Proton Mahu Pasang 60,000 Enjin 1.5 TGDI Pada Tahun Depan

Sebahagian kakitangan Proton yang bekerja di kilang pemasangan enjin di Tanjung Malim, Perak.
Jenama automotif nasional PROTON meraikan pengeluaran enjin 1.5 TGDI yang ke-10,000 di kilang pemasangan enjin di Tanjung Malim, Perak baru-baru ini.

Pencapaian itu berjaya diraih hanya dalam masa selama tujuh bulan selepas unit pertama dikeluarkan pada bulan April tahun ini.

Enjin 1.5 TGDI.
Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Dr Li Chunrong berkata, pada tahun 2023, pihaknya menyasarkan pengeluaran 60,000 enjin, yang akan digunakan untuk beberapa model Proton.
“Barisan enjin baharu PROTON adalah bukti ketabahan dan keazaman pekerja kami untuk mengatasi halanganda mencapai matlamat kami.
“Ia adalah salah satu barisan pemasangan enjin paling maju di Malaysia dengantahap automasi yang tinggi, persekitaran terkawal iklim dan pelbagai gerbang ujian untuk memastikan kualiti pengeluarannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Li Chunrong (tiga dari kiri).
Kilang enjin 1.5 TGDI PROTON adalah sebahagian daripada komitmen syarikat untuk melabur RM1.8 bilion bagi menaik taraf kemudahannya di Tanjung Malim.
Menyingkap sedikit sejarah mengenai perjalanan pembinaan kilang enjin, Proton berkata, setelah membuat keputusan untuk membina barisan pemasangan baharu di Tanjung Malim, pembinaan dan penghantaran komponen telah ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.
Apapun, keputusan telah dibuat untuk menuju ke hadapan sementara negara menjalani perintah kawalan pergerakan.
Malah,, pelan pengembangan operasi itu selaras dengan teras strategik pertama program DRB-HICOM Automotive High Technology Valley (AHTV) yang bertujuan memaksimumkan aktiviti pembuatan di rantau ini.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kepada Pelanggan Proton, Jangan Lepaskan Peluang Sertai Kempen "My PROTON, My New Ride"
Proton sedang mengadakan kempen baharu, “My PROTON, My New Ride.
18-03-2022
Nak Beli Kereta? Kereta Apa Yang Anda Boleh Dapat Dalam Harga RM50K Hingga RM60K!
Sekiranya anda mempunyai bajet sekitar RM50,000 hingga RM60,000, adakah anda sanggup untuk membelanjakan wang berkenaan untuk membeli kereta baharu atau kereta terpakai? Berdasarkan penyelidikan kami di caricarz.com, di sini terdapat beberapa model kereta yang memenuhi anggaran harga itu.
27-05-2021
Lebih RM200 Juta Dilabur, Besarkan Kilang Proton di Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (PROTON) telah memulakan kerja-kerja proses pembesaran kilang pengeluarannya yang terletak di Tanjung Malim, Perak semalam. Satu majlis pecah tanah diadakan di kilang penghentakan baharu yang dikatakan akan bersama dengan barisan pengeluaran yang sedia ada.
23-04-2021
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


