Honda Accord 2023 Ini Dilancar Untuk Pasaran AS

Beberapa imej teaser Honda Accord 2023 telah pun disiarkan sejak beberapa minggu dan hari yang dinantikan sudah tiba apabila Honda Amerika Syarikat (AS) menayangkan Honda Accord 2023 secara rasminya.
Honda Accord generasi ke-11 ini yang merupakan segmen sedan saiz pertengahan dikatakan antara seteru sengit Toyota Camry 2021.
Untuk makluman, Honda Accord 2023 ini menawarkan enam varian iaitu LX dan EX, manakala model hibrid pula Sport, EX-L, Sport-L dan Touring.
Apapun salah satu perubahan besar buat Honda Accord kali ini ialah penawaran trenkuasa.
![]()
Accord LX dan EX dikuasakan oleh enjin empat silinder 1.5 liter yang menampilkan teknologi VTEC yang telah dikemas kini. Biarpun ada perubahan, ia mampu menghamburkan 192hp dan tork 260Nm.
Sementara itu, hibrid pula menampilkan enjin petrol empat silinder 2.0 liter kitaran Atkinson yang mampu menghasilkan kuasa 204hp dan tork 335Nm.
Accord Hybrid mendapat suntikan bahan api terus dan dilengkapi dengan dua motor elektrik.
Selain hibrid, Honda AS masih menawarkan pengecas turbo 1.5 liter dimana ia untuk varian yang lebih rendah, dimana ia mampu menghamburkan kuasa 192 HP seperti lelaran sebelumnya.
Reka bentuk Accord 2023 kelihatan agak sama dengan adiknya, Honda Civic tetapi ada beberapa kekurangannya memandangkan ia kelihatan lebih konservatif berbanding generasi sebelumnya.

Jentera baharu ini didatangkan dengan gril yang lebih besar berbanding Accord sebelum ini dan diapit dengan lampu LED.
Menjengah bahagian belakangnya pula, ia dipasang dengan lampu unit LED jenis tipis memanjang sehingga ke tengah kereta.
Pandangan sisi Honda Accord 2023 pula direka dengan garis bumbung melengkung dan condong yang betul-betul berakhir di hujung sedan seolah-olah Audi 'Sportback'.
Dari segi dimensi, Accord 2023 berukuran 4,971 mm panjang, 1,862 mm lebar dan 1,450 mm tinggi dengan jarak roda 2,830 mm.

Generasi kali ini didatangkan lebih panjang 71mm dan lebih lebar 12mm membuatkannya ia secara teknikalnya merupakan sebuah kereta bersaiz besar. Malah, ruang butnya juga dikatakan paling besar dalam kelasnya memandangkan ia bersaiz 473 liter.
Melihat kepadadimensinya, ini bermakna kabin dalamannya juga kelihatan cukup luas.
Malah, beberapa bahagian dalamannya juga menerima beberapa penambahbaikan dan gaya kemasan agak 'kontinental'.

Menyentuh mengenai kabin dalamannya, ia dilengkapi dengan sistem infotainmen 12.3 inci iaitu antara paparan terbesar yang ditawarkan Honda.
Ia juga disokong dengan fungsi sambungan tanpa wayar Apple CarPlay® and Android Auto.
Malah, ia juga menyediakan aplikasi Google Assistant, Google Maps dan pelbagai aplikasi lain boleh dipilih menerusi Google Play.

Lebih menarik, jentera ini beroperasi menerusi arahan suara Google Assistant selain mendapat navigasi dari maklumat trafik dari Google Maps.
Tidak ketinggalan, tempat duduk pemandu menerima larasan elektrik lapan-hala manakala roda stereng baharu kelihatan sama seperti roda stereng Civic FE.
Kesemua varian Accord ini diberikan kebolehan untuk mengemaskini perisian secara Over the Air (OTA).
Dari segi keselamatan, ia dilengkapi:
• Radar dengan sudut cerapan 120 darjah
• Maklumat titik buta (BSI)
• Bantuan Kesesakan Trafik (TJA)
• Kawalan Jelajah Adaptif dengan Ikutan Kelajuan Perlahan
• Bantuan Pengekalan Laluan (LKAS)
• Pengecaman Isyarat Jalan Raya

Jentera ini menawarkan lapan pilihan warna termasuk tiga warna baharu iaitu Meteorite Gray Metallic, Urban Gray Pearl dan Canyon River Blue Metallic.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC7364
SELANGOR
BSQ8642
JOHOR
JYY8294
PULAU PINANG
PSD1543
PERAK
APJ2704
PAHANG
CFG7958
KEDAH
KGG5430
NEGERI SEMBILAN
NEK6715
KOTA KINABALU
SJS4420
KUCHING
QAB166P
Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Honda City & Accord Kini Dengan Warna Baharu
Honda Malaysia memperkenalkan warna baharu bagi dua buah model iaitu Honda City dan Honda Accord.
11-03-2022
Honda Accord 2020 Gasak Pesaingnya!
Kereta sedan segmen D, Honda Accord yang merupakan model generasi ke-10 kali ini tampil dengan penampilan baharu.
02-09-2021
Kereta Honda Accord | Lebih Pintar daripada apa yang anda jangkakan
Jenama Honda selain dari sedap dibawa, ia lebih pintar daripada apa yang anda jangkakan! Jom tengok review Honda Accord hari ni dengan Caricarz!
27-04-2021
Nak Selamat Daripada Covid? Beli Honda!
Semakin ramai pengeluar kereta muncul dengan idea-idea teknologi baharu bagi mengelakkan penyebaran virus ini.
05-04-2021
Berita Terkini
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut
Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.
12-06-2026
KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih
Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.
12-06-2026
KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k
Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat