ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Toyota Prius Cukup Luar Biasa, Boleh Cas Guna Tenaga Solar

Suhana Veru

Kongsi melalui


Toyota Jepun akhirnya mendedahkan Toyota Prius 2023 generasi kelima semalam yang kini didatangkan dalam dua varian, Plug-in Hybrid (PHEV) dan hibrid HEV. 

Untuk makluman anda, jentera ini menerima beberapa penambahbaikan yang agak ketara dan prestasi pemanduannya adalah berkonsepkan Hybrid Reborn.


Ia dihasilkan berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) generasi kedua. Menyentuh mengenai trenkuasanya, ia memiliki dua rangkaian trenkuasa iaitu varian PHEV menggabungkan enjin empat silinder Dynamic Force 2.0 liter dan memiliki bateri lithium-ion bagi menghasilkan kuasa 220hp.



Varian ini dikatakan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 6.7 saat. 

Apa yang cukup menarik mengenai varian ini ialah ia menawarkan sistem pengecas kedua dimana ia berasaskan solar. 

Ini bermakna, ia membantu menukar tenaga solar kepada elektrik dan mampu menghasilkan kuasa pemanduan sejauh 1,250km setiap tahun.

Dalam pada itu, jarak pemanduan menggunakan kuasa elektrik kini 50 peratus lebih tinggi berbanding model lama.

Sementara itu, Toyota Series Parallel Hybrid System pula digandingkan dengan enjin 1.8 liter dan 2.0 liter dimana ia mampu menghamburkan kuasa sehingga 190hp iaitu 1.6 kali lebih berkuasa berbanding model sebelum ini.


Varian ini pula menampilkan menampilkan sistem pacuan semua roda E-Four. Untuk info, sistem ini memberikan prestasi lebih baik ketika berada pada permukaan jalan geseran rendah dan lebih stabil ketika berada di selekoh.


Dari segi reka bentuknya, ia menampilkan rekaan baharu namun masih mengekalkan siluet signatur monoform Toyota Prius.

Begitupun, jika diamati dengan betul-betul, ia memang saling tidak tumpah seperti model Crown baharu, terutamanya bahagian lampu hadapan LED.

Dikhabarkan, Toyota telah melakukan pembaharuan pada jarak roda jentera ini dimana ia lebih panjang manakala pusat gravitinya lebih rendah.

Ia menggunakan rim aloi bersaiz 19 inci.  


Menyentuh mengenai kabin dalamannya, terdapat paparan infotainmen 12.3 inci yang terapung, bumbung panoramik boleh buka penuh, bahagian papan pemukanya dihiasi dengan warna hitam dan aksen warna bertentangan.


Sementara itu, kluster instrumen pula menggunakan sistem amaran bercahaya Toyota, dimana papan pemukanya akan menunjukkan amaran lampu berkelip sebelum mengeluarkan bunyi jika terdapat objek.

Ia juga sarat dengan ciri-ciri keselamatan kerana dilengkapi dengan Advanced Park yang memudahkan kereta diparkir secara  automatik. 

Apa yang cukup unik ialah kereta ini boleh dikawal masuk atau keluar parkir sendiri biarpun  pemandunya berada di luar kereta.

Terdapat juga kamera monokular depan dan belakang untuk Digital Inner Mirror yang berfungsi sebagai perakam pemanduan dan perekod video dalam kenderaan.

Difahamkan, Model HEV akan dilancarkan pada musim sejuk tahun ini, manakala model PHEV pula dijual pada musim bunga 2023 nantu

Nampaknya Toyota Prius 2023 ini cukup selesa dan sarat dengan teknologi yang canggih.


Apa pula pandangan anda? Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan ini!



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS6830

SELANGOR

BSU2167

JOHOR

JF2454J

PULAU PINANG

PSG1277

PERAK

APL9041

PAHANG

CFH9183

KEDAH

KGJ3437

NEGERI SEMBILAN

NEM1780

KOTA KINABALU

SJU4217

KUCHING

QAB7048P

Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

GIIAS 2024: Toyota Prius Generasi Ke-5 Diperkenalkan – Versi HEV & PHEV

Toyota Prius generasi kelima telah dilancarkan di Indonesia. Apa yang menarik?

18-07-2024
Global

GIIAS 2024: Toyota Prius Generasi Ke-5 Diperkenalkan – Versi HEV & PHEV

Toyota Prius generasi kelima telah dilancarkan di Indonesia. Apa yang menarik?

18-07-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.