[FOTO] K-Car Ranggi & Lasak Terbaharu Mitsubishi, Delica Mini 2023, Ini Yang Kita Tahu...

Sempena ulang tahun ke-55 Mitsubishi, jenama kereta Jepun ini telah mengeluarkan Kei car terbaharu, Delica Mini, menyertai ‘keluarga’ Delica sedia ada yang kini terdiri daripada minivan D:5 dan D:2.
Fakta menarik: Apa itu kereta Kei car/K-car?
Kei car/K-car atau dalam bahasa Jepun, keijidōsha, merupakan kereta kecil/ringan di Jepun yang dihasilkan untuk mengeksploitasi potongan cukai dan insurans. Saiznya yang kecil juga memudahkan pengguna kerana kebanyakan laluan di Jepun agak kecil/sempit. K-car diasaskan pada penghujung Perang Dunia Kedua untuk membolehkan rakyat Jepun yang pada ketika itu hanya mampu membeli motosikal untuk memiliki sebuah kereta.

Laluan sempit di negara Jepun
CIRI TEKNIKAL MITSUBISHI DELICA MINI 2023
Model yang dikeluarkan bagi pasaran Jepun ini kelihatan bukan sahaja menyeronokkan untuk dipandu tetapi juga lasak. Menggunakan trenkuasa hibrid, model ini ditawarkan dengan sistem pacuan semua roda (4WD) yang membuatkannya sesuai untuk kegunaan off-road. Terdapat juga versi asas yang hadir dengan sistem pacuan dua roda (2WD).
Output spesifik dan juga perincian lain mengenai teknologi hibrid yang digunakan masih belum didedahkan kepada umum, namun imej acah yang dikeluarkan menunjukkan bahawa Delica Mini ini berkait rapat dengan model eK Space yang dikuasakan oleh hibrid 660 cc dengan transmisi CVT.
REKA BENTUK MITSUBISHI DELICA MINI 2023





Kereta berkepanjangan 3,395 mm ini menggunakan lampu depan jenis LED separa bulat (semi-elliptical) yang menyerupai lampu depan Land Rover Defender. Dari sudut tepi, model berbentuk ‘kotak’ ini diberikan sentuhan crossover dengan adanya rel bumbung.

Selain itu, menampakkan kereta lebih ranggi adalah penggunaan dwi-tona yang mana sesetengah bahagian badan dicat dengan warna kontra hitam seperti pada bahagian bumbung, lingkungan roda (wheelarches), tiang, bahagian bawah bampar dan ambang sisi.
PELANCARAN MITSUBISHI DELICA MINI 2023
Pendedahan rasmi model ini dikhabarkan akan dibuat pada pertengahan bulan Januari akan datang di negara Jepun. Pengeluarannya pula akan bermula pada pertengahan tahun depan.
Apa pendapat anda mengenai Mitsubishi Delica Mini 2023? Tertarik tak untuk cuba sekiranya ia ditawarkan di Malaysia?
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Pusat 3S Mitsubishi Baharu Di Kluang, Johor
Baca: Mitsubishi ASX 2023 Bakal Tembusi Pasaran Eropah, Harga Masih Misteri
Baca: Mitsubishi Motors Raikan Jualan Triton Unit Ke-100K! Pembeli Bertuah Ini Terima Diesel FREE 100K KM!
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8215
SELANGOR
BSU3986
JOHOR
JF6629J
PULAU PINANG
PSG4133
PERAK
APM2293
PAHANG
CFJ1053
KEDAH
KGJ4585
NEGERI SEMBILAN
NEM2740
KOTA KINABALU
SJU5414
KUCHING
QAB7512P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mitsubishi Delica Mini x Coleman Dah Masuk Jepun
Mitsubishi Delica Mini x Coleman y pernah ditayangkan pada pameran Tokyo Auto Salon 2023 pada awal tahun ini.
11-09-2023
Kenapa Kei Car Tak Boleh Dijual Di Malaysia? Ini Sebab Sebenarnya
Sangat Popular Di Jepun, Tapi Kenapa Kei Car Dilarang Dijual Di Malaysia?
13-08-2026
Suzuki Dedahkan Kei Car Ranggi, Spacia Gear – Ada 'Bumbung Boleh Tarik'
Suzuki Spacia Gear diperkenalkan. Ini spesifikasinya...
26-07-2024
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

