- Berita
- Kereta Baru
- Lamborghini Hurácan Tecnica Dilancarkan Di Malaysia, Lebih Hebat Dari Huracan EVO RWD? Harga Dari RM1.05 Juta
Lamborghini Hurácan Tecnica Dilancarkan Di Malaysia, Lebih Hebat Dari Huracan EVO RWD? Harga Dari RM1.05 Juta
Pengeluar kereta sport mewah dari Sant'Agata Bolognese, Lamborghini hari ini melancarkan secara rasmi kedatangan Huracán baharu iaitu sebuah jentera yang dinamakan Hurácan Tecnica pada harga RM 1.05 juta, sebelum aksesori, duti, cukai dan kos atas jalan. Model ini dibangunkan supaya berkebolehan untuk memberikan prestasi hebat di atas jalan raya mahupun di litar lumba.
PRESTASI LAMBORGHINI HURACÁN TECNICA
Lamborghini Hurácan Tecnica dikuasakan oleh enjin 5.2-liter V10 dengan output kuasa 631 hp dan 565 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda belakang melalui transmisi klac berkembar tujuh kelajuan. Ia boleh melakukan pecutan daripada 0-100 km/j dalam masa sepantas 3.2 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 325 km/j. Pencapaian masa ini adalah lebih baik berbanding Huracan EVO RWD yang mencatatkan masa 3.3 saat.
Tampil dengan sistem Lamborghini Dinamica Veicolo Integrata (LDVI) yang memberikan fleksibiliti kepada pemandu untuk mengubah beberapa tetapan kereta seperti kawalan cengkaman, pemvektoran tork dan sistem stereng gandar belakang.
Ia turut hadir dengan pilihan mod pemanduan Strada, Sport dan Corsa. Bagi kegunaan biasa, mod yang sesuai digunakan ialah Strada yang juga dalam bahasa Itali membawa maksud ‘jalan.’ Dalam mod ini, enjin dan transmisi kereta berada pada tahap sederhana untuk memudahkan kawalan.
Mod Sport boleh digunakan bagi meningkatkan tahap gelinciran Performance Traction Control System (P-TCS) yang mendorong oversteer dari stereng roda belakang atau rear-wheel steering). Dalam mod ini juga, trenkuasa menjadi lebih responsif bagi memaksimumkan keseronokan pemanduan. Mod terakhir, Corsa, memaksimumkan kesemua tetapan kereta pada tahap tertinggi untuk kuasa terhebat di litar.
BAHAGIAN LUAR LAMBORGHINI HURACÁN TECNICA
Bahagian luar Hurácan Tecnica diberikan perhatian mendalam oleh pereka-pereka Lamborghini agar jentera dapat merealisasikan kehebatan sebenar jentera. Ini dicapai dengan penggunaan tirai udara baharu dan splitter yang berfungsi untuk menghalakan udara ke arah roda sekaligus meningkatkan daya kestabilan atau downforce dan bagi membantu penyejukan kereta. Pada bahagian tayar, jentera menggunakan rim Damiso bersaiz 20 inci yang diilhamkan daripada Vision GT.
Bergerak ke sudut belakang, Lamborghini menggunakan hud gentian karbon sebagai pelindung enjin. Terdapat juga spoiler kekal untuk meningkatkan daya kestabilan (downforce) sehingga 35 peratus lebih tinggi berbanding Huracan EVO RWD.
Dalam masa yang sama, model kali ini turut tampil dengan beberapa ciri baharu seperti motif Y yang dapat dilihat pada bampar jentera iaitu di bawah unit lampu hadapan. Cermin sisi kereta juga direka semula untuk menyamai gaya Essenza SCV12.
Dihasilkan menggunakan bahan ringan, Hurácan Tecnica hanyalah berkeberatan sekitar 1,379 kg, lebih ringan daripada Huracan EVO RWD (1,389 kg) dan model STO (1,339 kg).
“Reka bentuk Huracán Tecnica adalah mengenai kecekapan, prestasi dan kejuruteraan ringan.” – Lamborghini
BAHAGIAN DALAM LAMBORGHINI HURACÁN TECNICA
Ruang kokpit Lamborghini Hurácan Tecnica juga diberikan perincian mendalam dengan penggunaan material berkualiti tinggi pada segenap ruang kereta. Untuk keselesaan pemandu pula, ketinggian tempat duduk kereta boleh dilaraskan.
Pada bahagian tengah, terdapat sistem infotainmen yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay, Android Auto dan Amazon Alexa. Perisian kereta boleh dikemaskini secara OTA atau over-the-air.
CIRI KESELAMATAN LAMBORGHINI HURACÁN TECNICA
Lamborghini Hurácan Tecnica dilengkapkan dengan ciri keselamatan amaran geobatas atau geofencing, amaran kelajuan, amaran curfew dan amaran valet. Turut disediakan ialah ciri Car Finder dan laporan status kenderaan.
HARGA LAMBORGHINI HURACÁN TECNICA
Lamborghini Hurácan Tecnica ditawarkan pada harga bermula daripada RM 1.05 juta, sebelum aksesori, duti, cukai dan kos atas jalan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPK5916
SELANGOR
BSG3867
JOHOR
JYD4513
PULAU PINANG
PRS4719
PERAK
ANX8715
PAHANG
CFC6582
KEDAH
KGB4190
NEGERI SEMBILAN
NEG4849
KOTA KINABALU
SJL7536
KUCHING
QAB6973L
Terakhir Kemas Kini 19 Jul, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.21
+0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.91
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.11
+0.03
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2025
Berita Berkaitan
LOM Cipta Rekod Baharu MBR, Kumpul 112 Lamborghini
Pemilik Lamborghini Malaysia (LOM) berjaya mencipta rekod baharu Malaysia Malaysian Book of Records dengan mengumpulkan sebanyak 112 kenderaan Lamborghini baru-baru ini.
13-06-2022
Lamborghini Urus- Super SUV Paling Dikehendaki Pada 2021
SUV itu adalah antara model paling laris dalam sejarah syarikat mewah itu.
11-02-2022
Lamborghini Huracan Diangkat Dengan Menggunakan Kren Sempena Pelancaran Supercar VIP Lounge!
Orang ramai kelihatan teruja selepas menyaksikan sebuah kren mengangkat sebuah Lamborghini Huracan sehingga tingkat tiga sebuah kompleks hiburan, The Hive di Skegness, London.
29-06-2021
Pusat Vaksin Itu Dibuka Di Sant’Agata Bolognese, Itali
Automobili Lamborghini yang prihatin dengan pekerjanya membuat keputusan luar biasa apabila ia melancarkan pusat vaksin untuk pekerjanya buat julung kalinya kelmarin.
25-06-2021
Lamborghini Mahu Jadi Kereta Mesra Alam, Sanggup Belanja Berbilion Dollar!
Pengeluar kereta mewah dari Itali, Lamborghini mengumumkan pelaburan sebanyak AS$1.8 bilion (RM7.4 bilion) iaitu sebahagian daripada rancangannya untuk beralih kepada tenaga elektrik bagi keluaran supercar miliknya.
09-06-2021
Berita Terkini
Jaecoo J8 Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM178,800
Omoda | Jaecoo Malaysia melancarkan secara rasminya, Jaecoo J8 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
18-07-2025
Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900
Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan.
17-07-2025
Lamborghini Temerario Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM1.3 Juta, Cecah 907 HP
Lamborghini Kuala Lumpur hari ini secara rasmi melancarkan kenderaan elektrik berprestasi tinggi (HPEV), Lamborghini Temerario.
15-07-2025
Bakal Dilancar! BYD Atto 2 Masuk Malaysia
BYD Cars Malaysia mengesahkan bahawa BYD Atto 2 akan tiba ke pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.
14-07-2025
Chery Tiggo Cross Dilancar, Ada 2 Varian, Harga TAK Sampai RM100,000
Chery Tiggo Cross akhirnya dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.
09-07-2025
Dilancar: MG Cyberster RWD Cukup Bergaya, 340 PS, Boleh Gerak Sejauh 508 KM, Harga Cuma RM299,900
MG Motor Malaysia melancarkan varian baharu bagi kereta sport elektrik, MG Cyberster RWD baru-baru ini.
09-07-2025
Proton X50 Facelift 2025 Kini Boleh Ditempah – Rebat RM1,000, Kad TnG Percuma
Proton secara rasmi membuka tempahan untuk model baharu X50 selepas acara pratonton penuh tenaga bertemakan “Ready to Roar” yang diadakan di Setia City Mall.
06-07-2025
Harga BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 Diumumkan – CKD, Dari RM218,800
BMW Group Malaysia telah mengumumkan harga runcit rasmi bagi model baharu BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 yang kini dipasang secara tempatan (CKD).
04-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat