VW Sediakan 25K Pengecas EV Di Seluruh Dunia Tahun Ini, Bagaimana Dengan Malaysia?

Pada penghujung tahun lalu, Volkswagen Group telah mengumumkan perancangan untuk menyediakan sebanyak 45,000 pengecas EV menjelang tahun 2025. Setakat ini, syarikat pengeluar kereta Jerman itu telah berjaya mewujudkan hampir lebih satu pertiga atau kira-kira 15,000 pengecas daripada sasaran yang ditetapkan.
Daripada kesemua 45,000 pengecas tersebut, 10,000 daripadanya disediakan di Amerika Utara, 18,000 di Eropah dan 17,000 di China.

Pemasangan EV di Amerika Syarikat dijalankan di bawah Electrify America (EA). Berdasarkan laman sesawang EA, kini, syarikat tersebut memiliki 3,551 pengecas pantas dan Tahap 2 EV yang telah beroperasi, sementara 90 unit akan tersedia tidak lama lagi. Ini bermakna, masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat pemasangan 10,000 pengecas.
Di Eropah, penyediaan pengecas EV dilaksanakan oleh IONITY, syarikat usaha sama antara Audi, Volkswagen Passenger Cars dan Porsche. Tahun lalu, VW turut mengumumkan kerjasama dengan syarikat Enel X Way bagi melancarkan syarikat pemasangan pengecas, Ewiva di Itali. Selain itu, Volkswagen juga akan melakukan pemasangan pengecas pantas dengan kerjasama BP dan Iberdola. Dengan BP, syarikat menyasarkan pemasangan kira-kira 8,000 pengecas pantas di seluruh benua Eropah. Melalui kerjasama dengan Iberdrola pula, VW akan menyediakan kemudahan ini di laluan-laluan utama di serata Sepanyol.
Naib Presiden Kanan Pengecasan & Tenaga, Elke Temme berkata, “Matlamat kami adalah untuk menjadikan mobiliti elektrik mudah diakses oleh semua. Kejayaan yang berjaya kami capai dengan rakan kongsi kami menghantar satu mesej yang jelas: Kami menggunakan strategi yang betul. Bersama-sama, kita boleh mencipta mobiliti masa depan yang mampan dan boleh diakses.”
PENGECAS EV VOLKSWAGEN DI MALAYSIA
Setakat ini, model elektrik Volkswagen masih lagi belum mula dipasarkan di Malaysia. Namun, pada bulan Oktober tahun lalu, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mempertontonkan EV Volkswagen ID.4 kepada umum sewaktu Volkswagen Fest 2022.
![]()
Bila EV ini akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia? Masih belum diumumkan syarikat namun, Pengarah Urusannya, Erik Winter berkata, “Kami sedang melakukan yang terbaik untuk memperkenalkan BEV di Malaysia.”
Oleh itu, untuk menjawab sama ada pengecas EV Volkswagen akan tiba di negara kita, berkemungkinan besar tidak sehingga Volkswagen mula menawarkan EV untuk pasaran tempatan.
Sumber: Volkswagen
Baca: EV Volkswagen ID.4 Dipertontonkan Pertama Kali Di Malaysia, Ini Spesifikasinya...
Baca: Laporan: Model R Volkswagen Elektrik Sepenuhnya Menjelang 2030
Baca: VW Reka Kerusi Pejabat Canggih, Boleh Gerak Selaju 20km/j
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7360
SELANGOR
BSU9305
JOHOR
JH1733J
PULAU PINANG
PSH2985
PERAK
APM7928
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7458
NEGERI SEMBILAN
NEM5428
KOTA KINABALU
SJV1074
KUCHING
QAB9647P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Volkswagen Bakal Buat Kejutan, Ada RANCANGAN Besar!
VPCM mempunya rancangan yang cukup besar untuk tahun ini.
13-03-2024
Akan Buang 10K Pekerja, AI Jadi Pengganti Syarikat Pembekal Komponen Tesla & VW Ini
Sebuah syarikat pembekal automotif dari Perancis, telah mengumumkan rancangan untuk menghentikan sebanyak 10,000 kakitangan.
26-02-2024
Foto VW Golf R Mk 8.5 Didedahkan – Bakal Diperkenal Pertengahan 2024
Apa yang boleh kita jangkakan daripada Golf R? Foto-foto yang dikongsikan oleh syarikat automotif Jerman ini mendedahkan sesuatu...
29-01-2024
Jualan Kereta VW Cecah 9.24 Juta Dalam Setahun
Pengeluar kereta Jerman Volkswagen menjadi bualan hangat di laman X gara-gara jualan keretanya mencecah 9.24 juta pada tahun lalu.
15-01-2024
Volkswagen Golf R 333 Edisi Terhad, Hanya 333 Unit Ditawarkan!
Volkswagen akhirnya memperkenalkan Volkswagen Golf R 333 yang hanya dikeluarkan sebanyak 333 unit.
02-06-2023
BYD Pintas Volkswagen Lebih Awal Dari Jangkaan! Kini Jenama Terlaris di China
BYD telah berjaya mendahului Volkswagen sebagai jenama kereta terlaris di China buat pertama kalinya.
02-05-2023
Berita Terkini
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge