ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Nissan Leaf Dilancar, Harga RM168,888, Ada Program Langganan

Suhana Veru

Kongsi melalui


Edaran Tan Chong Motor (ETCM) secara rasminya melancarkan Nissan Leaf facelift 2023 ke pasaran Malaysia sebentar tadi.

Ia yang diimport (CBU) dari Jepun ditawarkan pada harga RM 168,888. Bagi pasaran Malaysia, Nissan Leaf facelift 2023 ini hanya ditawarkan dengan varian tunggal.

Model baharu ini merupakan versi dipertingkatkan daripada generasi kedua sejak ia diperkenalkan pada tahun 2019.


Ia dilengkapi dengan ciri baharu yang boleh meningkatkan keterujaan dan keseronokan semasa memandu di zaman elektrikfikasi ini.

Mengenai jentera ini, ia dikuasakan dengan bateri lithium-ion 40 kWh dimana ia mampu mencapai kuasa sehingga 148 hp dan tork 320 Nm.

Menyentuh mengenai daya pecutannya pula ia dikatakan mampu memecut  dari 0-100 kilometer sejakm (km/j) dalam 7.9 saat serta mampu mencapai kelajuan maksimum cecah 155 km/j.


Dengan sekali cas, ia sudah mampu bergerak sejauh 311 km dalam kitaran ujian NEDC.

Jarak ini dilihat lebih daripada mencukupi untuk kegunaan kebanyakan pemandu Malaysia di bandar mahupun di kawasan kampung.


Dari segi pengecasan pula, port pengecas boleh  menerima dua jenis penyambung iaitu Type 1 (pengecas AC dengan kadar cas maksima 6.6 kW) dan CHAdeMO (pengecas DC pantas dengan kadar cas maksima 50 kW dalam masa sekitar 60 minit).

Bagi melakukan pengecasan, kedua-dua soket yang disebutkan tadi boleh diletakkan di hadapan kereta ini.

LUARAN:

Untuk tahun 2023, reka bentuk Nissan LEAF telah dipertingkatkan dengan gril hadapan aero hitam dan terdapat logo Nissan baharu untuk mempertingkatkan identiti jenama tersendiri. 

Lampu hadapan disepadukan dengan lampu nyalaan siang hari  jenis LED serta menampilkan kemasan dalaman berwarna hitam untuk penampilan yang lebih bergaya.

Jika diamati dengan teliti, bampar hadapannya juga telah direka semula manakalan bahagian belakang pula, Aero Spoiler diberi reka bentuk baharu dengan prestasi aerodinamik yang dipertingkatkan.


Sementara itu, diffuser panel di bawah bampar pula dilengkapi dengan kemasan kelabu selain jentera ini dipadangkan dengan rim aloi 17 inci bagi menampakkan ia lebih  bergaya dan sporty.

Demi mengukuhkan kesan visual bumbung terapung, Nissan LEAF ditawarkan dengan kemasan luaran eksklusif dengan bumbung Super Black dan pelanggan ditawarkan 7 pilihan warna menarik.


Antaranya, Stealth Grey, Opera Mauve, Akatsuki Sunrise Copper, Burgundy, Vivid Blue, Pure White Pearl or Midnight Black. manakala warna dalaman untuk upholsteri kulit pula didatangkan dalam Graphite Black atau Stone Grey.

DALAMAN:

Menjenguk bahagian dalamannya, Nissan nampaknya menawarkan skrin sesentuh infotainmen lapan-inci baharu dengan fungsi Apple CarPlay, Android Auto, Bluetooth dan pengesan suara.


Selain itu, jentera ini juga dilengkapi dengan  cermin pandangan belakang pintar dan menerima balutan kulit Alcantara.

Malah, terdapat juga pendingin hawa automatik dengan fungsi pemasa (timer), kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin.


Bukan itu sahaja kabin kabin Nissan LEAF mampu memuatkan lima orang dengan selesa, dan suasana yang senyap dalam kabin merupakan salah satu kelebihan kenderaan 100% elektrik.

Pembahagian 60/40 pada tempat duduk belakang membolehkan ruang kargo seluas 435 liter, merupakan ruang kabin terbesar dalam kelasnya. 

Untuk ruang yang lebih banyak, anda boleh merebahkan kerusi belakang dan ruang butnya boleh menjadi seluas 1,175 liter. 

Dalam konfigurasi ini, basikal bersaiz penuh pun boleh dibawa tanpa menanggalkan roda.

CIRI-CIRI KESELAMATAN:

Untuk makluman anda, Nissan Leaf ini dilengkapi dengan Nissan Intelligent Mobility (NIM).

Bagi yang tidak tahu mengenai NIM, ia merupakan bahagian penting bagi semua model Nissan.

Ia diperkenalkanDiperkenalkan sejak 13 tahun lalu pada generasi pertama Nissan LEAF, NIM ialah rangkaian teknologi bersepadu yang bukan sahaja boleh meningkatkan  keselamatan tetapi  keselesaan dan kawalan semasa memandu.


NIM terdiri daripada tiga aspek utama iaitu:

  1. Intelligent Driving (Pemanduan Pintar).
  2. Intelligent Power (Kuasa Pintar).
  3. Intelligent Integration (Integrasi Pintar).

Difahamkan, Nissan LEAF 2023 telah dipertingkatkan ciri keselamatan baharu, iaitu Intervensi Penukaran Laluan Pintar,  amaran pertukaran lorong, Bantuan Suluh Tinggi.

Tidak ketinggalan ialah enam beg udara, amaran pertukaran lorong, brek kecemasan pintar, amaran titik buta, pengesanan papan tanda trafik, amaran lintasan trafik di belakang, peninjau pintar 360-darjah, Bantuan Brek dan Bantuan Mula Mendaki.

PENARAFAN 5-BINTANG

Apa yang cukup menarik ialah Nissan LEAF baharu ini telah pun menerima penarafan keselamatan 5-bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu Jepun (JNCAP). 

Ini merupakan penarafan tertinggi untuk penilaian termasuk ujian perlanggaran kenderaan serta prestasi pelbagai sistem keselamatan aktif. 

Selain itu, Nissan LEAF juga lulus dalam ujian perlindungan kejutan elektrik JNCAP yang mengukur aspek kenderaan khusunya untuk EV.

GANJARAN:

Bagi pelanggan yang membeli Nissan LEAF, anda sebenarnya boleh mendapatkan keahlian JomCharge selama 12 bulan secara percuma (bernilai RM600) untuk mengecas EV di stesen pegecas awam (107 pengecas AC Type 2 dan 30 pengecas pantas DC CHAdeMO dengan 600 kredit seluruh negara.

Ini juga termasuk tinting sejuk percuma bernilai RM2,200.

Sementara itu, pelanggan yang memilih program langganan turut berpeluang menikmati diskaun 50% bagi tinting sejuk dan RM300 subsidi bagi keahlian JomCharge selama 12 bulan.

Nissan LEAF serba baharu sudah boleh dipandu uji di bilik pameran Nissan terpilih seperti berikut:


Untuk keterangan lanjut, layari laman sesawang Nissan Malaysia di www.nissan.com.my.nisaaan


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQX5886

SELANGOR

BSP9610

JOHOR

JYW5239

PULAU PINANG

PSC2296

PERAK

APH4121

PAHANG

CFG4828

KEDAH

KGF8468

NEGERI SEMBILAN

NEK3860

KOTA KINABALU

SJR8756

KUCHING

QAB7491N

Terakhir Kemas Kini 16 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji

16-01-2026
Kereta Baru

05-12-2025
Kereta Baru

19-09-2025
Kereta Baru

29-08-2025
Kereta Baru

24-07-2025
Berita Auto

04-06-2025
Kereta Baru

Berita Terkini

Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Kereta Baru

Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.

06-05-2026
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.