ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Toyota GR Corolla, Toyota GR Supra Manual, GR 86 Kini Rasmi Di M'sia!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini telah melancarkan secara rasmi tiga model berprestasi tinggi iaitu  Toyota GR Supra manual, Toyota GR 86, Toyota GR Corolla.


Dengan slogan “The Beast Awaken” model kereta berprestasi tinggi Toyota kini mengaum di Malaysia setelah ‘dilepaskan dari sangkar’. Dalam majlis pelancaran besar-besaran yang diadakan di Sepang itu, Toyota mempamerkan kesemua ‘raksasa’ GR tersebut untuk tatapan. 


TOYOTA GR COROLLA




Model ini telah memasuki pasaran ASEAN secara rasmi selepas dilancarkan di negara Thailand semasa Thailand International Motor Expo 2022 November lalu. Kini, tiba giliran negara kita menerima kedatangannya. Model yang menggunakan enjin 1.6L 3 silinder turbo dengan transmisi manual pintar (i-MT) enam kelajuan, ia boleh mencapai output hp/Nm. Ia dapat melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.3 saat dan mencapai kelajuan tertinggi pada 230 km/j.




Model ini dijual pada harga RM355,000, harga atas jalan, tanpa insurans.


TOYOTA GR SUPRA MANUAL




Toyota GR Supra versi manual ini telah dilancarkan di peringkat global pada bulan April tahun lalu. Menggunakan enjin 3.0L enam silinder sebaris bersama transmisi manual enam kelajuan, ia boleh mencapai output 383 hp/500 Nm. 


Ia dapat melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.4 saat dan mencapai kelajuan tertinggi pada 250 km/j. Versi automatik boleh melakukan pecutan dalam masa 4.1 saat, lebih pantas 0.3 saat.




Harga jualan bagi versi manual ialah RM645,000, sementara versi automatik pula RM655,000, harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tanpa insurans.


TOYOTA GR 86 


Toyota GR 86 yang mula dijual di Jepun pada Oktober 2021 ini dikuasakan oleh enjin Boxer 2.4L empat silinder, kuasa disalurkan kepada roda belakang melalui transmisi enam kelajuan dalam pilihan manual atau automatik. Output maksimumnya ialah  234 hp/250 Nm. 




Dalam versi manual ia mampu melakukan pecutan abad dalam masa hanya 6.3 saat, dan mencapai kelajuan maksima 226 km/j. Sementara itu, model automatik pula boleh memecut 0-100 km/j dalam masa 6.8 saat dengan kelajuan tertinggi 216 km/j.




Harga jualannya ialah RM295,000 untuk versi manual dan RM305,000 untuk versi automatik, harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tanpa insurans.


Dalam majlis yang sama, Toyota turut memperlihatkan Hilux dan Corolla Cross yang diberikan gaya lebih sporty dalam versi GR Sport.


Apa pendapat anda mengenai kesemua model baharu yang dilancarkan Toyota ini? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah. Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook bagi mendapatkan berita terkini. 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR4847

SELANGOR

BST9750

JOHOR

JE7453J

PULAU PINANG

PSF8114

PERAK

APL6982

PAHANG

CFH8339

KEDAH

KGJ2431

NEGERI SEMBILAN

NEM429

KOTA KINABALU

SJU2714

KUCHING

QAB6237P

Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

06-12-2022
Global

03-11-2022
Berita Auto

27-10-2022
Global
Berita Auto

Toyota 86 Tak Cukup Bagus? GR 86 Adalah Penyelesaiannya!

GR 86 telah diperkenalkan kepada orang ramai secara dalam talian semasa acara TOYOTA GAZOO Racing (TGR).

03-05-2021
Global

06-01-2025
Global

20-09-2024
Pandu Uji

02-07-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.