RASMI: Proton X90 Ditayangkan, 1.5L MHEV, Ada 6/7 Tempat Duduk

Proton Holdings Bhd (PROTON) menayangkan kenderaan utiliti sukan (SUV) ketiganya, X90 kepada media tempatan di studio rekaan syarikat di Shah Alam sebentar tadi.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif,PROTON, Roslan Abdullah, berkata harga Proton X90 akan diumumkan ketika pelancaran nanti.
"Harga kompetitif dan mampu milik sebagaimana statusnya sebagai kereta premium moden dan untuk keluarga dengan ciri serta fungsi keselamatan termaju.
"Tarikh pelancaran dan bila tempahan akan dibuka juga akan diumumkan tidak lama lagi," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sesi prebiu media Proton X90, tadi.
Menurutnya, kerja-kerja pemasangan X90 sedang dilakukan di kilangnya yang terletak di Tanjung Malim, Perak.
“Ia bagi memastikan stok lebih banyak sebelum tibanya hari pelancaran. Kita sedang meningkatkan stok bagi meminimumkan tempoh menunggu X90.
"Daripada aspek komponen, bahagian dan pengedar juga kita pelajari apa yang berlaku kepada model X lain. Bagi X90, PROTON akan berusaha untuk tampil dengan lebih lancar,” tambahnya.

Mengenai X90, ia merupakan model kenderaan elektrik hibrid ringan pertama Proton sekali gus mempamerkan komitmen syarikat itu untuk mengurangkan pelepasan karbon dengan menggunakan teknologi enjin hijau bagi menetapkan standard baharu dalam mobiliti mampan.
Ia didatangkan dengan empat varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship dan tiga varian didatangkan dengan enam tempat duduk dan satu varian lagi pula hadir dengan tujuh tempat duduk.
Apa yang pasti, SUV terbesar PROTON ini menawarkan ruang yang cukup luas dan kebolehgunaan bukan sahaja dengan konfigurasi 7 tempat duduk tetapi enam tempat duduk dengan kerusi individu untuk baris kedua.
Luaran:
Dari aspek rekaan, ia bukan sahaja premium malah menampilkan pendekatan tanpa sempadan yang dihasilkan PROTON.
Bagi memberi kelainan kepada X90 bahagian depan termasuk gril, fabrik, kulit, nama PROTON dihasilkan di Malaysia sekali gus memberikan perbezaan dengan produk asal Geely, iaitu Haoyue.
Keluaran kali ini (Proton X90) menampilkan jeriji dilihamkan dari songket, empat petak lampu LED, lampu isyarat sequential diletakkan di jalur bawah dan bahagian sisi pula menonjolkan siluet berotot.
Malah, siluetnya turut menonjolkan evolusi terbaharu ke arah identiti reka bentuk premium.
Busur Ethereal yang direka semula mengalir di antara lampu hadapan menyerlahkan lagi aura premium yang baharu.
Ia menunjukkan gerakan tidak terhingga dan jika diamati dengan lebih dekat, anda dapat melihat corak berulang yang unik dalam “Weave” tanpa batas.
Apa yang pasti, DNA reka bentuk evolusi ini terinspirasi oleh kepakaran seni dan warisan budaya Malaysia.
Kabin:
Menjengah ke dalam kabin, Proton X90 tampil dengan rekaan moden dan mewah kerana ia didatangkan dengan gaya ergonomik dengan semua butang praktikal.
SUV ini memiliki kombinasi meter LCD 10 inci dan menyediakan antara muka pengguna digital yang mudah dibaca dan intuitif.

Malah, unit infotainmen dalam varian flagship PROTON X90 menampilkan unit tampilan 12.3 inci, dengan prosesor EO2 yang kuat.
Apa yang menarik, ini adalah unit terbesar dan paling canggih yang terdapat dalam kenderaan PROTON terkini.
Melihat bahagian tempat duduknya pula, X90 ini hadir dengan material yang agak lembut.
Bagi yang ingin melakukan perjalanan jauh, ia mungkin tidak akan menjadi masalah atau membuatkan anda letih memandangkan tempat duduknya agak empuk
Konfigurasi enam dan tujuh tempat duduk juga menggunakan platform versatil maju dengan kelengkapan terbaik.
But belakang pula ditawarkan lebih luas dengan kapasiti 2,050 liter, sekali gus memberi penekanan kepada aspek kereta keluarga.
Trenkuasa:

Menyentuh mengenai trenkuasa, Proton X90 disumbat dengan enjin 1.5L TGDiserta enam komponen utama iaitu motor Penjana Belt-Starter (BSG) 48V, Penukar DCDC, Bateri Litium-Ion 48V, Sistem Pengurusan Bateri, Sistem Brek Pemulihan dan Sistem Kawalan Modul Hibrid.
Sistem ini berupaya menghasilkan kuasa 190hp, tork 300Nm manakala sistem 48V memberikan kuasa tambah sebanyak 13Hp dan 45Nm. Ia dipadankan bersama transmisi dual-clutch 7 kelajuan.
Dengan teknologi baharu mild-hybrid, PROTON mendedahkan ia dapat meningkatkan kecekapan bahan api sebanyak 15 peratus berbanding enjin 1.5L TGDi biasa.
Ini bermakna, PROTON X90 mampu menghamburkan kuasa gabungan 190PS dan 300Nm.
Ia yang dilengkapi dengan sistem EMS 48V turut menyediakan dorongan tambahan 13PS dan 45Nm, menjadikannya pilihan yang agak padu.
Jentera ini juga dipasangkan dengan transmisi dual-clutch 7-kelajuan membantu memberikan pengalaman baharu kepada pemandunya.

Ciri Keselamatan:
Dari segi ciri-ciri keselamatan, ia dilengkapi dengan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA),Amaran Rempuhan Belakang (RCW), Traffic Sign Information (TSI).
Untuk makluman, PROTON X90 adalah kenderaan pertama jenama yang dilengkapi dengan ciri keselamatan pintar ini.
Bagi yang mahu melihat Proton X90, anda boleh boleh hadir ke prebiu di 6 bandar utama bermula 8 April 2023.
Tempahan SUV ini pula akan dibuka dalam masa terdekat.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY5056
SELANGOR
BSV1315
JOHOR
JH4322J
PULAU PINANG
PSH4151
PERAK
APM9643
PAHANG
CFJ4120
KEDAH
KGJ8245
NEGERI SEMBILAN
NEM5918
KOTA KINABALU
SJV1870
KUCHING
QAB224Q
Terakhir Kemas Kini 15 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kenapa Rating Keselamatan Proton X90 MC 2026 Ditarik Balik
𝐑𝐚𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐏𝐫𝐨𝐭𝐨𝐧 𝐗𝟗𝟎 𝐌𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤. 𝐈𝐧𝐢 𝐈𝐧𝐟𝐨 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐭𝐨𝐧 𝐗𝟗𝟎 𝐌𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔.
15-03-2026
Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar
Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?
11-03-2026
Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu
Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.
09-03-2026
Haoyue L Dilancar Di China, Adakah Generasi Seterus Proton X90 Akan Menyerupai Model ini?
Geely, telah mengemas kini model SUV Haoyue L yang merupakan generasi keduanya di pasaran China.
28-11-2025
Beli Kereta Proton Ada Rebat Sehingga RM15,000, Hanya Untuk Bulan Mac
Proton kini sedang membuat promosi Buka Lembaran Baharu dimana syarikat itu kini menawarkan duit raya sehingga RM15,000 kepada para pelanggan.
01-03-2025
Proton Bakal Lancar 3 Model Baharu & Tingkatkan Pengeluaran Tahun Ini
Proton dedah perancangan untuk 2025 serta sasaran jangka panjang syarikat.
23-01-2025
Proton Meterai Kerjasama Dengan ANSA Motors
Proton X90 dan Proton X50 laku keras di negara kepulauan Caribbean.
23-08-2024
Berita Terkini
Ini Dia Trak Pikap PHEV Pertama Di Malaysia
JAC T9 PHEV Rasmi di Malaysia: Trak Pikap 4x4 Plug-in Hybrid Pertama.
11-11-2026
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
