ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BMW X7 XDrive Pure Excellence, Mewah, Sarat Dengan Teknologi Canggih, Maka Harga Pun Boleh Tahan

Suhana Veru

Kongsi melalui


BMW Malaysia melancarkan Sports Activity Vehicle (SAV) terbesar mereka, BMW X7 xDrive40i Pure Excellence baru-baru ini.

Ia yang terkenal dengan jolokan "The President" kini tampil dengan keupayaan digitalisasi dan unsur rekaan yang cukup hebat.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, pihaknya amat menitiberatkan aspek kemewahan, 

“Jadi, mengikut peredaran masa, kami memperhalusi erti kemewahan yang mendefinisikan portfolio kenderaan yang tercanggih.

“Untuk itu,  BMW X7 membuktikan kenyataan ini sekali gus menonjolkan kemewahan selain  membekalkan prestasi, estetika dan juga keupayaan pemanduan yang mengagumkan,” katanya dalam satu kenyataan.


Untuk makluman anda,  jentera ini sudah dinaiktaraf dengan enjin petrol bersama sistem mild-hibrid 48V.

Ia disumbat dengan enjin B58 3.0 liter 6 silinder turbo dan dipadankan dengan tranmisi Steptronic Sport lapan kelajuan bersama pacuan semua roda xDrive.

Selain itu, ia menampilkan sistem mild-hibrid 48V dan kini ia didatakan dengan motor elektrik dimana ia mampu menghasilkan  12 hp dan 200 Nm.

Apa yang cukup menarik ialah  gabungan enjin bersama sistem mild-hibrid itu pula mampu menghamburkan kuasa setinggi  375 hp dan 540 Nm.


Berdasarkan atas kertas, ia mampu memecut dari 0 ke 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 5.8 saat manakala kelajuan tertinggi pula setakat 250 kmj.


Luaran:

Menjengah bahagian luarannya, ia dipadankan dengan set lampu hadapan LED di mana jalur lampu di atas menempatkan lampu DRL LED serta lampu isyarat membelok dan unit lampu utama pada bahagian bawah.

Ia juga digandingkan dengan rekaan gril “kidney” bersaiz besar bersama elemen krom. 

Dari sisi pula,  terdapat siluet BMW X7 yang terbaharu yang disambungkan dengan rel bumbung dan apa yang pasti ia dipadankan dengan set roda aloi ringan yang cukup menawan.


Di belakang pula, lampu belakang didatangkan dengan lampu tiga dimensi sekali gus  membawakan tata atur grafik internal yang serba baharu dan terdapat k posisi baharu bagi lampu mengundur. 

Satu lagi ciri yang baharu ialah jalur krom berlitup kaca yang menghubungkan kedua-dua lampu belakang dimana ia  menambah efek kelebaran SAV mewah ini. 

Kabin:

Menyentuh mengenai bahagian dalamannya,  ia menampilkan skrin melengkung BMW Curved Display bersama skrin paparan info 12.3 inci.


Terdapat juga skrin  tengah  bersaiz 14.9 inci yang bertujuan untuk  memberikan pengalaman pemanduan yang selesa.

Bahagian dalamannya dilihat cukup mewah kerana ia dihiasi dengan trim kayu halus “Lindenwood Fineline” manakala, sterengnya pula sport berkulit dan Material Bumbung M “Alcantara” antrasit.

Jalur cahaya ambien di bawah kemasan trim interior menjadi satu lagi tarikan visual dalam BMW X7 baharu. 

Ia mempunyai pencahayaan latar dan menambah efek dimensi dengan ciri hablur dan struktur prismatiknya. 

Tidak ketinggalan, BMW X7 terbaharu ini juga membawakan BMW Live Cockpit Plus dengan Paparan Informasi dan Paparan Kawalan sentuh yang boleh disuai. Semestinya, BMW X7 baharu juga lengkap dengan Sistem Operasi BMW 8 yang terkini.

Mengenai tempat duduknya, ia didatangkan dengan konfigurasi enam tempat duduk, dimana barisan keduanya dilengkapi dengan dua tempat duduk pilot yang dibalut upholsteri Sensafin.


Malah,  bumbung kaca panoramik bersaiz besar menjadikan ruang interior kenderaan ini tampak lebih cerah dan luas. 


Dari segi kapasiti muatan pula, BMW X7 baharu menawarkan ruang but berkeluasan sehingga 750 liter dengan tempat duduk baris ketiganya dilipat.

Ciri-ciri keselamatan

Dari segi pemanduan, BMW X7 xDrive40i Pure Excellence didatangkan standard dengan Parking Assistant Professional, Driving Assistant dan Reversing Assistant Professional yang merekodkan perjalanan terakhir sejauh 200 meter.

Dari segi keselamatan pula, ia dilengkapi dengan bantuan keselamatan Amaran Keluar Lorong (dengan intervensi stereng aktif), Amaran Penukaran Lorong dan Amaran Pelanggaran Hadapan (dengan intervensi brek).

Ia turut hadir dengan Amaran Lintaran Trafik Belakang, Amaran Pelanggaran Belakang, Informasi Had Kelajuan dan Bantuan Had Kelajuan (manual).

Jentera ini didatangkan dengan warna Sparkling Copper Grey Metallic, Blue Ridge Mountain Metallic, Skyscraper Grey Metallic, Mineral White Metallic, dan Black Sapphire Metallic.


Bagi bahagian dalam, upholsteri Sensafin itu ditawarkan dengan tona warna Sensafin Black dan Sensafin Cognac.

Harga bagi BMW X7 xDrive40i Pure Excellence bermula dari RM654,800 atas jalan tanpa insurans.

Ia lengkap bersama penawaran BMW Group Malaysia Premium Ownership yang merangkumi, jaminan tanpa had perbatuan lima tahun dengan program servis berjadual percuma, bantuan tepi jalan dan talian Hotline Kemalangan BMW, BMW Group Loyalty+ Mobile App dan BMW Service Online.


Sehubungan itu, para pelanggan boleh menghubungi wakil pengedar BMW pilihan atau melayari shop.bmw.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai BMW X7 xDrive40i Pure Excellence baharu.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRE5834

SELANGOR

BSR3247

JOHOR

JYB7162

PULAU PINANG

PSD4735

PERAK

APJ5421

PAHANG

CFG9541

KEDAH

KGG7895

NEGERI SEMBILAN

NEK7927

KOTA KINABALU

SJS7792

KUCHING

QAB1307P

Terakhir Kemas Kini 01 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

07-05-2021
Kereta Baru

15-01-2026
Kereta Baru

15-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Kereta Baru

15-01-2026
Berita Auto

02-12-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026
Kereta Baru

Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800

Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.

23-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja

Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.

16-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS

Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.

15-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.

12-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.