ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

RASMI: Proton X90 Ditayangkan, 1.5L MHEV, Ada 6/7 Tempat Duduk

Suhana Veru

Kongsi melalui


Proton Holdings Bhd (PROTON) menayangkan  kenderaan utiliti sukan (SUV) ketiganya, X90 kepada media tempatan di   studio rekaan syarikat di Shah Alam sebentar tadi.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif,PROTON, Roslan Abdullah, berkata harga Proton X90 akan diumumkan ketika pelancaran nanti.

"Harga kompetitif dan mampu milik sebagaimana statusnya sebagai kereta premium moden dan untuk keluarga dengan ciri serta fungsi keselamatan termaju.

"Tarikh pelancaran dan bila tempahan akan dibuka juga akan diumumkan tidak lama lagi," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar  sesi prebiu media Proton X90, tadi.

Menurutnya, kerja-kerja pemasangan X90 sedang dilakukan di kilangnya yang terletak  di Tanjung Malim, Perak.

“Ia bagi memastikan stok lebih banyak sebelum tibanya hari pelancaran. Kita sedang meningkatkan stok bagi meminimumkan tempoh menunggu X90.

"Daripada aspek komponen, bahagian dan pengedar juga kita pelajari apa yang berlaku kepada model X lain. Bagi  X90, PROTON akan berusaha untuk tampil dengan lebih lancar,” tambahnya.


Mengenai X90, ia merupakan model kenderaan elektrik hibrid ringan pertama Proton sekali gus  mempamerkan komitmen syarikat itu untuk mengurangkan pelepasan karbon dengan menggunakan teknologi enjin hijau bagi  menetapkan standard baharu dalam mobiliti mampan.

Ia didatangkan dengan empat varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship dan tiga varian didatangkan dengan enam tempat duduk dan satu varian lagi pula hadir dengan tujuh tempat duduk.

Apa yang pasti,  SUV terbesar PROTON ini menawarkan ruang yang cukup luas dan kebolehgunaan bukan sahaja dengan konfigurasi 7 tempat duduk tetapi enam tempat duduk dengan kerusi individu untuk baris kedua.

Luaran:

Dari aspek rekaan, ia bukan sahaja premium malah menampilkan pendekatan tanpa sempadan yang dihasilkan PROTON.

Bagi memberi kelainan kepada X90 bahagian depan termasuk gril, fabrik, kulit, nama PROTON dihasilkan di Malaysia sekali gus memberikan perbezaan dengan produk asal Geely, iaitu Haoyue.

Keluaran kali ini (Proton X90) menampilkan jeriji dilihamkan dari songket, empat petak lampu LED, lampu isyarat sequential diletakkan di jalur bawah dan bahagian sisi pula menonjolkan siluet berotot.

Malah, siluetnya turut menonjolkan evolusi terbaharu ke arah identiti reka bentuk premium. 

Busur Ethereal yang direka semula mengalir di antara lampu hadapan menyerlahkan lagi aura premium yang baharu.

Ia menunjukkan gerakan tidak terhingga dan jika diamati dengan lebih dekat, anda dapat melihat  corak berulang yang unik dalam “Weave” tanpa batas. 

Apa yang pasti, DNA reka bentuk evolusi ini terinspirasi oleh kepakaran seni dan warisan budaya Malaysia.

Kabin:

Menjengah ke dalam kabin, Proton X90 tampil dengan rekaan moden dan mewah kerana ia didatangkan dengan gaya ergonomik dengan semua butang praktikal.

SUV ini  memiliki kombinasi meter LCD 10 inci dan menyediakan antara muka pengguna digital yang mudah dibaca dan intuitif. 

Malah, unit  infotainmen dalam varian flagship PROTON X90 menampilkan unit tampilan 12.3 inci, dengan prosesor EO2 yang kuat. 

Apa yang menarik, ini adalah unit terbesar dan paling canggih yang terdapat dalam kenderaan PROTON terkini.

Melihat bahagian tempat duduknya pula, X90 ini hadir dengan material yang agak lembut. 

Bagi yang ingin melakukan perjalanan jauh, ia mungkin tidak akan menjadi masalah atau membuatkan anda letih memandangkan tempat duduknya agak empuk

Konfigurasi enam dan tujuh tempat duduk juga menggunakan platform versatil maju dengan kelengkapan terbaik.

But belakang pula ditawarkan lebih luas dengan kapasiti 2,050 liter, sekali gus memberi penekanan kepada aspek kereta keluarga.

Trenkuasa:


Menyentuh mengenai trenkuasa, Proton X90 disumbat dengan  enjin 1.5L TGDiserta enam komponen utama iaitu motor Penjana Belt-Starter (BSG) 48V, Penukar DCDC, Bateri Litium-Ion 48V, Sistem Pengurusan Bateri, Sistem Brek Pemulihan dan Sistem Kawalan Modul Hibrid.

Sistem ini berupaya menghasilkan kuasa 190hp, tork 300Nm manakala sistem 48V memberikan kuasa tambah sebanyak 13Hp dan 45Nm. Ia dipadankan bersama transmisi dual-clutch 7 kelajuan.

Dengan teknologi baharu mild-hybrid, PROTON mendedahkan ia dapat meningkatkan kecekapan bahan api sebanyak 15 peratus berbanding enjin 1.5L TGDi biasa.

Ini bermakna, PROTON X90 mampu menghamburkan kuasa gabungan 190PS dan 300Nm.

Ia yang dilengkapi dengan sistem EMS 48V turut menyediakan dorongan tambahan 13PS dan 45Nm, menjadikannya pilihan yang agak padu.

Jentera ini juga dipasangkan dengan transmisi dual-clutch 7-kelajuan membantu memberikan pengalaman baharu kepada pemandunya.


Ciri Keselamatan:

Dari segi ciri-ciri keselamatan, ia dilengkapi dengan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA),Amaran Rempuhan Belakang (RCW), Traffic Sign Information (TSI).

Untuk makluman, PROTON X90 adalah kenderaan pertama jenama yang dilengkapi dengan ciri keselamatan pintar ini.

Bagi yang mahu melihat Proton X90, anda boleh boleh hadir ke prebiu di 6 bandar utama bermula 8 April 2023. 

Tempahan SUV ini pula akan dibuka dalam masa terdekat.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQX4513

SELANGOR

BSP9178

JOHOR

JYW4588

PULAU PINANG

PSC2054

PERAK

APH3817

PAHANG

CFG4719

KEDAH

KGF8321

NEGERI SEMBILAN

NEK3761

KOTA KINABALU

SJR8506

KUCHING

QAB7429N

Terakhir Kemas Kini 15 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

11-03-2026
Kereta Baru

09-03-2026
Global

28-11-2025
Berita Auto

23-06-2025
Berita Auto

09-04-2025
Berita Auto

23-01-2025
Berita Auto

20-09-2024
Berita Auto

23-08-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Kereta Baru

Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.

06-05-2026
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026
Kereta Baru

Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng

Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.

30-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.