ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Perodua Axia 2023: Kereta 3-in-1? Betul Ke?

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sebaik membuka tirai 2023, Perodua memberi peluang kepada rakan media untuk melakukan pandu uji  Perodua Axia 2023  di sekitar Sepang, tengah hari semalam.

Menurut pegawai perhubungan awamnya, kali ini pihaknya tidak memilih untuk melakukan ujian pandu uji di kilangnya yang terletak di Rawang sebaliknya memilih laluan sejauh 8 kilometer berhampiran Hotel Movenpick, Sepang.


Ketika tiba di Hotel Movenpick, penulis tertarik dengan barisan Perodua AXIA 2023 dimana sebahagian bawahnya  disalut dengan pelekat penyamaran memandangkan ia masih belum dilancarkan rasmi lagi.

Menurut Perodua, ia akan dilancarkan secara rasmi pada 14 Februari nanti.


Jadi, jika anda ingin melihat rupa paras yang sebenar, anda perlu menunggu beberapa hari lagi.

Apapun, penulis tidak melepaskan peluang untuk rebiu jentera comel ini walaupun kami cuma diberikan masa selama 10 minit untuk merasai pemanduan yang sebenar.

Sebaik melangkah masuk ke bahagian tempat pemandu, saya cukup teruja dengan Axia baharu ini kerana ia bukan sahaja lebar dan lebih panjang malah ruang kepala dan kaki cukup selesa.

Secara faktanya, ia lebih besar berbanding Axia lama tetapi kecil sedikit daripada Myvi. Pendek kata, ia berada di tengah-tengah antara Axia lama dan Myvi.

Apa yang cukup menarik ialah terdapat stereng pelarasan condong dan pelarasan kedudukan memandu yang jauh lebih baik berbanding Axia lama.


Sedikit info mengenai Axia 2023, ia sebenarnya  didatangkan dengan empat pilihan varian iaitu, Axia G, S,  SE dan AV.

Seperti sedia maklum, harga jualannya bermula dari RM38,600 untuk Axia G, RM40,000 untuk Axia X, RM44,000 untuk Axia SE dan RM49,500 untuk Axia AV; semuanya harga atas jalan tidak termasuk insuran.

Axia kali ini merupakan model ketiga yang dibangunkan di  atas platform DNGA selepas Ativa dan Alza. Sebab itu, Perodua begitu yakin ia akan memberikan pemanduan yang cukup mengujakan buat si pemiliknya.

Berbalik kepada rebiu, penulis menerima varian AV untuk melakukan pandu uji berkenaan bersama co-pilot Perodua.


Menurutnya, model varian tertinggi ini dilengkapi dengan  paparan instrumen digital penuh dengan skrin TFT 7.0-inci.

Di saat pencerahannya, mata saya meleret ke arah  grafik visual yang menampilkan meter rpm berbentuk “gegelang 3D” selain skrin infotainmennya bersaiz 9.0-inci. Ia kelihatan agak moden.

Saya cukup tertarik dengan susun atur papan pemukanya yang agak moden kerana skrin di bahagian tengah dipasang secara senget yang menghala kepada pemandunya.

Ia mungkin mahu memudahkan pemandunya untuk membelek skrin sembilan inci itu.

Bagi saya, Axia 2023 ini boleh dikatakan agak mewah. Maka tidak hairanlah mengapa ia agak mahal sedikit.

Mengenai tempat duduknya, percaya atau tidak, ia hadir dengan tempat duduk “semi-bucket” di hadapan dan terdapat juga perehat kepala boleh laras di belakang.

Difahamkan, varian AV yang diberikan upholsteri separa kulit dua tona. Menjengah bahagian luarannya, tidak banyak yang boleh dijelaskan namun apa yang pasti ia menggunakan lampu hadapan LED.


CIRI KESELAMATAN.

Bagi sesiapa yang menempah Axia baharu ini, saya menganggap anda sebenarnya telah membuat keputusan bijak!

Apa tidaknya, jentera comel ini sebenarnya dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan yang agak canggih.

Jangan terkejut!

Antaranya, ada Bantuan Suluhan Tinggi Automatik (AHB), Amaran dan Pengelakan Keluar Lorong, Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) dan enam beg udara.

Sebaliknya, ia tidak akan menerima sistem pemanduan adaptif.

PANDU UJI

Memandangkan ia adalah kereta pandu uji, saya cuma menekan  pedal minyak secara perlahan-lahan, pada masa itu saya sudah kedengaran bunyi enjinnya agak kasar.


Namun saya mendapati transmisinya  jauh lebih lancar berbanding model sebelum ini. 

Untuk makluman anda, model ini masih dibekalkan enjin 1KR-VE 1.0 liter tiga-silinder VVT. Ia dikatakan mampu menghasilkan kuasa 67 hp dan tork maksima 91 Nm

Berbalik kepada pandu uji, saya mendapati pemanduannya agak lancar ketika melakukan perjalanan jauh dan kabinnya agak senyap ketika saya memandu pada kelajuan kelajuan tinggi.

Penukaran gearnya agak mudah terutama buat golongan wanita.

Selain itu, ketika saya tiba di beberapa selekoh sebelum kawasan bulatan, saya dapat merasakan ia cukup stabil dan sterengnya mudah dikawal.

Sebagai mak-mak, saya menganggap kereta ini memang sesuai untuk golongan wanita dan juga yang sudah bergelar ibu.

Bukan apa, ia mudah dibawa dan saiznya yang comel membuatkan anda tidak perlu pening untuk meletakkan di kawasan parkir.

Bagi saya,  Ia seolah-olah kereta 3 in-1 . Ini kerana anda boleh menggunakan untuk kegunan harian, menghantar anak ke sekolah dan ia mampu melakukan perjalanan jauh.

Malah menurut Perodua,  Axia 2023 menawarkan kadar penggunaan bahan api yang lebih jimat, dan mereka mendakwa satu liter petrol membolehkan Axia 2023 berjalan sejauh 23.2 km (4.31 liter/100 km).

Fuhh jimat sungguh!

Selepas selesai melakukan ujian pandu uji, saya akur dengan kata-kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif  Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad.

We are not selling cheap cars. We are selling cost-optimised cars,” ujarnya.

Apapun, penulis tidak dapat komen selanjutnya mengenai reviu ini dengan lebih mendalam kerana pandu uji kali ini adalah cukup singkat.

Apapun tunggu ulasan lebih mendalam lagi mengenai Axia 2023 sebaik ia dilancarkan nanti!



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQR2265

SELANGOR

BSN4792

JOHOR

JYT4741

PULAU PINANG

PSA6781

PERAK

APG1484

PAHANG

CFF8543

KEDAH

KGE8425

NEGERI SEMBILAN

NEJ8190

KOTA KINABALU

SJQ8840

KUCHING

QAB4319N

Terakhir Kemas Kini 25 Mar, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Terkini

Pandu Uji
Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.

17-12-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"

Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"

Penulis berpeluang memandu uji Perodua QV-E di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.

01-12-2025
Pandu Uji
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025
Pandu Uji
Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).

04-11-2025
Pandu Uji
Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5:  EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.

17-10-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.

14-10-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.

13-10-2025
Pandu Uji
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.

22-09-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.