hari bahagianya. 




"Sejak kecil lagi saya berminat dalam bidang automotif dan mula jadi mekanik ketika berumur 15 tahun lagi.




"Dulu kerja makan gaji tetapi buka bengkel sendiri lapan tahun lalu dan disebabkan itu, saya impikan perkahwinan bertemakan automotif.




"Disebabkan itu, saya kumpul wang untuk membeli barangan bagi menghiasi pelamin dan membelanjakan kira-kira RM4,500 untuk kesemuanya.


"Manakala, sut pemandu lumba kereta itu dipinjam daripada rakan kerana masa yang agak suntuk dan bimbang lambat sampai kerana perlu ditempah dahulu," katanya ketika dihubungi wartawan Harian Metro.




Jelasnya, tema automotif ini hanya digunakan dalam majlis sebelah pihaknya, sementara sebelah pengantin perempuan pula akan diadakan mengikut adat. 



"Saya sudah maklumkan kepada isteri dan keluarga kedua belah pihak mengenai tema dipilih serta minta mereka ruang untuk saya uruskan sendiri.




"Alhamdulillah, mereka setuju dan beberapa rakan yang juga pengusaha bengkel turut membantu dengan berkongsi pendapat mereka.


"Ikutkan, saya mahu lebihkan barangan automotif di atas pelamin namun dinasihatkan mak andam untuk letak juga bunga sebagai hiasan yang boleh menambah seri jadi saya ambil juga pendapat itu bagi dapatkan hasil terbaik," katanya.


Menceritakan niatnya memilih tema tersebut untuk majlis perkahwinan, jelas anak ketiga daripada empat beradik itu, tema ini dipilih untuk diabadikan sebagai kenangan. 


"Tak sangka pula kisah saya akan tular selepas kongsikan gambar di Facebook.




"Apa pun, saya gembira impian perkahwinan itu jadi kenyataan malah seronok lihat reaksi tetamu yang rata-ratanya teruja bergambar kenangan di atas pelamin," katanya.


Sumber: Berita - Harian Metro | Foto - Irwan Mekanik Kereta Twu


Baca: Kereta F1 Ferrari Michael Schumacher Dilelong, Bakal Jadi Antara Kereta F1 Termahal Dunia!


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR2973

SELANGOR

BST9400

JOHOR

JE6579J

PULAU PINANG

PSF7670

PERAK

APL6553

PAHANG

CFH8155

KEDAH

KGJ2329

NEGERI SEMBILAN

NEL9785

KOTA KINABALU

SJU2461

KUCHING

QAB6103P

Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

17-07-2025
Berita Auto

11-02-2025
Berita Auto

06-02-2025
Berita Auto

15-05-2024
Berita Auto

29-04-2024
Berita Auto

09-04-2024
Berita Auto

07-04-2024
Global

01-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026
Berita Auto

Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.

25-09-2026
Berita Auto

Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.

25-09-2026
Berita Auto

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026
Berita Auto

Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.

24-09-2026
Berita Auto

Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan

Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.

24-09-2026
Berita Auto

Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026

Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.

24-09-2026
Berita Auto

Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan

Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.

24-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.